window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mercedes-Benz rasmikan EQE, EQB & Concept EQG – jajahan EV bermula sekarang

Faisal · Sep 6, 2021 06:00 PM

Mercedes-Benz rasmikan EQE, EQB & Concept EQG – jajahan EV bermula sekarang 01

Mercedes-Benz baru sahaja memperkenalkan kesinambungan buat barisan model elektrik mereka, EQ, sebentar tadi. Bagi anda yang belum tahu, model elektrik penuh (EV) Mercedes-Benz yang ada sebelum ini terdiri daripada EQC, EQA dan EQS.

Kini, Mercedes-Benz menambah lagi barisan EV mereka dengan merasmikan Mercedes-Benz EQE dan memperkenalkan EQB dengan lebih mendalam.

Juga bacaMercedes-Benz nak pasang EV mewah EQS di Thailand, Malaysia terpinggir?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mercedes-Benz EQE

Mercedes-Benz rasmikan EQE, EQB & Concept EQG – jajahan EV bermula sekarang 01

Secara teknikal, EQE diibarat seperti E-Class versi elektrik. Ia merupakan model kedua yang dibina berasaskan platform elektrik EVA 2, iaitu selepas EQS.

Mercedes-Benz rasmikan EQE, EQB & Concept EQG – jajahan EV bermula sekarang 02

Apabila dilancarkan pada pertengahan 2022 nanti, kereta eksekutif elektrik ini bakal ditawarkan dengan varian EQE 350. Untuk maklumat anda, model ini dikuasakan oleh motor elektrik di belakang yang menghasilkan 292 PS dan 530 Nm tork.

Mercedes-Benz rasmikan EQE, EQB & Concept EQG – jajahan EV bermula sekarang 03

Bateri berkapasiti 90 kWj yang dipadankan memberi jarak pemanduan sehingga 660 km dengan sekali cas. Pengecas DC yang boleh tampung sehingga 170kW berupaya memberi jarak pemanduan sejauh 250 km apabila dicas selama 15 minit.

Mercedes-Benz rasmikan EQE, EQB & Concept EQG – jajahan EV bermula sekarang 04

Sebagai tambahan, EQE boleh dilengkapkan sekali dengan suspensi udara Airmatic beserta Adaptive Damping System+. Malah, stereng roda belakang juga boleh dipesifikasikan.

Varian yang berprestasi tinggi juga bakal tiba tetapi butiran mengenainya masih belum didedahkan.

Mercedes-Benz EQB

Mercedes-Benz rasmikan EQE, EQB & Concept EQG – jajahan EV bermula sekarang 05

Selain perasmian EQE, Mercedes-Benz turut memperincikan Mercedes-Benz EQB. GLB versi elektrik ini bakal dilancarkan dengan varian EQB 300 (228 PS, 390 Nm tork) dan EQB 350 (292 PS, 520 Nm tork).

Mercedes-Benz rasmikan EQE, EQB & Concept EQG – jajahan EV bermula sekarang 06

Kedua-dua spesifikasi ini dikuasakan oleh dua motor elektrik yang memandu kesemua roda.

Mercedes-Benz rasmikan EQE, EQB & Concept EQG – jajahan EV bermula sekarang 07

Bateri berkapasiti 66 kWj yang dipadankan pada kedua-dua EQB ini memberikan jarak pemanduan sehingga 419 km dengan sekali cas.

Pengecas DC yang boleh tampung sehingga 100 kW berupaya mengecas dari 10% hingga 80% dalam masa 32 minit sahaja.

Mercedes-Benz Concept EQG

Mercedes-Benz rasmikan EQE, EQB & Concept EQG – jajahan EV bermula sekarang 08

Pada masa yang sama, Mercedes-Benz sempat menayangkan Concept EQG. G-Class versi elektrik ini bakal diperkenalkan pada tahun 2024.

Mercedes-Benz rasmikan EQE, EQB & Concept EQG – jajahan EV bermula sekarang 09

Kalau anda perhatikan pada EQG ini, sentuhan tayar ganti pada pintu but belakang yang menjadi identiti G-Class selama ini diubah suai kepada kotak berkunci untuk menyimpan kabel pengecas.

Mercedes-Benz rasmikan EQE, EQB & Concept EQG – jajahan EV bermula sekarang 10

Sebagai sebuah G-Class, Concept EQG turut menampilkan empat motor elektrik yang menguasai setiap roda.

Walau bagaimanapun, EQG tetap menggunakan casis ladder frame yang mana ia adalah asas kepada kekuatan G-Class selama ini.

Juga bacaMercedes-Benz Malaysia jelaskan sebab EV EQC belum tiba di Malaysia

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Mercedes-Benz E-Class E200 Avantgarde

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia