Galeri: Ford Ranger FX4 Max - model Raptor bajet yang ditunggu-tunggu di Malaysia?

Haris
Haris · 2021-03-24 15:00:00

Bagi penggemar trak pikap, mungkin anda sedia maklum bahawa model Ford Ranger FX4 sudah pun berada di Malaysia. Di Thailand, model ini telah menerima kemaskini dan tampil dengan kelas lebih tinggi; dipanggil sebagai Ford Ranger FX4 Max.

Kiri: Ford Ranger FX4, Kanan: Ford Ranger Raptor

Secara ringkasnya, Ford Ranger FX4 Max adalah sebuah Ford Ranger Raptor bajet. Di Malaysia, model Ford Ranger boleh difahami secara mudah sebegini – varian paling tinggi dengan enjin 2.0 liter adalah Ford Ranger Raptor X. Varian paling tinggi dengan enjin 2.2 liter pula adalah Ford Ranger FX4.

Habis dengan aspek teknikal tersebut, Ford Ranger FX4 Max menerima elemen-elemen Ford Ranger Raptor. Paling ketara sekali adalah gril yang terpampang dengan tulisan FORD.

Ia juga mengenakan warna hitam pada bahagian gril tersebut meliputi beberapa bahagian kecil yang lain seperti pemegang pintu, bingkai tingkap sisi dan lambang pada bahagian fender.

Dengan gaya yang lebih kekar, apa yang tidak ada pada Ford Ranger FX4 Max ini hanyalah stiker grafik Raptor, brek cakera bahagian belakang dan pedal anjakan (paddle shifter). 

Untuk pasaran Thailand, Ford Ranger FX4 Max menggunakan enjin 2.0 liter bi-turbo (213 PS/500 Nm) yang dipadankan dengan transmisi 10 kelajuan automatik.

Ini berbeza dengan Ford Ranger FX4 (tiada Max) pasaran Malaysia yang dijana oleh enjin turbodiesel 2.2 liter yang berkuasa 160 PS dan 385 Nm tork serta dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan automatik.

Oleh itu, adakah Sime Darby Auto Connection berminat untuk membawakan Ford Ranger FX4 Max ke Malaysia?

Umum mengetahui bahawa rakyat Malaysia sanggup berhabis-habisan untuk mendapatkan rupa Ford Ranger Raptor yang menjadi idaman para jejaka. Apa kata bawa masuk Ford Ranger FX4 Max dengan enjin 2.2 liter terus, kan?

Setinggi-tinggi terima kasih kepada laman rangkaian kami iaitu Autofun.th yang berkongsi liputan Bangkok International Motor Show 2021. Ya, kami kini mengembangkan liputan ke Thailand!

Bacaan Lanjut:

Ford Ranger FX4 Max 2021 dilancarkan di Thailand, model Raptor bajet?

Ford Ranger FX4 kini di Malaysia. Lebih 'garang' daripada Ford Ranger XLT?

Ford Ranger serba baru: debut seawal tahun 2022, pembangunan kilang giat dijalankan

Haris

Haris Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

Proton
Perodua
Honda
Toyota
Nissan
Mazda
Mercedes-Benz
BMW
Volvo
Ford
Hyundai
Kia