window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Baru 2 bulan, jualan Honda HR-V 2022 di Indonesia terus di No.2 teratas, paling laku selepas Brio!

Faisal Ā· Jun 18, 2022 08:00 PM

Baru 2 bulan, jualan Honda HR-V 2022 di Indonesia terus di No.2 teratas, paling laku selepas Brio! 01

  • Honda HR-V 2022 adalah Honda kedua terlaris di Indonesia selepas Brio Satya
  • Untuk Mei yang lalu, jualannya lebih 1,500 unit, sumbang 19.9% daripada jualan keseluruhan Honda
  • Honda BR-V baharu rangkul tempat ketiga, terjual sebanyak 1,400 unit

PT Honda Prospect Motor (HPM), iaitu pengedar Honda di Indonesia pada Mei lepas mencatatkan jualan sehingga 7,758 unit. Menariknya, dari segi analisis jualan, HR-V 2022 di sana yang baru sahaja dilancarkan dua bulan yang lalu terus menduduki tangga kedua. Kedudukan crossover segmen B itu hanya di belakang Honda Brio Satya.

Juga bacaHonda HR-V 2022 berenjin VTEC Turbo debut dengan Sensing, 177 PS, harga naik 14%

Baru 2 bulan, jualan Honda HR-V 2022 di Indonesia terus di No.2 teratas, paling laku selepas Brio! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Untuk makluman anda, model yang diibarat dalam kelas Perodua Axia ini terjual sebanyak 3,032 unit. Honda Brio RS pula meraih jualan sebanyak 840 unit. Dengan berjumlah 3,872 unit, Honda Brio kiranya menyumbang 49.9% daripada jualan HPM untuk Mei 2022.

Baru 2 bulan, jualan Honda HR-V 2022 di Indonesia terus di No.2 teratas, paling laku selepas Brio! 01

Honda HR-V 2022 di Indonesia tidak kurang hebatnya.

Mengenai Honda HR-V 2022 sendiri, pendatang baru ini terjual sebanyak 1,542 unit, sekaligus menyumbang 19.9% dalam jualan HPM.

Juga bacaLebih 3k unit Honda HR-V 2022 dijual di Indonesia dalam 2 minggu, tempahan Turbo RS cecah Julai!

Baru 2 bulan, jualan Honda HR-V 2022 di Indonesia terus di No.2 teratas, paling laku selepas Brio! 02

Honda BR-V serba baru juga bakal tiba di Malaysia.

Di tangga ketiga pula adalah Honda BR-V baharu dengan jualan sebanyak 1,407 unit (sumbang 18.1%). Kedudukan seterusnya pula dirangkul oleh City Hatchback RS (378 unit), CR-V (351 unit), Mobilio (101 unit), Civic RS (44 unit), City (40 unit) dan Accord (23 unit).

Apapun, isu bekalan cip masih menghantui pengeluaran Honda di Indonesia. Namun demikian, HPM akan tetap memaksimumkan produksi sebanyak mungkin supaya pembeli di sana boleh menerima kereta masing-masing secepat yang mungkin.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda