Dengan sambutan yang menggalakkan buat Toyota Innova Zenix Hybrid, Toyota di Indonesia nampaknya akan mengeluarkan satu lagi model hibrid iaitu untuk segmen B. Kata Pengarah Hubungan Luar Toyota Motor Manufacturing Indonesia (TMMIN), Bob Azam, “Toyota di Indonesia sedang membuat peta jalan buat pelan elektrifikasi”.
Juga baca: 7,000 tempahan dalam 4 minggu, tempoh menunggu Toyota Innova Zenix di Indonesia cecah 6 bulan!
Apapun, beliau tidak memberitahu lebih lanjut. Cumanya, apa yang beliau sempat memberi klu adalah model yang bakal mendapat trenkuasa hibrid itu cukup popular di pasaran Indonesia. Perkara ini sekaligus merujuk kepada Toyota Rush atau Veloz.
Satu perkara yang menarik adalah rakan AutoFun ID kami berjaya mendapat info bahawa ia akan dilancarkan dalam tahun ini juga.
Bagi anda yang belum tahu, Innova Zenix Hybrid merupakan kereta hibrid pertama Toyota yang dipasang di Indonesia. Memandangkan operasi pemasangan tempatan buat kereta hibrid sudah bermula, sudah pastinya ia akan memudahkan proses untuk mengeluarkan model hibrid yang seterusnya.
Perkara ini tidak dinafikan menimbulkan rasa teruja buat pasaran serantau seperti Malaysia, khususnya perihal yang melibatkan Toyota kerana UMW juga memasang kenderaan hibrid iaitu salah satu daripada varian Toyota Corolla Cross.
Apapun, hanya masa yang dapat menentukan sama ada trenkuasa yang disebutkan akan ditawarkan juga buat Toyota Rush atau Veloz di pasaran kita atau sebaliknya.
Juga baca: Toyota Rush dikhabarkan akan digantikan dengan platform 'tarik depan' 7-tempat duduk - casis Veloz?
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}