window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Isuzu D-Max lebih popular daripada Hilux di Thailand. Mampukah Isuzu tawan hati Malaysia?

Mersita · May 10, 2021 11:00 AM

Isuzu D-Max lebih popular daripada Hilux di Thailand. Mampukah Isuzu tawan hati Malaysia? 01

Setelah bertahun lamanya mendatar, pasaran trak pikap di Malaysia semakin menunjukkan pertumbuhan positif. Pemandu trak pikap di Malaysia pun usai menerima hakikat kenaikan harga bagi semua model-model penting termasuklah Toyota Hilux, Mitsubishi Triton, Ford Ranger, dan juga Isuzu D-Max.

Kini, semua model-model ini dijual pada harga bermula dari RM 120,000 bagi varian 4x4 berkotak gear automatik paling murah.

Isuzu D-Max lebih popular daripada Hilux di Thailand. Mampukah Isuzu tawan hati Malaysia? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Lebih kurang 5 tahun yang lalu, trak pikap berkelengkapan sebegini berharga sekitar RM 100,000. Ada beberapa faktor yang membuatkannya naik harga. Kejatuhan nilai Ringgit kita adalah punca terbesarnya.

Baca juga: Isuzu D-Max 2021 di Malaysia - enjin 3.0L baru, saiz lebih besar, warranti 7 tahun! Harga dari RM 89k

Isuzu D-Max lebih popular daripada Hilux di Thailand. Mampukah Isuzu tawan hati Malaysia? 01

Pada masa yang sama, polisi automotif Thailand semakin menuju ke arah mendenda kenderaan yang membebaskan karbon dioksida dengan kadar tinggi. Perkara ini mendesak pengeluaran enjin lebih bersih dengan kos lebih tinggi, yang juga secara tipikalnya terpaksa mematuhi standard keselamatan Eropah. Kesemua aspek-aspek ini melonjakkan lagi harganya ke tahap lebih tinggi.

Isuzu D-Max lebih popular daripada Hilux di Thailand. Mampukah Isuzu tawan hati Malaysia? 02

Di samping itu, kombinasi dalam perubahan permintaan pelanggan bagi trak serbaguna yang sesuai untuk belasahan dan juga rekreasi, kejatuhan nilai Ringgit, ditambah lagi dengan peningkatan kos pematuhan pelepasan gas ekzos berjaya ‘membunuh’ trak belasahan murah.

Isuzu D-Max lebih popular daripada Hilux di Thailand. Mampukah Isuzu tawan hati Malaysia? 03

RT D-Max yang terdahulu merupakan trak belasahan terakhir – buatlah apa saja pada pikap ini, anda tak perlu risau

Isuzu D-Max generasi RT yang terdahulu adalah model terakhir dari kalangannya dan secara peribadi, kami merinduinya. Ia adalah trak ‘ladder frame’ sebenar yang boleh diharap dan tidak ‘berpura-pura’. Jika anda dah ada ‘base spec’ iaitu kotak gear manual dan varian ‘single cab’, anda takkan teragak-agak untuk cuci habis kabin kereta ini bagi membersihkan lumpur di dalamnya.

Masa kini, walau Maxus T60 keluaran China pun didatangkan dengan butang ‘push start’ tanpa-kunci, kawalan peluncuran, dan penghawa dingin automatik.

Isuzu D-Max lebih popular daripada Hilux di Thailand. Mampukah Isuzu tawan hati Malaysia? 04

Oleh itu, apabila Isuzu D-Max generasi RG terkini didebut secara global di Bangkok, kami tertanya-tanya jikalau Isuzu telah menyimpang jauh dari kelompok pelanggan utamanya.

Kebanyakan daripada mereka mahukan kenderaan yang murah untuk dijaga serta mempunyai kelasakan mekanikal ‘old school’; bukannya yang paling ‘fancy’ dan bersih berkilat seperti trak pikap kluster kayangan yang tak pernah off-road.

Isuzu D-Max lebih popular daripada Hilux di Thailand. Mampukah Isuzu tawan hati Malaysia? 05

Rupa dalaman D-Max baharu nampak lebih mewah daripada sedan/SUV anda

Isuzu D-Max generasi ketiga amat berbeza daripada generasi sebelumnya. Ia menonjolkan rupa bentuk yang cukup bergaya sehingga boleh mengalahkan Ford Ranger.

Ia juga didatangkan dengan kelengkapan keselamatan, keselesaan serta kemudahan yang mencukupi; sama padan dengan Proton X70, trak pikap lain apatah lagi.

Isuzu D-Max lebih popular daripada Hilux di Thailand. Mampukah Isuzu tawan hati Malaysia? 06

Proton boleh belajar dan contohi mereka, sedangkan trak pun ada Android Auto/Apple CarPlay

7 beg udara, AEB, kawalan peluncuran adaptif (ACC) dengan ‘stop & go’, pemantau titik buta (BSM), amaran lintasan trafik belakang (RCTA), infotainmen dengan 8 speaker dan Android Auto/Apple CarPlay, stereng teleskopik dan condong, salur penghawa dingin di belakang – D-Max semua ada!

Isuzu D-Max lebih popular daripada Hilux di Thailand. Mampukah Isuzu tawan hati Malaysia? 07

D-Max ialah ‘king’ baru di negara pasaran utama trak 1 tan iaitu Thailand. Semua trak lain menunjukkan penurunan jualan ketara sejak D-Max dilancarkan

Data jualan jelas menunjukkan bahawa anggapan kami tentang imej D-Max yang semakin menyimpang adalah salah sama sekali. Rupa-rupanya inilah trak yang ditunggu-tunggu oleh peminat Isuzu selama ini.

Baca juga: Isuzu D-Max 2021 - rakyat Thailand terlalu suka, 1/2 trak pikap terjual adalah D-Max!

Isuzu D-Max lebih popular daripada Hilux di Thailand. Mampukah Isuzu tawan hati Malaysia? 08

Lebih bagus daripada sedan/SUV biasa?

Sambutannya amat menggalakkan di Thailand sehinggakan ia berjaya menumpaskan Toyota Hilux yang sekian lama mendominasi, dimana D-Max merangkul takhta trak pikap No.1 di Thailand. Dua generasi D-Max yang terdahulu tidak mampu mencapai kejayaan ini.

Isuzu D-Max lebih popular daripada Hilux di Thailand. Mampukah Isuzu tawan hati Malaysia? 09

Rakan penulis kami, Pisan Ittiwattanakul dari ‘sister-site’ WapCar, autofun.co.th, menjelaskan yang antara Toyota dan Isuzu, para pembeli pikap di Thailand lebih mempercayai Isuzu kerana warga negara itu menganggap Isuzu sebagai pakar enjin diesel dan 4x4.

Isuzu hanya menghasilkan trak pikap diesel dan ‘pick-up passenger vehicle’ (PPV/kenderaan pikap penumpang), istilah warga Thai bagi trak berasaskan SUV seperti Toyota Fortuner atau Isuzu MU-X, serta lori tahan lasak.

Isuzu D-Max lebih popular daripada Hilux di Thailand. Mampukah Isuzu tawan hati Malaysia? 10

Isuzu wujud hanya untuk dua perkara – enjin diesel dan 4x4 – semua masa, tenaga dan sumber mereka digunakan untuk menyempurnakan kepakaran mereka dalam dua bidang ini

Dalam erti kata lain, satu-satunya ‘tujuan hidup’ Isuzu adalah untuk membina kenderaan yang amat tahan lasak dan kukuh walau untuk apa jua kegunaan.

Walau bagaimanapun, dahulunya Isuzu tiada produk yang cukup moden dan istimewa bagi mengalahkan Hilux Revo. Namun, kini sudah ada.

Isuzu D-Max lebih popular daripada Hilux di Thailand. Mampukah Isuzu tawan hati Malaysia? 11

Kawalan peluncuran adaptif (ACC) berfungsi pada semua kelajuan, lebih bagus dan berguna daripada Proton X70

Tidak dinafikan yang Isuzu D-Max kini lebih mahal daripada harga terdahulu, namun pembeli Thai boleh menerima hakikat ini kerana ia masih dijual pada harga lebih rendah daripada Toyota Hilux, ditambah lagi dengan kelengkapan lebih banyak.

Isuzu D-Max lebih popular daripada Hilux di Thailand. Mampukah Isuzu tawan hati Malaysia? 12

“Produk ini lebih baru, harganya masuk akan dan Isuzu mempunyai imej yang sangat kukuh di dalam pasaran pikap,” kata Pisan.

D-Max serba baharu juga mempunyai banyak kelengkapan teknologi yang sudah lama ditunggu-tunggu oleh pengguna kenderaan Isuzu. Boleh dikatakan yang tahap keselamatan dan keselesaan D-Max serba baharu ini hampir serupa seperti Hilux, dan juga lebih murah (antara varian yang setara),” tambah beliau.

Isuzu D-Max lebih popular daripada Hilux di Thailand. Mampukah Isuzu tawan hati Malaysia? 13

D-Max ialah pikap kegemaran di kalangan pelumba drag Thai, disebabkan oleh kebolehtahanan enjinnya

Di Australia, senarai menunggu bagi Isuzu D-Max adalah 3 ke 6 bulan panjangnya. Negara itu adalah pasaran trak pikap yang penting dan juga pasaran ekspot pertama bagi D-Max. Model terbaru ini adalah D-Max paling berjaya bagi Isuzu Ute Australia setakat ini.

Isuzu D-Max lebih popular daripada Hilux di Thailand. Mampukah Isuzu tawan hati Malaysia? 14

Punat dan butangnya terasa lebih premium berbanding banyak kereta penumpang di luar sana

Walaupun ia satu berita yang menyeronokkan, ia tetap menjadi satu masalah besar bagi mereka. Keadaan agak sukar bagi Isuzu Ute Australia kerana pelanggan yang sudah tidak sabar menunggu D-Max mereka perlahan-lahan mengalihkan tempahan mereka kepada Mazda BT-50 yang secara mekanikalnya serupa seperti D-Max.

Baca juga: Mazda BT-50: Ini sebab Mazda memilih Isuzu D-Max, bukan Ford Ranger

Isuzu D-Max lebih popular daripada Hilux di Thailand. Mampukah Isuzu tawan hati Malaysia? 15

Mampukah Isuzu D-Max menggulingkan Toyota Hilux dari takhtanya di Malaysia?

Kami telahpun menguji-pandu Isuzu D-Max terbaru (hanya varian 3.0L) dan tanpa ragu, D-Max lebih kompeten dan bagus daripada Ford Ranger.

Baca juga: Rebiu Ringkas: Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain, trak pikap paling premium, selesa dan tahan lasak?

Isuzu D-Max lebih popular daripada Hilux di Thailand. Mampukah Isuzu tawan hati Malaysia? 16

Ia lebih senyap, pemanduannya lebih selesa, ruang dalamannya terasa lebih mewah, dan enjin serta kotak gearnya lebih responsif. Memandangkan ia keluaran Isuzu, anda patut tahu yang ia lebih tahan lasak dan boleh diharap berbanding Ford.

Isuzu juga didatangkan dengan waranti jarak-tempuh (mileage) tanpa had selama 7 tahun – terbaik dalam kelasnya (tapi, hanya terhad kepada varian X-Terrain, manakala varian lain diberi waranti 5 tahun/150,000 km).

Isuzu D-Max lebih popular daripada Hilux di Thailand. Mampukah Isuzu tawan hati Malaysia? 17

Teknologi ‘padding’ yang digunakan untuk menghasilkan tempat duduk D-Max memberikannya perbezaan ketara dalam menyahkan gegaran. Penumpang dan pemandu di hadapan rasa lebih selesa di dalam D-Max daripada Mitsubishi Triton yang dahulunya pikap paling selesa dalam kategorinya.

Namun, jika dikira sekali dengan keselesaan perjalanan di tempat duduk belakang, Triton lebih selesa sedikit. Tempat duduk Triton yang berlekuk badan ‘J-Line’ dan sudut sandarnya yang lebih besar masih lagi berada di tempat teratas antara saingannya, manakala salur penghawa dinginnya yang dipasang di siling kabin lebih menyelesakan.

Baca juga: Rebiu: Mitsubishi Triton Athlete 2021 adalah sebuah Hilux yang lagi best!

Isuzu D-Max lebih popular daripada Hilux di Thailand. Mampukah Isuzu tawan hati Malaysia? 18

Semuanya serba-serbi bagus, tapi Triton masih ada kelebihan pada tempat duduk belakangnya

D-Max 3.0L juga menawarkan enjin yang lebih responsif berbanding enjin 2.4L MIVEC di dalam Triton, akan tetapi cukai jalannya pasti lebih tinggi dengan kapasitinya. Ini akan dibincangkan lebih lanjut kemudian.

Isuzu telah mengesahkan yang enjin ini serasi dengan biodiesel B10, dimana ia menggantikan campuran B7 yang terdahulu.

Isuzu D-Max lebih popular daripada Hilux di Thailand. Mampukah Isuzu tawan hati Malaysia? 19

Isuzu mengesahkan yang enjinnya serasi dengan biodiesel B10

Bagi Hilux pula, D-Max sama padan dengan fungsi ‘differential lock’ belakang yang ada pada Hilux. Namun, Hilux ada kawalan cengkaman ‘off-road mode’ (A-TRC).

Walau bagaimanapun, kedalaman meranduk 800 mm D-Max adalah 100 mm lebih tinggi daripada Hilux dan Triton, sama padan dengan Ranger.

Apa-apa pun, anda boleh pilih mana-mana trak pikap yang anda suka. Tetapi, apabila anda cuba bersaing dengan Isuzu D-Max, tiada yang setara dengannya.

Isuzu D-Max lebih popular daripada Hilux di Thailand. Mampukah Isuzu tawan hati Malaysia? 20

Namun, perlu diingatkan yang pembeli di Malaysia agak berbeza dengan pembeli di Thailand. Orang kita amat cerewet, mahu semua ada, suka mengeluh dan jarang sekali memuji, namun tidak sanggup bayar lebih untuk kelengkapan ekstra – golongan yang susah untuk dipuaskan hati mereka.

Isuzu D-Max lebih popular daripada Hilux di Thailand. Mampukah Isuzu tawan hati Malaysia? 21

Jika dicabut, anda takkan boleh agak panel pintu ini datangnya dari trak pikap

Ada dua masalah bagi D-Max di Malaysia.

Masalah pertama ialah Isuzu Malaysia mempunyai rangkaian pengedar yang berfokuskan pada lori dan kawasan-kawasan pengindustrian. Amat jarang sekali kita lihat pengedar Isuzu berhampiran rumah dan lot komersial biasa.

Isuzu D-Max lebih popular daripada Hilux di Thailand. Mampukah Isuzu tawan hati Malaysia? 22

Masalah kedua pula ialah kebanyakan kelengkapan di dalam D-Max terhad hanya untuk varian 3.0L. Di Semenanjung Malaysia, ini bermaksud cukai jalannya mencecah RM 1,638! Oleh itu, ia menarik hanya kepada pembeli di Sabah dan Sarawak, dimana cukai jalan bagi D-Max hanyalah RM 451 di Sarawak dan RM 270 di Sabah.

Jika dibandingkan, Triton Athlete 2.4L hampir sama prestasinya dengan D-Max 3.0L dan tahap kelengkapannya juga setara. Cukai jalannya hanya RM 793 di Semenanjung Malaysia, RM 218 di Sarawak, dan RM 131 di Sabah.

Isuzu D-Max lebih popular daripada Hilux di Thailand. Mampukah Isuzu tawan hati Malaysia? 23

Trak pikap 3.0L dan keatas prestasi jualannya tidak begitu baik di Malaysia

Namun, jika ‘running cost’ atau kos penjagaan itu amat penting bagi anda, D-Max ada menawarkan varian Premium 1.9L iaitu trak pikap paling cekap minyak di pasaran kini (kini dengan ‘throttle response’ yang dipertingkatkan).

Ia mempunyai kos cukai jalan paling rendah antara trak-trak pikap yang lain – RM 399 di Semenanjung Malaysia, RM 110 di Sarawak, dan RM 66 di Sabah.

Isuzu D-Max lebih popular daripada Hilux di Thailand. Mampukah Isuzu tawan hati Malaysia? 24

Varian 1.9L berspesifikasi tinggi dan mesra poket tidak boleh didapati

Anda terpaksa terima saja spesifikasi yang tidak merangkumi kelengkapan menarik seperti ‘rear differential lock’, tapi kelengkapan lain masih lagi cukup banyak seperti kawalan peluncuran, pemantau titik buta, amaran lintasan trafik belakang, sistem infotainment dengan skrin 7 inci, 8 ‘speaker’ serta Android Auto/Apple CarPlay.

Isuzu D-Max lebih popular daripada Hilux di Thailand. Mampukah Isuzu tawan hati Malaysia? 25

Isuzu D-Max mungkin belum mampu menggulingkan Toyota Hilux dari takhtanya buat masa ini, namun kehadirannya pasti akan merapatkan lagi jurang anda kedua-dua model ini.

Persoalannya sekarang ialah bagaimana pula nasib pencabar iaitu Mazda BT-50 yang akan datang nanti? Secara mekanikalnya ia serupa, namun disebabkan ia keluaran Mazda, pastinya ia akan dijual pada harga lebih premium berbanding Isuzu.

Baca juga: Mazda BT-50 2021 di Malaysia tahun depan. Trak pikap yang perlu diberi lebih perhatian?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Isuzu D-Max 3.0 4x4 X-Terrain AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda