window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Gambar: Honda BR-V 2022 generasi baru, lebih 'hensem' daripada Avanza dan Aruz?

Haris ยท Sep 28, 2021 09:00 AM

Gambar: Honda BR-V 2022 generasi baru, lebih 'hensem' daripada Avanza dan Aruz? 01

Honda BR-V 2022 generasi baru telah melakukan penampilan sulung global di Indonesia, menampilkan reka bentuk luaran yang berevolusi, kabin dalaman yang diperbaharui, dan juga peningkatan pada ciri keselamatan.

Gambar: Honda BR-V 2022 generasi baru, lebih 'hensem' daripada Avanza dan Aruz? 02

Honda juga telah berjaya memperkenalkan Honda BR-V serba baru ini sebelum pelancaran Toyota Avanza generasi baru, di mana ia dijadualkan untuk melakukan debut pada hujung tahun 2021.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dengan rekaan yang lebih SUV berbanding MPV, ikuti imej-imej berikut yang menguatkan lagi dalil mengapa Honda BR-V generasi baru lebih menarik berbanding pesaing lain sekarang.

Baca: Honda BR-V generasi baru 2022 didedahkan - 1.5 liter i-VTEC, harga dari RM 73k!

Rekaan luar - Berevolusi radikal tetapi masih sama

Gambar: Honda BR-V 2022 generasi baru, lebih 'hensem' daripada Avanza dan Aruz? 01

Semua varian Honda BR-V serba baru menerima lampu hadapan jenis LED reflektor dengan lampu LED siang DRL secara standard. Lampu depan ini mengapit gril Honda yang lebih bersegi, memberikan Honda BR-V serba baru penampilan yang lebih garang.

Gambar: Honda BR-V 2022 generasi baru, lebih 'hensem' daripada Avanza dan Aruz? 02

Bahagian belakang Honda BR-V generasi baru dihiasi oleh sepasang lampu belakang LED, kini dengan corak pencahayaan khas dari Honda. Seperti model generasi sebelum, plat nombor terletak di bahagian bawah sekali pintu belakang.

Gambar: Honda BR-V 2022 generasi baru, lebih 'hensem' daripada Avanza dan Aruz? 03

Meningkatkan lagi rekaan Honda BR-V generasi baru yang lebih tegap adalah lapisan hitam dan perincian hiasan berwarna perak. Melengkapkan penampilan garang dan tegap ini adalah rim aloi 2 tona. 

Kabin dalaman – Kini lebih mewah

Gambar: Honda BR-V 2022 generasi baru, lebih 'hensem' daripada Avanza dan Aruz? 04

Selain enjin, kekuatan Honda adalah pada rekaan kabin dalaman modelnya dan Honda BR-V generasi baru ini tidak mengecewakan. Malah, boleh dikatakan rekaan baharu ini terasa lebih mewah berbanding sebelumnya yang lebih cenderung ke arah praktikaliti.

Gambar: Honda BR-V 2022 generasi baru, lebih 'hensem' daripada Avanza dan Aruz? 05

Gambar: Honda BR-V 2022 generasi baru, lebih 'hensem' daripada Avanza dan Aruz? 06

Papan pemuka pada kenderaan 7-penumpang ini memperolehi kemasan plastik sentuhan lembut pada bahagian penumpang, serta hadir dengan port USB tambahan untuk lebih keselesaan.

Gambar: Honda BR-V 2022 generasi baru, lebih 'hensem' daripada Avanza dan Aruz? 07

Gambar: Honda BR-V 2022 generasi baru, lebih 'hensem' daripada Avanza dan Aruz? 08

Bukan itu sahaja, Honda BR-V generasi baru varian teratas akan menambah paparan multi-info (Multi info display) berwarna yang terletak di antara dail analog, dan juga butang kawalan pelayaran pada stereng.

Gambar: Honda BR-V 2022 generasi baru, lebih 'hensem' daripada Avanza dan Aruz? 09

Berita baik, Honda telah menangani salah satu kekurangan terbesar Honda BR-V generasi terdahulu dengan menambah penyandar lengan konsol tengah yang turut berfungsi sebagai ruang penyimpanan.

Gambar: Honda BR-V 2022 generasi baru, lebih 'hensem' daripada Avanza dan Aruz? 10

Honda juga telah memberikan Honda BR-V generasi baru ini sejumlah port pengecasan USB, termasuk untuk penumpang di tempat duduk baris kedua dan ketiga. Semua baris mempunyai port pengecasan USB tersendiri untuk mengecas peranti tanpa perlu membawa bank kuasa.

Gambar: Honda BR-V 2022 generasi baru, lebih 'hensem' daripada Avanza dan Aruz? 11

Gambar: Honda BR-V 2022 generasi baru, lebih 'hensem' daripada Avanza dan Aruz? 12

Trenkuasa – Enjin DOHC mula diterima dalam model-model tersohor Honda

Gambar: Honda BR-V 2022 generasi baru, lebih 'hensem' daripada Avanza dan Aruz? 13

Honda BR-V generasi kedua ini adalah model terkini yang menerima enjin DOHC baru Honda, menggantikan enjin SOHC yang sudah lama digunakan. Ini menjadi suatu penanda aras yang baik bagi peminat-peminat jenama Honda.

Gambar: Honda BR-V 2022 generasi baru, lebih 'hensem' daripada Avanza dan Aruz? 14

Enjin 1.5 liter aspirasi semula jadi DOHC petrol yang baru ini turut dikongsi bersama model Honda City generasi sekarang. Ia mampu menawarkan kuasa sehingga 121 PS dan 145 Nm. Untuk model pasaran Indonesia, enjin ini ditawarkan dalam transmisi automatik CVT atau manual. Pasaran Malaysia mungkin sekali akan menggugurkan pilihan manual tersebut.

Ciri keselamatan – Setanding Toyota?

Gambar: Honda BR-V 2022 generasi baru, lebih 'hensem' daripada Avanza dan Aruz? 15

Akhirnya, Honda BR-V generasi kedua ini dilengkapi dengan 6 beg udara, suatu anjakan besar dari 2 beg udara di dalam model generasi sebelumnya.

Gambar: Honda BR-V 2022 generasi baru, lebih 'hensem' daripada Avanza dan Aruz? 16

Tetapi itu bukan sahaja, Honda turut melengkapi Honda BR-V baru ini dengan suite ADAS Honda Sensing yang dipertingkatkan. Suite ini kini merangkumi ciri seperti:

  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Road Departure Mitigation (RDM)
  • Lane Keep Assist System (LKAS)
  • Collision Mitigation Brake System (CMBS)
  • Auto High Beam (AHB)
  • Lead Car Departure Notification (LCDN) - masih tidak dilengkapi pada model Honda City atau Honda CR-V.

Gambar: Honda BR-V 2022 generasi baru, lebih 'hensem' daripada Avanza dan Aruz? 17

Sentuhan terakhir adalah kamera Honda Lanewatch yang diletakkan pada cermin sisi kiri. Berkemungkinan besar, Honda Lanewatch hanya akan hadir pada varian teratas sahaja.

Baca: Tertiris: Honda N7X Concept sah sebagai BR-V 2022 serba baru, siap Honda Sensing!

Konklusi - Patut dipertimbangkan, mudah disyorkan

Gambar: Honda BR-V 2022 generasi baru, lebih 'hensem' daripada Avanza dan Aruz? 18

Honda BR-V generasi baru ini tampil dengan kelengkapan yang lebih menyeluruh berbanding model generasi pertama. Malah, ia seolah-olah memberi tahu bahawa Honda mendengar keluhan pengguna dan memperbaiki mutu kenderaan keluarannya.

Gambar: Honda BR-V 2022 generasi baru, lebih 'hensem' daripada Avanza dan Aruz? 19

Sebagai sebuah SUV keluarga, ia dilengkapi ciri-ciri yang sangat bernilai dari segi keselamatan dan keselesaan. Bab kuasa, kita juga tahu bahawa enjin Honda adalah antara yang terbaik.

Gambar: Honda BR-V 2022 generasi baru, lebih 'hensem' daripada Avanza dan Aruz? 20

Honda BR-V generasi kedua dijangka akan dilancarkan di Malaysia pada akhir tahunn 2022 atau awal tahun 2023, setelah mengambil kira tempoh 12 hingga 18 bulan masa yang diperlukan untuk penyetempatan, pemasangan tempatan (CKD) dan sumber bahagian.

Gambar: Honda BR-V 2022 generasi baru, lebih 'hensem' daripada Avanza dan Aruz? 21

Walau bagaimanapun, sekatan perjalanan yang berkaitan dengan Covid-19 telah melambatkan keadaan. Setakat ini, Honda Malaysia terpaksa menunda beberapa pelancaran kereta baru, termasuk Honda City Hatchback dan Honda Civic serba baru. Adakah anda lebih mengidamkan sebuah kenderaan 7-penumpang seperti BR-V?

Baca: Honda BR-V nak jadi ‘king’ semula? Ini pembaharuan patut ada pada generasi baru nanti

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda BR-V Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda