![Ford Ranger Raptor di Malaysia bakal hadir dengan pilihan warna merah True Red? 01]()
Berdasarkan spyshot di atas, Ford Ranger Raptor mungkin menerima pilihan warna yang baru iaitu merah "True Red".
![Ford Ranger Raptor di Malaysia bakal hadir dengan pilihan warna merah True Red? 02]()
Gambar yang dihantar oleh pembaca setia kami, VT, menjelaskan bahawa Sime Darby Auto Connexion (SDAC) sedang bersiap sedia untuk perkenalkan warna True Red buat Ford Ranger Raptor di Malaysia.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
![Ford Ranger Raptor di Malaysia bakal hadir dengan pilihan warna merah True Red? 01]()
Selain Arctic White, Conquer Grey, Absolute Black, dan Ford Performance Blue, warna True Red akan menjadi pilihan terbaru buat pembeli yang berminat dengan Ford Ranger Raptor.
![Ford Ranger Raptor di Malaysia bakal hadir dengan pilihan warna merah True Red? 02]()
Tahun lepas, SDAC melengkapkan Ford Ranger Raptor dengan sistem bantuan keselamatan ADAS. Ciri ini merangkumi Autonomous Emergency Braking (AEB) dengan Vehicle dan Pedestrian, Forward Collision Warning (FCW), Lane Departure Warning dan Assist (LDW), serta Lane Keep Assist (LKA).
![Ford Ranger Raptor di Malaysia bakal hadir dengan pilihan warna merah True Red? 03]()
Untuk anda yang belum tahu, Ford Ranger Raptor ialah cubaan Ford yang pertama untuk menghasilkan Ranger yang lebih mantap. Varian ini hadir dengan penyerap hentakan Fox Racing, lapisan perlindungan bawah badan yang lebih tebal, fender yang lebih menyerlah, dan tayar yang lebih besar.
![Ford Ranger Raptor di Malaysia bakal hadir dengan pilihan warna merah True Red? 04]()
Buat masa ini, Ford Ranger Raptor berharga RM 208,888. Seperti pikap yang lain, harga Ford Ranger Raptor tidak termaktub di dalam pengecualian cukai jualan SST kerana ia dikira sebagai kereta komersil.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });