window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Beg udara membunuh? 10 tip untuk beg udara, dan cara betul pakai seatbelt untuk ibu mengandung

Mersita · Nov 27, 2020 08:00 PM

Beg udara membunuh? 10 tip untuk beg udara, dan cara betul pakai seatbelt untuk ibu mengandung 01

Kenderaan semakin lama semakin dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri keselamatan. Antara yang paling penting dan ‘basic’ ialah tali pinggang keledar dan beg udara. Tapi, tahukah anda yang peralatan yang sepatutnya boleh menyelamatkan nyawa ini juga boleh membunuh jika tidak dirapikan dengan betul?

Menurut data yang diambil dari United States Insurance Institute for Highway Safety (IIHS), National Highway Transport Safety Administration (NHTSA) menganggarkan yang sehingga 2013, 39,886 berjaya diselamatkan oleh beg udara hadapan. Manakala sehingga 2012 pula, 2,252 nyawa dapat diselamatkan oleh beg udara sisi. Menurut data mereka juga, penggunaan beg udara hadapan dan tali pinggang keledar yang betul dapat mengurangkan risiko kematian sehingga 51 peratus dalam kemalangan.

Beg udara membunuh? 10 tip untuk beg udara, dan cara betul pakai seatbelt untuk ibu mengandung 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tapi, seperti kebanyakan peralatan yang pernah dicipta, kegagalan teknikal hampir mustahil untuk dielakkan. Selain daripada penggunaan alatan keselamatan yang kurang tepat, masalah teknikal dalam alat keselamatan seperti beg udara juga boleh berlaku, contohnya seperti kes beg udara Takata.

Apa-apa pun, tanggungjawab kita sebagai pemandu dan pemilik kenderaan ialah untuk memastikan diri sendiri dan penumpang duduk dalam posisi dan keadaan yang betul bagi mengelakkan perkara tidak diingini daripada berlaku jika terlibat dalam kemalangan.

Beg udara membunuh? 10 tip untuk beg udara, dan cara betul pakai seatbelt untuk ibu mengandung 01

Kemalangan dan impak kuat daripadanya boleh berlaku dalam sekelip mata. Oleh itu, beg udara harus dilepaskan secepat mungkin untuk mengisi ruang kosong antara anggota badan anda dengan permukaan ruang kabin yang keras. Tapi, perlu diingatkan yang beg udara dilepaskan pada kelajuan sehingga 320 km/jam. Untuk kereta baru, ia diperlahankan sedikit, tapi masih lagi hampir 200 km/jam.

Perlu diingatkan juga yang beg udara boleh terkeluar jika pengesannya mengesan impak bawah kereta yang sangat tinggi seperti ketika terlanggar lubang jalan, bonggol ataupun pembahagi jalan.

Banyak amaran sudah diberi di atas. Bukannya untuk menakutkan anda, kami cuma mahu anda bersiap-siaga dan mengelakkan diri dari sebarang kemungkinan yang boleh membawa maut. Di sini, kami ingin kongsikan beberapa tip-tip dan langkah berjaga-jaga untuk anda bagi hal ini.

1. Posisi duduk kena betul

Beg udara membunuh? 10 tip untuk beg udara, dan cara betul pakai seatbelt untuk ibu mengandung 02

Perkara asas yang sering dilatih dalam kelas memandu – posisi duduk membolehkan anggota badan anda untuk bergerak dengan optimum ketika mengemudi kenderaan. Bagi kenderaan yang dilengkapi beg udara, posisi duduk yang betul memastikan beg udara mempunyai ruang yang mencukupi untuk dilepaskan tanpa mencederakan anda pada masa yang sama.

Biasakan lengan/tangan anda berada pada posisi pukul 9 dan 3 semasa memegang stereng dan jangan lintangkan lengan anda di hadapan stereng. Jika anda teruskan tabiat ini, lengan anda akan menghentam muka sendiri apabila beg udara keluar. Tangan patah, muka pun dah tak hensem.

2. Tali pinggang keledar untuk semua

Beg udara membunuh? 10 tip untuk beg udara, dan cara betul pakai seatbelt untuk ibu mengandung 03

Sudah dilaksanakan undang-undang yang mewajibkan pemandu dan juga penumpang duduk di hadapan atau belakang untuk mengenakan tali pinggang keledar semasa berada di dalam kereta. Ingat, beg udara boleh membunuh mereka yang tidak menggunakan tali pinggang keledar kerana impak akan berganda jika anda terpelanting semasa kemalangan.

3. Cabut klip tali pinggang keledar, tak ada gunanya

Beg udara membunuh? 10 tip untuk beg udara, dan cara betul pakai seatbelt untuk ibu mengandung 04

Buang saja klip tali pinggang keledar jika ada. Kami pun tak faham kenapa klip ini penting dan dijual di pasaran. Yang kami tahu, ia mengganggu tali pinggang keledar daripada berfungsi dengan baik. Nak buat apa benda tu, dah lah besi yang kadang-kadang melekap terus ke badan. Jangan bahayakan diri sendiri untuk ‘gaya’ yang entah apa-apa!

4. Jangan lekat atau pamer objek-objek atas ‘dashboard’ atau papan pemuka

Beg udara membunuh? 10 tip untuk beg udara, dan cara betul pakai seatbelt untuk ibu mengandung 05

Apabila berlaku kemalangan, objek di atas papan pemuka boleh ‘bertukar’ menjadi projektil serupa seperti peluru. Apabila ia terpelanting disebabkan oleh pelepasan beg udara yang berimpak tinggi, ia boleh membunuh.

5. Kerusi keselamatan kanak-kanak pasang saja di tempat duduk belakang

Beg udara membunuh? 10 tip untuk beg udara, dan cara betul pakai seatbelt untuk ibu mengandung 06

Banyak risikonya jika kanak-kanak dibiarkan duduk di kerusi penumpang hadapan. Kalau terpaksa sangat-sangat kerusi keselamatan itu diletakkan di depan, nyahaktifkan beg udara penumpang hadapan. Perkara yang sama kami ingin ingatkan ibu bapa – jangan dipangku anak anda bila duduk di kerusi penumpang hadapan. Anda boleh bayangkan saja impaknya jika kemalangan berlaku.

6. Pastikan tiada barang berada di antara anda dan papan pemuka

Beg udara membunuh? 10 tip untuk beg udara, dan cara betul pakai seatbelt untuk ibu mengandung 07

Barang jangan dipangku atau diletakkan di ruang kaki. Simpan saja di kerusi belakang atau di dalam but. Beg tangan kalau boleh simpan di ruang antara penyandar kerusi pemandu dan penumpang hadapan. Jika beg udara dilepaskan, barangan yang dipangku akan terasa seperti menumbuk anda di perut atau dada.

7. Jangan sandarkan kepala atau kaki berhampiran dengan kawasan pelepasan beg udara

Beg udara membunuh? 10 tip untuk beg udara, dan cara betul pakai seatbelt untuk ibu mengandung 08

Perkara sebegini boleh berlaku jika penumpang kenderaan anda terasa nak relaks – sandar kepala atau melunjurkan kaki di papan pemuka di hadapannya. Cubalah relaks cara lain dengan posisi lebih selamat, tahulah bosan jalan jauh. Cari label ‘SRS Airbag’ dan elakkan bersandar di atasnya.

8. Elak gantung baju di cermin belakang terutama sekali bagi kereta yang dilengkapi ‘curtain airbags’

Beg udara membunuh? 10 tip untuk beg udara, dan cara betul pakai seatbelt untuk ibu mengandung 09

Ya, tip yang ini memang leceh sikit. Mungkin anda tertanya, nak gantung baju pun tak boleh? Tapi, ingat, ‘hanger’ baju anda boleh membahayakan anda atau penumpang apabila beg udara sisi atau beg udara jenis langsir dilepaskan nanti.

9. Sentiasa awas dengan pengumuman panggil-semula beg udara bermasalah

Beg udara membunuh? 10 tip untuk beg udara, dan cara betul pakai seatbelt untuk ibu mengandung 10

Sumber

Sentiasa dengar pengumuman dan bertindak pantas sejurus selepas anda dapat tahu yang komponen beg udara anda bermasalah. Hubungi pusat servis berdaftar jenama kereta anda jika modul beg udara anda dibekalkan oleh syarikat yang sedang menjalankan langkah panggil-semula, contohnya seperti kes beg udara Takata. Periksa samada komponen kereta anda tergolong dalam kumpulan panggil-semula atau tidak.

10. Tip ekstra untuk ibu mengandung

Bagi ibu mengandung, pastikan anda memakai tali pinggang keledar ‘three-point’ seperti yang digambarkan di bawah. Pastikan ‘strap’ di pinggang dipasang melintang di bawah perut anda. Duduk pada posisi yang sesuai dan cukup jauh daripada papan pemuka yang berisi beg udara.

Beg udara membunuh? 10 tip untuk beg udara, dan cara betul pakai seatbelt untuk ibu mengandung 11

Dah tahu bahayanya, bukan? Berhati-hatilah ketika memandu dan jangan ambil endah tak endah perkara sebegini. Kebanyakan orang, selagi tak kena di batang hidung sendiri, selagi itu takkan sedar. Oleh itu, sedarlah awal-awal dan jangan lupa 'share' artikel ini dengan keluarga dan orang tersayang!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda