window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jualan Honda Jazz di Jepun dipotong kereta kei N-BOX, punca merosot sebab Toyota Yaris?

Faisal Ā· Sep 11, 2022 12:00 PM

Jualan Honda Jazz di Jepun dipotong kereta kei N-BOX, punca merosot sebab Toyota Yaris? 01

Seperti yang anda tahu, Honda Jazz tidak lagi dijual di Malaysia tetapi di Jepun, ia tetap ada. Namun begitu, jualan generasi sekarang dilaporkan tidak sekencang dahulu. Kalau anda nak tahu, jualan Honda Jazz (dikenali di jepun sebagai Fit) untuk tahun ini sehingga bulan Jun hanya mencapai purata bulanan setakat 4,900 unit.

Jualan Honda Jazz di Jepun dipotong kereta kei N-BOX, punca merosot sebab Toyota Yaris? 02

Generasi sekarang tak laku macam sebelum-sebelum ini.

Sebagai perbandingan, pesaing dalam segmen sama setiap bulan boleh meraih jualan sehingga 11,000 unit.

Kalau anda nak tahu, kereta kei Honda N-BOX adalah model Honda paling laku di Jepun sekarang. Setiap bulan, ia terjual sebanyak 17,300 unit. Prestasi jualannya jauh meninggalkan Honda kedua dalam carta iaitu Freed (purata jualan bulanan pada 7,300 unit).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaHonda Freed dan N-Box lebih mudah dijual berbanding Honda HR-V - 'salesman' Honda Jepun

Jualan Honda Jazz di Jepun dipotong kereta kei N-BOX, punca merosot sebab Toyota Yaris? 01

Ciri yang ditawarkan pada Honda Fit di Jepun dikatakan tidak sehebat Toyota Yaris.

Antara sebab kenapa Honda Fit sekarang tidak selaku dahulu adalah kerana pesaing seperti Toyota Yaris. Di sana, Fit varian hibrid e:HEV misalnya tidak sejimat Toyota Yaris Hybrid yang mana penggunaan petrolnya (kitaran WLTC) boleh mencapai serendah 2.82 liter / 100 km. Sebagai perbandingan, penggunaan petrol buat Honda Fit e:HEV adalah sekitar 3.5 liter / 100 km.

Juga bacaTergugat sebab Toyota Yaris laku keras, Honda Jazz kat Jepun kena tukar gril baru!

Jualan Honda Jazz di Jepun dipotong kereta kei N-BOX, punca merosot sebab Toyota Yaris? 02

Kabin Honda Fit

Jualan Honda Jazz di Jepun dipotong kereta kei N-BOX, punca merosot sebab Toyota Yaris? 03

Kabin Toyota Yaris di pasaran Jepun.

Satu lagi faktor adalah dari segi keselamatan yang mana Yaris di sana lengkap dengan ciri seperti Blind Spot Monitor, AEB dan Pedestrian Detection. Honda Fit pula tiada langsung ciri ADAS sebegini.

Jualan Honda Jazz di Jepun dipotong kereta kei N-BOX, punca merosot sebab Toyota Yaris? 04

Honda N-BOX.

Sementara itu, Honda N-BOX sendiri lebih menarik daripada Fit dan lebih praktikal buat rakyat Jepun kerana badannya bukan setakat lebih kompak, malah kabinnya juga tetap luas dan boleh memuatkan macam-macam. Jadi, dengan harga yang sama, lebih baik beli N-BOX kan?

Juga bacaRakyat Malaysia tak tunggu pun Honda City Hatchback; Honda Jazz GK5 kekal laku keras

Sumber: AutoFun ID

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2019 Honda Jazz 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda