Hyundai Kona 2020 dilancarkan: CBU, bermula RM 115,888 – Saingan Proton X50 dari Korea?

Faisal · Oct 30, 2020 03:30 PM

Hyundai Kona 2020 dilancarkan: CBU, bermula RM 115,888 – Saingan Proton X50 dari Korea? 01

MInggu ini, kita menerima dua kehadiran baharu dalam kategori SUV segmen B. Salah satunya ialah Proton X50 dan satu lagi ialah Hyundai Kona. Dilancarkan sebagai model CBU, Hyundai Kona ditawarkan dengan harga yang bermula daripada RM 115,888 (harga tanpa insuran dan termasuk pengecualian cukai SST). Istimewanya, tawaran harga ini hanya diberikan dalam masa yang terhad.

Hyundai Kona 2020 dilancarkan: CBU, bermula RM 115,888 – Saingan Proton X50 dari Korea? 02

Namun begitu, kita tidak menerima model yang sudah dikemaskini (facelift) kerana ia belum dihasilkan untuk versi pemanduan belah kanan. Pada masa yang sama, Hyundai Kona yang dilancarkan ini tidak didatangkan dengan kluster instrumen digital.

Hyundai Kona 2020 dilancarkan: CBU, bermula RM 115,888 – Saingan Proton X50 dari Korea? 01

Untuk maklumat anda, Hyundai Kona bersaing dengan SUV seperti Honda HR-V, Mazda CX-3, dan Proton X50. Dengan bermulakan RM 115,888 , SUV segmen B buatan Korea ini cukup berdaya saing.

Hyundai Kona 2020 dilancarkan: CBU, bermula RM 115,888 – Saingan Proton X50 dari Korea? 02

Untuk varian Turbo, Hyundai Kona didatangkan dengan enjin 1.6L 4-silinder turbo yang menghasilkan 177 PS dan 265 Nm tork. Kuasa ini dipadankan dengan transmisi DCT 7 kelajuan.

Hyundai Kona 2020 dilancarkan: CBU, bermula RM 115,888 – Saingan Proton X50 dari Korea? 03

Untuk varian Standard dan Active pula, pembeli ditawarkan dengan enjin 2.0L aspirasi natural yang dipadankan dengan transmisi automatik 6 kelajuan.

Hyundai Kona 2020 dilancarkan: CBU, bermula RM 115,888 – Saingan Proton X50 dari Korea? 04

Dari segi harga, varian 2.0 Standard bermula daripada RM 115,888. Varian 2.0 Active pula boleh dimiliki dengan harga RM 130,888. Mewakili varian teratas, Hyundai Kona 1.6 T-GDI Turbo boleh didapati dengan harga RM 143,888. 

Selepas tawaran yang terhad, harga Hyundai Kona akan kembali seperti berikut:

  • 2.0 Standard: RM 123,888
  • 2.0 Active: RM 138,888
  • 1.6 Turbo: RM 151,888

Hyundai Kona 2020 dilancarkan: CBU, bermula RM 115,888 – Saingan Proton X50 dari Korea? 05

Berbanding dengan pesaing, lapisan plastik pada bahagian badan Hyundai Kona kelihatan agak ketara dimana ia memberikan rupa paras SUV yang lebih tegap. Walaupun dengan rupa paras sebegini, ia masih berpacuan roda hadapan.

Hyundai Kona 2020 dilancarkan: CBU, bermula RM 115,888 – Saingan Proton X50 dari Korea? 06

Dari segi ciri keselamatan, Hyundai Kona dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu ADAS pada varian 1.6 T-GDI High. Sistem ini merangkumi ciri bantuan seperti FCA, LKA, RCTA, BSD, ACC, dan Smart High Beam Assist.

Hyundai Kona 2020 dilancarkan: CBU, bermula RM 115,888 – Saingan Proton X50 dari Korea? 07

Pada bahagian kabin, Hyundai Kona dihiasi dengan kemasan warna yang menyerlah. Secara keseluruhan, penampilan kabin masih kelihatan konvensional.

Hyundai Kona 2020 dilancarkan: CBU, bermula RM 115,888 – Saingan Proton X50 dari Korea? 08

Menariknya, semua varian didatangkan dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay. Pada masa yang sama, ciri pengecas telefon tanpa wayar (wireless charging) pada varian Turbo adalah yang pertama di dalam segmen ini.

Hyundai Kona 2020 dilancarkan: CBU, bermula RM 115,888 – Saingan Proton X50 dari Korea? 09

Dengan kelengkapan yang pelbagai dan tren kuasa yang cukup moden, Hyundai Kona mampu berikan saingan yang sengit di dalam segmen yang cukup hangat sejak kebelakangan ini. Apa pula pendapat anda?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

Perbincangang Trending

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Hyundai Kona 2.0 Standard

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru