GR Yaris terlalu mahal? Dapatkan ‘bodykit’ GR untuk Perodua Myvi anda!
Faisal · Jan 11, 2021 03:00 PM
Walaupun harga RM 286k agak berbaloi untuk Toyota GR Yaris, ia bukanlah sesuatu yang mampu dimiliki oleh orang ramai. Khusus untuk anda yang memiliki Perodua Myvi, inilah peluang untuk menjadikan kereta anda seperti sebuah model GR.
Baru-baru ini, sebuah kedai aksesori di Kajang telah memaparkan gambar sebuah prototaip bampar depan. Semuanya kelihatan mirip GR Yaris. Malah ia turut mempunyai rongga udara yang berfungsi.
Walau bagaimanapun, perincian mengenai bodykit ini masih belum dapat dipastikan. Apapun, ia berkemungkinan kelihatan seperti apa yang pernah dilakar oleh Theophilus Chin.
Jika anda perhatikan, wajah depannya nampak betul-betul sebiji dengan bodykit prototaip tersebut. Cukup mengancam, bukan?
Mengimbau kembali, GR Yaris yang dibangunkan oleh Tommi Makinen ini dilancarkan di Malaysia sekali dengan Toyota ViosGR Sport. Ia dikuasai oleh enjin 1.6L turbo 3 silinder (261 PS, 360 Nm tork) yang dipadankan dengan transmisi manual 6 kelajuan.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.
Komen