window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

C-Class apa? Di Jepun, G-Class adalah model Mercedes-Benz paling laku untuk 2021!

Faisal · May 9, 2022 07:30 PM

C-Class apa? Di Jepun, G-Class adalah model Mercedes-Benz paling laku untuk 2021! 01

  • Untuk tahun 2021, lebih dari 5,000 unit Mercedes-Benz G-Class telah terjual di Jepun
  • Jualan G-Wagen sampai mengalahkan C-Class yang sering menjadi model paling laku buat Mercedes-Benz
  • Mercedes-Benz menerajui carta jualan dalam segmen kereta import

Jepun adalah sebuah negara yang penuh dengan kereta Kei dan jenama domestik yang sering mengungguli carta jualan adalah Toyota, Honda dan Suzuki. Jenama kereta import seperti Mercedes-Benz pula hanya menjadi pilihan orang yang berkuasa dan berpengaruh. Menariknya, model yang paling laku pada tahun lepas adalah Mercedes-Benz G-Class.

C-Class apa? Di Jepun, G-Class adalah model Mercedes-Benz paling laku untuk 2021! 02

Secara teknikal, sebanyak 5,238 unit G-Wagen telah terjual pada tahun 2021 dan prestasi ini secara tidak langsung telah menggulungkan takhta C-Class yang sering menjadi model Mercedes-Benz paling laku di Jepun. Walaupun C-Class generasi W206 telahpun dilancarkan, jualan di Jepun tiba-tiba menurun secara drastik.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaMercedes-Benz C-Class (W206) 2021 dirasmikan – tiada lagi 'hood ornament', enjin 4 silinder sahaja!

C-Class apa? Di Jepun, G-Class adalah model Mercedes-Benz paling laku untuk 2021! 01

Disebabkan itu, kedudukan C-Class di Jepun pada tahun 2021 telah jatuh ke tangga ke-4 (jualan sebanyak 4,970 unit). Malah, A-Class dan S-Class sampai boleh potong kedudukan C-Class yang mana masing-masing terjual sebanyak 5,146 unit dan 5,078 unit.

C-Class apa? Di Jepun, G-Class adalah model Mercedes-Benz paling laku untuk 2021! 02

Berdasarkan media Jepun, sebab kenapa jualan C-Class jatuh adalah kerana isu bekalan cip. Peningkatan jualan G-Class pula mungkin disebabkan oleh tempahan yang sudah lama tertunggak.

Juga bacaMercedes-Benz G-Class 2020 dipertonton dengan enjin diesel, bermula RM 999,888

C-Class apa? Di Jepun, G-Class adalah model Mercedes-Benz paling laku untuk 2021! 03

Apapun, untuk tahun 2022, C-Class dijangka kembali menerajui carta tetapi dengan konflik yang sedang melanda di Eropah, produksinya masih belum cukup meyakinkan.

C-Class apa? Di Jepun, G-Class adalah model Mercedes-Benz paling laku untuk 2021! 04

Menurut analisis jualan yang dikeluarkan oleh Japan Automobile Importers Association (JAIA), sebanyak 325,396 kenderaan import telah dijual dalam Kewangan Tahun 2021 (April 2021 – Mac 2022). Dengan jualan sebanyak 50,551 unit, Mercedes-Benz kekal sebagai peneraju jenama premium import di Jepun, jauh mengalahkan BMW yang hanya terjual sebanyak 33,610 unit.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Mercededs-Benz G-Class 350 d

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda