window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda N7X Concept vs Honda BR-V – bakal menjuarai susunan kabin yang paling praktikal?

Faisal · May 5, 2021 08:00 PM

Honda N7X Concept vs Honda BR-V – bakal menjuarai susunan kabin yang paling praktikal? 01

Baru-baru ini, PT Honda Prospect Motor telah perkenalkan New 7 Seater eXcitement, yang mana ia dikenali sebagai Honda N7X Concept.

Honda N7X Concept vs Honda BR-V – bakal menjuarai susunan kabin yang paling praktikal? 02

Asalnya dianggap sebagai Honda BR-V generasi baru, Honda menyatakan bahawa ini adalah sebuah model baru yang mana kedudukannya lebih atas daripada Honda BR-V.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaKejap, Honda N7X Concept BUKAN pengganti Honda BR-V tetapi model SUV yang lebih besar?

Tanpa melengahkan masa, mari kita bandingkan di antara mereka.

Dimensi – lebih besar daripada BR-V!

Honda N7X Concept vs Honda BR-V – bakal menjuarai susunan kabin yang paling praktikal? 01

Walaupun dengan 7 tempat duduk, kereta ini sebenarnya “lebih panjang, lebih tinggi, dan lebih lebar” daripada Honda BR-V.

Kalau anda nak tahu, ukuran dimensi Honda BR-V adalah seperti berikut:

Dimensi Honda BR-V
Panjang 4,457 mm
Lebar 1,735 mm
Tinggi 1,677 mm
Jarak roda 2,662 mm

Eksterior – Reka bentuk baru yang lebih tajam

Honda N7X Concept vs Honda BR-V – bakal menjuarai susunan kabin yang paling praktikal? 02

Honda BR-V diperkenalkan pada tahun 2016 sebelum dikemaskini tiga tahun yang lalu. Bagi kami, ia bukanlah hodoh. Cumanya, ia nampak seperti sudah lama.

Honda N7X Concept vs Honda BR-V – bakal menjuarai susunan kabin yang paling praktikal? 03

Walaupun dengan siluet dan profil yang seakan sama, elemen reka bentuk Honda yang terkini buatkan N7X Concept nampak jauh lebih moden. Dengan hud depan yang sasa dan lampu LED garang yang melengkapi gril ala Honda Odyssey, N7X Concept tidak lagi tampil dengan wajah Honda BR-V yang seakan tidak seimbang.

Honda N7X Concept vs Honda BR-V – bakal menjuarai susunan kabin yang paling praktikal? 04

Kebiasaannya, kereta konsep tampil dengan roda yang menyerlah tetapi unit 18 inci yang ditonjol pada N7X Concept kelihatan agak normal. Secara tidak langsung, ini menandakan bahawa kereta produksi nanti akan kelihatan hampir sama dengan N7X ini. Kalau anda perasan, garisan badan yang bermacam pada Honda BR-V juga digantikan dengan profil yang bersih.

Honda N7X Concept vs Honda BR-V – bakal menjuarai susunan kabin yang paling praktikal? 05

Melengkapi bahagian belakang yang jauh lebih kemas pula ialah lampu yang seakan sama seperti Honda City Hatchback.

Interior – Diambil dari sebuah model sedan?

Honda N7X Concept vs Honda BR-V – bakal menjuarai susunan kabin yang paling praktikal? 06

Walaupun bahagian dalam disembunyikan di sebalik pintu yang berkunci dan cermin yang gelap, kami telah cuba menangkap butiran yang ada di dalam video rasmi.

Honda N7X Concept vs Honda BR-V – bakal menjuarai susunan kabin yang paling praktikal? 07

Dengan jelasnya, bahagian dalam nampak betul-betul lain daripada Honda BR-V. Dengan corong penyaman udara yang simetri dan skrin infotainment yang lebih besar, papan pemuka N7X Concept nampaknya mirip Honda Amaze yang ada di pasaran India.

Honda N7X Concept vs Honda BR-V – bakal menjuarai susunan kabin yang paling praktikal? 08

Menariknya, ia mungkin hadir dengan kemasan krom dan warna coklat, seperti yang diperlihat dalam gambar di atas.

Honda N7X Concept vs Honda BR-V – bakal menjuarai susunan kabin yang paling praktikal? 09

Butiran mengenai tempat duduk di barisan kedua dan ketiga pula masih menjadi tanya tanya tetapi lakaran yang diberi menunjukkan bahawa ia akan tampil dengan suasana kabin yang serba baru.

Juga bacaKebaikan & Keburukan: Honda BR-V, lebih baik dari Mitsubishi Xpander?

Trenkuasa – Serba baru atau dinaik taraf?

Honda N7X Concept vs Honda BR-V – bakal menjuarai susunan kabin yang paling praktikal? 10

Enjin yang digunakan pada Honda BR-V.

Honda BR-V didatangkan dengan enjin aspirasi natural. N7X Concept mungkin kekal dengan format enjin ini apabila fasa produksinya beransur.

Trenkuasa Honda BR-V

Enjin 1.5L aspirasi natural 4 silinder

120 PS @ 6,600 rpm

145 Nm @ 4,600 rpm

Transmisi CVT

Ciri keselamatan – Ada LaneWatch

Honda N7X Concept vs Honda BR-V – bakal menjuarai susunan kabin yang paling praktikal? 11

Walaupun kehadiran sistem ADAS Honda Sensing belum dapat disahkan, cermin sisi N7X Concept mempunyai sebuah kamera. Perkara ini menandakan bahawa model baru ini akan hadir dengan ciri Honda LaneWatch.

Ini adalah satu peningkatan berbanding Honda BR-V. Apapun, kami berharap ciri Sensing akan turut didatangkan sekali.

Konklusi – Betul-betul naik taraf

Honda N7X Concept vs Honda BR-V – bakal menjuarai susunan kabin yang paling praktikal? 12

Honda BR-V dan kembarnya, Mobilio sebenarnya sudah lama di pasaran. Berdasarkan apa yang diperlihatkan, N7X Concept seperti senjata yang padu untuk berikan semula saingan sengit di kategori SUV 7 tempat duduk.

Kami telah diberitahu bahawa Honda akan berikan kejutan pada Ogos yang akan datang di Gaikindo Indonesia International Auto Show. Mengikut logik akal, ia sepatutnya versi produksi untuk N7X Concept. Oleh itu, sama-sama kita nantikan.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda BR-V Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda