window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda BR-V vs Toyota Avanza: Generasi baru dah tiba, yang mana patut jadi pilihan anda?

Haris · Oct 16, 2021 08:00 PM

Honda BR-V vs Toyota Avanza: Generasi baru dah tiba, yang mana patut jadi pilihan anda? 01

  • Kedua-duanya dilancarkan hanya beberapa bulan antara satu sama lain
  • Kedua-duanya kini model FWD dengan enjin 1.5L NA
  • Kedua-duanya kini mempunyai sistem ADAS

Pasaran kenderaan penumpang kini sengit dengan model terkini 2022 Honda BR-V generasi baru yang dilancarkan pada September lalu. Tidak mahu kalah dalam perlumbaan ke hati peminat, 2022 Toyota Avanza generasi baru juga menyusul sekitar sebulan selepas itu. Persaingan antara kedua-duanya makin kuat apabila ciri keselamatan, karakter pacuan dan rekaan kini makin setara.

Honda BR-V vs Toyota Avanza: Generasi baru dah tiba, yang mana patut jadi pilihan anda? 02

Oleh itu, yang mana satukah antara 2022 Honda BR-V atau 2022 Toyota Avanza yang menjadi pilihan anda? Sementara menunggu ia hadir ke Malaysia, apa kata kita jenguk dulu apa yang ditawarkan dalam kedua-dua crossover ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Yang mana lebih menarik?

Honda BR-V vs Toyota Avanza: Generasi baru dah tiba, yang mana patut jadi pilihan anda? 01

Honda BR-V vs Toyota Avanza: Generasi baru dah tiba, yang mana patut jadi pilihan anda? 02

Honda BR-V 2022 tampil selara dengan nuansa reka bentuk semasa Honda dengan gril hadapan krom yang digelar Solid Wing Face. Mirip generasi yang pertama, terdapat pelapisan badan di bahagian bawah dagu fasia depan.

Honda BR-V vs Toyota Avanza: Generasi baru dah tiba, yang mana patut jadi pilihan anda? 03

Honda BR-V vs Toyota Avanza: Generasi baru dah tiba, yang mana patut jadi pilihan anda? 04

Sementara itu, Toyota Avanza 2022 kelihatan kurang lasak berbanding generasi sebelum - tanpa pelapisan badan atau rel bumbung, serta mengenakan reka bentuk yang lebih tajam secara keseluruhan.

Honda BR-V vs Toyota Avanza: Generasi baru dah tiba, yang mana patut jadi pilihan anda? 05

2022 Honda BR-V

Honda BR-V vs Toyota Avanza: Generasi baru dah tiba, yang mana patut jadi pilihan anda? 06

2022 Toyota Avanza

Dari segi dimensi, Toyota Avanza 2022 berukuran lebih pendek dan kurang lebar berbanding Honda BR-V 2022 dari segi panjang dan lebar keseluruhan. Walaubagaimanapun, Toyota Avanza mempunyai jarak roda yang lebih panjang dan ini mungkin boleh diterjemahkan kepada kestabilan yang lebih baik.

Honda BR-V vs Toyota Avanza: Generasi baru dah tiba, yang mana patut jadi pilihan anda? 07

Honda BR-V vs Toyota Avanza: Generasi baru dah tiba, yang mana patut jadi pilihan anda? 08

Dimensi Toyota Avanza vs Honda BR-V
  2022 Avanza 2022 BR-V
Panjang (mm) 4,395 4,490
Lebar (mm) 1,730 1,780
Tinggi (mm) 1,700 1,685
Jarak Roda (mm) 2,750 2,700

Kabin yang mana lebih selesa?

Honda BR-V vs Toyota Avanza: Generasi baru dah tiba, yang mana patut jadi pilihan anda? 09

Honda BR-V vs Toyota Avanza: Generasi baru dah tiba, yang mana patut jadi pilihan anda? 10

Melangkah masuk ke dalam Honda BR-V 2022, papan pemukanya diilhamkan oleh Honda Amaze pasaran India. Kesemua perincian dari hujung ke hujung memang mirip model tersebut, termasuklah sepasang corong udara simetri di bahagian tepi. Sokongan Android Auto dan Apple CarPlay turut ditawarkan.

Honda BR-V vs Toyota Avanza: Generasi baru dah tiba, yang mana patut jadi pilihan anda? 11

Papan pemuka kini menerima beberapa perincian sentuhan lembut pada bahagian penumpang, serta port USB tambahan. Suatu ciri yang menjadi kemestian dalam kenderaan 7-penumpang zaman sekarang.

Honda BR-V vs Toyota Avanza: Generasi baru dah tiba, yang mana patut jadi pilihan anda? 12

Honda BR-V vs Toyota Avanza: Generasi baru dah tiba, yang mana patut jadi pilihan anda? 13

Bergerak ke kabin dalaman Toyota Avanza 2022 pula, beberapa persamaan boleh diteliti terhadap Toyota Raize/Daihatsu Rocky (kembar Perodua Ativa) dengan reka bentuk sudut pada papan pemuka, serta beberapa suis seperti tuil gear dan butang stereng.

Yang mana lebih berkuasa?

Honda BR-V vs Toyota Avanza: Generasi baru dah tiba, yang mana patut jadi pilihan anda? 14

Menjana Honda BR-V 2022 ialah enjin petrol 1.5 liter NA DOHC yang dikongsi dengan Honda City (dan City Hatchback) generasi semasa, menghasilkan 121 PS dan 145 Nm. Tugas penghantaran kuasa pula dikendalikan oleh transmisi automatik CVT ke roda hadapan.

Honda BR-V vs Toyota Avanza: Generasi baru dah tiba, yang mana patut jadi pilihan anda? 15

Untuk Toyota Avanza 2022 pula, terdapat enjin 1.5 liter NA DOHC petrol yang menghasilkan 106 PS dan 136 Nm. Tidak seperti model generasi sebelum 'tarik belakang', kuasa disalurkan ke roda hadapan melalui transmisi automatik CVT juga.

Daripada angka kuasa yang disebutkan, jelas bahawa Honda BR-V adalah SUV yang lebih berkuasa di antara kedua-duanya. Malah, Honda BR-V generasi pertama juga merupakan model paling berkuasa dalam kelasnya tanpa dicabar, justeru model baharu ini mungkin akan meneruskan legasi tersebut.

Baca: Perbandingan: Mitsubishi Xpander vs Honda BR-V vs Perodua Aruz. Mana lebih berkuasa? 

Keluarga perlukan kenderaan paling selamat, yang mana lebih baik?

Honda BR-V vs Toyota Avanza: Generasi baru dah tiba, yang mana patut jadi pilihan anda? 16

Kedua-dua Toyota Avanza dan Honda BR-V telah menerima naik taraf dalam bahagian keselamatan. Varian teratas Honda BR-V kini menambah suite Honda Sensing ADAS, yang merangkumi:

  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Road Departure Mitigation (RDM)
  • Lane Keep Assist System (LKAS)
  • Collision Mitigation Brake System (CMBS)
  • Auto High Beam (AHB)
  • Lead Car Departure Notification (LCDN)

Jumlah beg udara yang ditawarkan mencecah 6 beg udara serta turut disertakan ciri khas Honda iaitu kamera LaneWatch yang menggantikan pemantau titik buta.

Honda BR-V vs Toyota Avanza: Generasi baru dah tiba, yang mana patut jadi pilihan anda? 17

Sementara itu, varian atas Toyota Avanza 1.5 Veloz (juga dikenali sebagai Toyota Veloz sahaja, hanya dijual di Indonesia) menerima 6 beg udara serta suite ADAS Toyota Safety Sense (TSS) yang menggabungkan:

  • Lane Departure Assist (LDA)
  • Pedal Misoperation Control (PMC)
  • Front Departure Alert (FDA)
  • Pre-Collision System (PCS)
  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
  • Blind Spot Monitoring (BSM)

Untuk aspek keselamatan, kedua-duanya kini ditawarkan dengan ciri-ciri yang agak baik. Oleh yang demikian, sukar untuk 

Mana yang lebih mesra poket ketua keluarga?

Honda BR-V vs Toyota Avanza: Generasi baru dah tiba, yang mana patut jadi pilihan anda? 18

Setakat ini, kedua-duanya hanya ditawarkan dalam pasaran Indonesia. Honda BR-V 2022 dijual pada harga bermula dari IDR 275.9m (~RM 80k) hingga IDR 339.9m (~RM 99k).

Untuk Toyota Avanza 2022 pula ia bermula dari IDR 206.2m (~RM 60k) hingga IDR 228.5m (~ RM 67k).

Walau bagaimanapun, Toyota Avanza Veloz yang lebih mewah bermula dari IDR 251.2m (~RM 73k) hingga IDR 291.5m (~RM 85k), masih lebih murah daripada Honda BR-V yang dijual pada harga yang lebih tinggi.

Julat harga Honda BR-V vs Toyota Avanza
Model Dari (IDR) Hingga (IDR)
2022 Honda BR-V 275.9 juta 339.9 juta
2022 Toyota Avanza 206.2 juta 228.5 juta
2022 Toyota Veloz 251.2 juta 291.5 juta

Masih terlalu awal untuk memberi bajet harga untuk pasaran Malaysia kerana ia masih belum mempunyai pelan yang jelas mengenai kehadirannya. Avanza dikatakan bakal rebadge menjadi Perodua Alza manakala Indonesia mengumumkan BR-V hanya akan dihasilkan secara CBU Indonesia. Tiada maklumat yang jelas setakat ini.

Baca: Honda BR-V generasi baharu dah mula pengeluaran, pintas Avanza yang masih sepi

Konklusi

Honda BR-V vs Toyota Avanza: Generasi baru dah tiba, yang mana patut jadi pilihan anda? 19

Walaupun artikel ini ditulis berdasarkan spesifikasi Indonesia, kenderaan yang akan tiba di tanah air kita mungkin tidak jauh dari situasi yang sama. Lagi pula Honda dan Toyota sememangnya merebut tempat dalam segmen B, lebih-lebih lagi dalam segmen sedan, hatchback dan yang ini, kenderaan 7-penumpang.

Honda BR-V vs Toyota Avanza: Generasi baru dah tiba, yang mana patut jadi pilihan anda? 20

Apa yang lebih menarik adalah sebelum ini, kedua-dua model berada dalam pola yang berbeza. Avanza lebih selamat, BR-V pula lebih berkuasa namun kini kedua-duanya mula mendapatkan ciri unik lawan justeru mendekatkan lagi persaingan antara keduanya. Adakah jenama bakal menjadi pertimbangan utama?

Baca juga: 

Gambar: Honda BR-V 2022 generasi baru, lebih 'hensem' daripada Avanza dan Aruz?

Daripada konsep kepada pengeluaran: Bagaimana DN Multisix berkembang menjadi Toyota Avanza!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda BR-V Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda