window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Mitsubishi Triton baharu diintip di Thailand, reka bentuk terkini tanpa "Dynamic Shield"?

Haris · Feb 14, 2023 10:00 AM

Spyshot: Mitsubishi Triton baharu diintip di Thailand, reka bentuk terkini tanpa

Sumber

Pada kebiasaannya, trak pikap mempunyai kitaran hayat model yang lebih lama berbanding kereta atau SUV biasa untuk satu generasi baru diperkenalkan sebagai pengganti. Dalam konteks ini, sudah hampir sepuluh tahun sejak Mitsubishi Triton generasi sekarang diperkenalkan; dengan facelift dan kemas kini ditawarkan sepanjang tempoh tersebut.

Spyshot: Mitsubishi Triton baharu diintip di Thailand, reka bentuk terkini tanpa

Sungguhpun begitu, model generasi baharu dijangka akan hadir tak lama lagi apabila sebuah trak pikap dipercayai Mitsubishi Triton telah diintip di Eropah (pada tahun lepas) dan terkini, di Thailand baru-baru ini. Negara jiran kita itu sememangnya terkenal dengan trak pikap malah dipanggil Detroit of Asia.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Diterbitkan oleh laman media sosial automotif Thailand, MZ Crazy Cars, Mitsubishi Triton generasi baharu memakai seragam penyamaran yang sama seperti yang diintip tahun lepas tetapi foto intipan kali ini memperlihatkan nombor plat yang berbeza pada trak.

Baca: Spyshot: Mitsubishi Triton baharu sudah di Thailand, bakal jadi asas kepada Navara generasi akan datang?

Spyshot: Mitsubishi Triton baharu diintip di Thailand, reka bentuk terkini tanpa

Tidak banyak yang boleh dikatakan mengenai reka bentuk Mitsubishi Triton serba baharu ini kerana ia kelihatan sama walaupun di sebalik semua penyamaran ini. Berkemungkinan besar, Mitsubishi Triton baharu mungkin menggunakan reka bentuk gril yang lebih baharu seperti yang ditunjukkan oleh SUV XFC Concept yang didedahkan di Vietnam Motor Show 2022.

Baca: Mitsubishi XFC Concept didedah - ini prebiu Mitsubishi ASX yang diidamkan untuk ASEAN?

Spyshot: Mitsubishi Triton baharu diintip di Thailand, reka bentuk terkini tanpa

Terdapat satu perbezaan ketara di antara foto intipan terbaru Mitsubishi Triton generasi baharu ini berbanding dengan set sebelumnya dan ia berada di sekitar bahagian belakang. Tidak seperti foto intipan sebelum ini, set terbaru mempunyai tingkap belakang Triton yang ditutup sedikit dengan samaran.

Spyshot: Mitsubishi Triton baharu diintip di Thailand, reka bentuk terkini tanpa

Model pasaran Australia

Berdasarkan spekulasi oleh Autoindustriya, unit dengan tingkap ditutup sedikit ini mungkin untuk pasaran tertentu seperti Australia di mana Triton ada ditawarkan dengan tingkap belakang berkuasa untuk akses yang lebih mudah ke ruang kargo belakang tanpa perlu keluar dari kenderaan.

Ia bukan sesuatu yang luar biasa bagi model pasaran khusus untuk melakukan ujian di Thailand kerana pangkalan pengeluaran Mitsubishi Triton berada di sana.

Spyshot: Mitsubishi Triton baharu diintip di Thailand, reka bentuk terkini tanpa

Mitsubishi Triton serba baharu akan dibangunkan dengan kerjasama Nissan justeru Nissan Navara generasi seterusnya mungkin akan berkongsi enjin yang sama - unit Mitsubishi. Khabar angin berspekulasi bahawa enjin 2.4 liter turbodiesel MIVEC (181 PS/430 Nm) boleh dibawa ke generasi baharu ini.

Spyshot: Mitsubishi Triton baharu diintip di Thailand, reka bentuk terkini tanpa

Selain daripada pilihan enjin konvensional, Mitsubishi Triton generasi seterusnya juga boleh menawarkan rangkaian kuasa hibrid kerana Mitsubishi mempunyai komitmen untuk meliputi model elektrifikasi dalam barisan jualannya. Sungguhpun begitu, Mitsubishi Triton Hybrid hanya boleh diperkenalkan seawal tahun 2025 jika benar.

Baca: Nissan Navara mungkin dapat enjin e-Power - trak pikap hibrid Jepun pertama? Hilux & Triton mana?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Mitsubishi Triton MT Premium

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda