Hyundai Elantra 2021 serba baru dilancarkan di Malaysia, harga dari RM 158,888, ADAS lengkap, CBU Korea
Mersita · Dec 10, 2020 11:15 AM
Seminggu selepas tayanganHyundai Elantra 2021 serba baru yang diadakan di Malaysia, Hyundai-Sime Darby Motor (HSDM) telah melancarkan sedan segmen C itu di sini. Harganya bermula dari RM 158,888 bagi varian 1.6 tunggal itu.
Kini pada generasi ketujuhnya, Hyundai Elantra serba baru bersaing dengan sedan-sedan segmen C yang lain seperti Honda Civic, Mazda 3 Sedan, dan juga Toyota Corolla Altis. Hyundai Elantra serba baru kini diimpot (CBU) dari Korea.
Jika dibandingkan dengan pesaingnya, Hyundai Elantra dijual pada harga yang lebih hampir dengan Mazda 3 CBU Jepun, yang berharga RM 154,000. Perlu diingatkan yang harga pengenalan yang diberitahu ini ialah harga tanpa cukai SST yang sah sehingga 31 Disember. Selepas berakhirnya pengecualian cukai, harganya akan meningkat.
Dibina di atas platform K3 baru Hyundai (bukannya Kia Cerato K3), Hyundai Elantra serba baru ini diberi enjin petrol SmartStream‘naturally aspirated’1.6 liter yang menjana kuasa 123 PS dan 154 Nm. Kuasanya memacu roda hadapan menerusi transmisi baru Hyundai yang dipanggil Intelligent Variable Transmission (IVT; terma Hyundai bagi CVT) dengan 8 nisbah virtual.
Ia juga didatangkan dengan mode-mode pemanduan yang boleh dipilih – dimana ia boleh mengubah respon stereng, enjin, serta kotak gear. Kluster meter yang semuanya digital juga menurut mode yang dipilih pemandu.
Kelengkapan standard pada varian tunggal 1.6 Elantra termasuklah:
Lampu hadapan projektor LED
Daytime running lights LED
Lampu brek LED
Rim aloi 17 inci
Kemasan dalaman berwarna hitam atau kelabu cair
Kerusi pemandu dengan pelarasan berkuasa 8 cara serta sokongan lumbar 2 cara
Sistem penghawa dingin dwi-zon automatik
Salur penghawa dingin di belakang
Paparan infotainmen 8 inci
Android Auto, Apple CarPlay
Kluster instrument digital 10.25 inci
Pengecas tanpa-wayar Qi
Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS)
Kelengkapan keselamatan yang ada pada Hyundai Elantra serba baru ini agak meluas. Selain daripada kelengkapan seperti 6 beg udara, kawalan penstabilan, kawalan cengkaman, dan poin besi pemegang kerusi keselamatan kanak-kanak ISOFIX; Hyundai Elantra serba baru ini juga dipadatkan dengan suite ADAS SmartSense yang lengkap dan ia merangkumi:
Dari segi rekaan pula, sedan dari Korea ini nampak lebih flamboyan dan bergaya daripada pesaingnya dari Jepun. Kelengkapan keselamatannya berada pada tahap yang sama dengan Honda Civic, manakala ruang dalamannya pula nampak premium seperti Mazda 3. Tapi, ruang kabinnya jauh lebih luas dan lebih praktikal berbanding Mazda.
Ada empat kemasan warna cat yang ditawarkan - Polar White, Electric Shadow, Amazon Grey, dan Intense Blue.
HSDM juga ada menawarkan dua warna kemasan ruang kabin bagi Elantra serba baru ini – Hitam dan Kelabu Cair, yang boleh anda lihat di bawah.
Elantra dengan kemasan warna hitam
Elantra dengan kemasan warna kelabu cair
Sama seperti kebanyakan model Hyundai yang baru, HSDM menawarkan waranti 5 tahun/300,000 km bagi Elantra serba baru ini.
Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.
Komen