window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Enjin pemenang anugerah 1.5 liter turbo Proton bakal dibuat oleh syarikat Malaysia!

Haris · May 27, 2021 05:00 PM

Enjin pemenang anugerah 1.5 liter turbo Proton bakal dibuat oleh syarikat Malaysia! 01

Enjin 1.5 liter turbo TGDi yang dipasang pada model Proton X50 dan Proton X70 pasaran Pakistan akan dibuat oleh syarikat Malaysia menurut laporan tahunan Sapura Industrial. Sapura Industrial Berhad merupakan syarikat tempatan yang arif dalam mengeluarkan komponen automotif termasuklah enjin dan transmisi.

Enjin pemenang anugerah 1.5 liter turbo Proton bakal dibuat oleh syarikat Malaysia! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Laporan berkenaan menjelaskan bahawa Proton telah menghantar surat penganugerahan untuk kontrak pembekalan komponen enjin tersebut kepada Sapura Industrial. Komponen yang akan dibekalkan termasuklah peredam getaran kilas, serta aci sesondol untuk kebuk pengambilan dan pengeluaran yang digunakan dalam enjin GEP3.

Enjin pemenang anugerah 1.5 liter turbo Proton bakal dibuat oleh syarikat Malaysia! 01

Sapura Industrial turut menambah bahawa enjin 1.5 liter Turbo berkenaan dijangka akan menggantikan enjin CamPRO Proton secara beransur. Namun, hal ini tidak akan terjadi dalam masa terdekat.

Enjin pemenang anugerah 1.5 liter turbo Proton bakal dibuat oleh syarikat Malaysia! 02

Khabar angin turut mengatakan bahawa enjin 1.5 liter turbo ini bakal digunakan pada model Proton X70 facelift yang akan datang. Usaha penyetempatan ini dilakukan sebagai program enjin Geely-Proton dalam mengurangkan kebergantungan Proton terhadap komponen luar.

Enjin pemenang anugerah 1.5 liter turbo Proton bakal dibuat oleh syarikat Malaysia! 03

Gambar intipan Proton X70 di Thailand, dikatakan menggunakan enjin 1.5 liter turbo

Hal ini seiring dengan kenyataan Pengarah Kumpulan Kejuruteraan Proton, En. Hazrin Fazail Haroon, yang dipetik mengatakan bahawa terdapat rancangan untuk menggunakan enjin 1.5 liter Turbo dalam model Proton yang lain. Walaubagaimanapun, tiada sebarang maklumat awal yang didedahkan ketika itu.

Enjin pemenang anugerah 1.5 liter turbo Proton bakal dibuat oleh syarikat Malaysia! 04

Enjin 3-silinder 1.5L Turbo yang dibangunkan oleh CEVT tersebut bertujuan untuk mengatasi masalah piawai pengeluaran karbon yang semakin ketat di negara maju. Ia turut digunakan pada model Volvo dengan nama Drive-E atau G-Power untuk model Geely. Ia juga boleh dipadankan dengan motor hibrid untuk peningkatan kuasa seperti yang terdapat pada Volvo XC40 Recharge T5.

Enjin pemenang anugerah 1.5 liter turbo Proton bakal dibuat oleh syarikat Malaysia! 05

Pasaran eksport yang semakin pesat turut memaksa Proton untuk bergerak seiring dengan kemajuan teknologi dan ekonomi bagi memastikan pembangunan syarikat yang lebih mampan. Model Proton X70 dan Proton X50 pasaran eksport tentunya bakal dimanfaatkan sepenuhnya untuk langkah ini.

Bacaan Lanjut:

Proton rancang enjin 1.5 Turbo MPI untuk model akan datang. Proton Iriz Active?

Proton X50 2020 ada 2 enjin turbo – ‘direct injection’ dan ‘port’, apa bezanya?

Geely nak bina enjin 2 silinder pula? Apa kata boss tren kuasa CEVT?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda