window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Isuzu D-Max X-Terrain kemaskini 2022 dilancarkan di Malaysia - RM 147k, kini dengan 3 ciri baru!

Faisal ยท Jun 17, 2022 02:00 PM

Isuzu D-Max X-Terrain kemaskini 2022 dilancarkan di Malaysia - RM 147k, kini dengan 3 ciri baru! 01

Isuzu Malaysia Sdn Bhd sebentar tadi baru sahaja melancarkan D-Max X-Terrain 2022 ke pasaran kita. Trak pikap ini ditawarkan bermula harga RM 146,938.40 (CBU Thailand, harga OTR atas jalan, tanpa insurans).

Isuzu D-Max X-Terrain kemaskini 2022 dilancarkan di Malaysia - RM 147k, kini dengan 3 ciri baru! 02

Secara amnya, varian teratas kali ini kekal dengan sumber kuasa sama iaitu enjin 3.0L turbodiesel 4 silinder yang menghembuskan 190 PS dan 450 Nm tork. Kuasa masih dihantar keempat-empat roda (4WD) melalui transmisi automatik 6 kelajuan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaWapCar COTY 2021: Isuzu D-Max – Pikap kegemaran kami untuk Anugerah Pikap Terbaik 2021

Isuzu D-Max X-Terrain kemaskini 2022 dilancarkan di Malaysia - RM 147k, kini dengan 3 ciri baru! 01

Apa yang berbeza adalah penambahan ciri pada bahagian dalam yang mana ia diperbaharui dengan kamera 360-darjah, pengecas tanpa wayar Qi, lampu di penghadang keluar masuk dengan emblem X-Terrain dan lampu selamat datang pada bahagian bawah kenderaan (welcome light).

Juga bacaRebiu: 2021 Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain - patut jadi pilihan utama, bukan lagi alternatif Hailak!

Isuzu D-Max X-Terrain kemaskini 2022 dilancarkan di Malaysia - RM 147k, kini dengan 3 ciri baru! 02

Isuzu D-Max X-Terrain kemaskini 2022 dilancarkan di Malaysia - RM 147k, kini dengan 3 ciri baru! 03

Isuzu D-Max X-Terrain kemaskini 2022 dilancarkan di Malaysia - RM 147k, kini dengan 3 ciri baru! 04

Selain daripada itu, varian X-Terrain kekal dengan ciri bantuan keselamatan ADAS seperti:

  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Autonomous Emergency Braking (AEB)
  • Turn Assist
  • AT Pedal Misapplication Mitigation
  • Adaptive Cruise Control (ACC) dengan fungsi Stop & Go
  • Manual Speed Limiter (MSL)
  • Automatic High Beams (AHB)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Blind Spot Monitor (BSM)
  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA)

Isuzu D-Max X-Terrain kemaskini 2022 dilancarkan di Malaysia - RM 147k, kini dengan 3 ciri baru! 05

Dari segi pilihan, Isuzu D-Max X-Terrain 2022 hadir dengan dua warna baru iaitu Black Onyx dan Silky Pearl White. Warna Sapphire Blue yang ada selama ini pula akan digugurkan.

Isuzu D-Max X-Terrain kemaskini 2022 dilancarkan di Malaysia - RM 147k, kini dengan 3 ciri baru! 06

Isuzu D-Max X-Terrain kemaskini 2022 dilancarkan di Malaysia - RM 147k, kini dengan 3 ciri baru! 07

Secara amnya, pembelian Isuzu D-Max di Malaysia lengkap dengan waranti 7 tahun tanpa had perbatuan. Penyerahan trak pikap ini akan dibuat bermula pertengahan bulan Julai. Untuk maklumat lanjut, layari pickuptruck.isuzu.net.my.

Juga bacaTak sampai setahun dalam pasaran, Isuzu D-Max generasi baru rangkul banyak anugerah automotif Malaysia!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Isuzu D-Max 3.0 4x4 X-Terrain AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda