window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kelebihan & Kekurangan: 2022 Volkswagen Tiguan Allspace - GTI versi SUV!

Haris · Sep 3, 2022 08:00 PM

Kelebihan & Kekurangan: 2022 Volkswagen Tiguan Allspace - GTI versi SUV! 01

Ia mungkin satu-satunya SUV dalam barisan produk Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) namun Volkswagen Tiguan Allspace juga merupakan model paling laku keras untuk syarikat itu. Hal ini berikutan peningkatan minat terhadap SUV sejak akhir-akhir ini.

Kelebihan & Kekurangan: 2022 Volkswagen Tiguan Allspace - GTI versi SUV! 02

Pernah kami jelaskan sebelum ini, Volkswagen Tiguan Allspace bukan sekadar SUV. Ia juga disasarkan untuk pengguna yang sekadar mahukan ruang yang besar, selesa, hadir dengan prestij jenama Volkswagen di hadapan gril, tanpa perlu memberi fokus terhadap jumlah tempah duduk di dalam.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kelebihan & Kekurangan: 2022 Volkswagen Tiguan Allspace - GTI versi SUV! 01

VW Tiguan Life

Kini tampil dalam 3 varian, kesemuanya dipasang secara tempatan (CKD Pekan, Pahang) dengan varian Life asas dan Elegance pertengahan. Varian teratas R-Line yang kami cuba mempunyai nilai jualan uniknya sendiri yang menjadikannya lebih dari sekadar ruang.

Kelebihan:

  • Sangat berkuasa untuk SUV
  • Dinamik pemanduan menggiurkan
  • Rekaan yang menarik

Kekurangan:

  • Tiada ADAS
  • Kerusi baris ketiga tidak mesra orang dewasa
  • Kurang selesa bagi standard SUV

Kelebihan #1: Sangat berkuasa untuk SUV

Kelebihan & Kekurangan: 2022 Volkswagen Tiguan Allspace - GTI versi SUV! 02

R-Line membawakan prestasi dalam SUV jenama marquee Jerman ini. Umum mengetahui saudara Golf GTI yang sangat diidam-idamkan oleh rempit kereta peminat yang sanggup membayar harga tidak masuk akal hanya untuk memiliki model terpakai. VW Tiguan Allspace R-Line juga ikut tidak mengecewakan dari segi prestasi.

Kelebihan & Kekurangan: 2022 Volkswagen Tiguan Allspace - GTI versi SUV! 03

Di bawah but hadapannya adalah enjin 2.0 liter pengecas turbo EA888 TSI. Enjin nakal ini – dengan signature bunyi pop dan dentuman dalam Golf GTI – menghasilkan 220 PS dan 350 Nm. Dengan angka ini ia mengatasi Peugeot 5008 dan beberapa varian rendah Mazda CX-8, sambil berdiri setaraf dari segi kuasa dengan Mercedes-Benz GLB 250 yang jauh lebih mahal.

Kelebihan & Kekurangan: 2022 Volkswagen Tiguan Allspace - GTI versi SUV! 04

Prestasi mengikut bajet? Kami tidak pasti sama ada RM 230k dianggap 'bajet' tetapi ia memberikan anda kelajuan yang anda perlukan; menghantar pecutan 0-100 km/j hanya mengambil masa 6.4 saat.

Kelebihan #2: Dinamik pemanduan menggiurkan

Kelebihan & Kekurangan: 2022 Volkswagen Tiguan Allspace - GTI versi SUV! 05

Tiguan Allspace R-Line, dengan sistem Dynamic Chassis Control (DCC) dan pacuan semua roda 4Motion memberikan daya yang lebih mantap dan lebih dinamik kepada Tiguan Allspace. Ia pantas memintas dan dengan keempat-empat roda mencakar jalan, pemanduan terasa lebih tepat mengikut tujuan stereng.

Kelebihan & Kekurangan: 2022 Volkswagen Tiguan Allspace - GTI versi SUV! 06

Kenderaan dengan pacuan semua roda (AWD) cenderung menawarkan keyakinan tambahan dalam keadaan jalan yang berliku-liku dan semasa cuaca buruk jadi fungsi seperti ini amat ditagih dalam SUV sebesar ini. Walaubagaimanapun, varian rendah tanpa AWD juga cukup dan boleh dikatakan hanya satu tahap kepuasan di bawah 4Motion. 

Kelebihan & Kekurangan: 2022 Volkswagen Tiguan Allspace - GTI versi SUV! 07

Keseluruhan casis dan stereng terasa progresif dan linear berkomunikasi secukupnya dengan pemandu, kekal tajam dan pantas. Ditambah dengan bunyi merdu enjin yang bersemangat, keseluruhan pengalaman sememangnya sesuai untuk sebuah jenama marquee Jerman. Atau lebih mudah, inilah SUV conti yang paling berbaloi - tak kira varian mana. 

Kelebihan #4: Rekaan yang menarik

Kelebihan & Kekurangan: 2022 Volkswagen Tiguan Allspace - GTI versi SUV! 08

Kelebihan & Kekurangan: 2022 Volkswagen Tiguan Allspace - GTI versi SUV! 09

Garis badan kemas, mengangkat tema Bauhaus

Produk yang cantik memang mudah dijual seadanya. Malah kami percaya bahawa separuh dari jualan telah dilakukan berdasarkan mata dan gerak hati, hanya separuh lagi sahaja yang logik tampil dengan sedikit kajian - seperti yang anda buat sekarang. Maka tidak dinafikan rekaan VW Tiguan Allspace ini cukup untuk meletakkan separuh hati anda untuk membelinya.

Kelebihan & Kekurangan: 2022 Volkswagen Tiguan Allspace - GTI versi SUV! 10

Jalur LED nampak cool

Kelebihan & Kekurangan: 2022 Volkswagen Tiguan Allspace - GTI versi SUV! 11

R-Line mungkin juga merupakan tema SUV ini dengan garis badan yang cantik. Sebagai varian teratas, segala-galanya diperbesar-besarkan di sini. Kit badan ditambah, dengan padanan rim gergasi 19-inci dan jalur lampu LED yang elegan di hadapan, menarik perhatian rakyat Malaysia yang mementingkan imej.

Kekurangan #2: Tiada ADAS

Kelebihan & Kekurangan: 2022 Volkswagen Tiguan Allspace - GTI versi SUV! 12

Setakat ini, tiada model Volkswagen yang boleh didapati secara rasmi di Malaysia mempunyai bantuan pemandu lanjutan ADAS, kecuali Lane Keeping Assist dan amaran pemandu yang standard dalam kesemua varian Tiguan Allspace. Ia mungkin menjadi pertimbangan terbesar buat sesetengah pembeli prospek justeru ia diletakkan di tempat pertama ini.

Kelebihan & Kekurangan: 2022 Volkswagen Tiguan Allspace - GTI versi SUV! 13

Kamera monokular untuk Lane Keep Assist

Kenderaan 7-penumpang yang jauh lebih murah daripada Tiguan Allspace hadir dengan pakej ADAS dari bilik pameran lagi (memandang ke arah Alza), menjadikan pengguguran sistem ini terus di bawah piawaian standard. Namun, terbuka kepada pengguna untuk menerimanya kerana sejujurnya, ADAS bukan suatu jaminan dan bukan semua ADAS berbaloi untuk memiliki.

Kekurangan #2: Kerusi baris ketiga tidak mesra dewasa

Kelebihan & Kekurangan: 2022 Volkswagen Tiguan Allspace - GTI versi SUV! 14

Walaupun ia dipasarkan sebagai SUV 7-penumpang, ironinya masalah terbesar dengan Volkswagen Tiguan Allspace ialah barisan terakhirnya. Ruang yang ditawarkan agak sempit dan kurang disyorkan untuk penumpang yang sudah akil baligh.

Kelebihan & Kekurangan: 2022 Volkswagen Tiguan Allspace - GTI versi SUV! 15

Sebaiknya biarkan ia untuk kargo... dan kecemasan

Tempat duduk belakang ini paling sesuai digunakan oleh kanak-kanak. Orang dewasa akan mengalami masa yang sukar untuk membawa diri ke bahagian belakang, ditambah dengan ruang kepala dan kaki yang agak kecil. Jika anda benar-benar memerlukan 7-penumpang dewasa semuanya, mungkin adalah lebih baik melihat pada model seperti Peugeot 5008 dan Mazda CX-8.

Kekurangan #3: Kurang selesa bagi standard SUV

Kelebihan & Kekurangan: 2022 Volkswagen Tiguan Allspace - GTI versi SUV! 16

Dengan sistem penggantungan yang mewah serta boleh disesuaikan, ditambah dengan dinamik pemanduan secara keseluruhan, adalah wajar untuk anda mengharapkan Tiguan Allspace R-Line menawarkan pemanduan yang lemah lembut. Malangnya pandangan anda mungkin sedikit tersasar.

Kelebihan & Kekurangan: 2022 Volkswagen Tiguan Allspace - GTI versi SUV! 17

Satu kompromi tipikal daripada pemnanduan yang mantap, R-Line (dan mungkin juga varian Elegance) mempunyai tahap keselesaan yang sedikit keras. Ia bukanlah sehingga mengganggu penumpang anda namun ia boleh diletakkan pada tahap yang lebih rendah untuk standard SUV. Kata kunci di sini adalah 'standard SUV' kerana jika anda memandunya dengan mentaliti Golf GTI, ia tidak mengecewakan.

Kelebihan & Kekurangan: 2022 Volkswagen Tiguan Allspace - GTI versi SUV! 18

Rim paling besar dan tayar berprofil nipis juga bersubahat atas perkara ini – 19-inci yang dibalut dengan getah profil 245/45 bukanlah pasangan terbaik untuk mengatasi jalan berlubang di Malaysia ini. Namun, kami juga percaya profil tayar ini juga membawa kepada kelebihan #3 yang dijelaskan di atas. 

Ulasan akhir

Kelebihan & Kekurangan: 2022 Volkswagen Tiguan Allspace - GTI versi SUV! 19

Pada hemat kami, Volkswagen cukup arif dalam memasarkan produk mereka di luar daripada angka spesifikasi dan helaian brosur. Mana kan tidak, Volkswagen Tiguan Allspace memang memuatkan sehingga 7-penumpang namun pastinya ramai yang sekadar menggunakan kerusi baris terakhir sebagai simpanan atau ruang kargo sahaja.

Malah, ia sesuai digunakan untuk pelanggan yang mahukan imej korporat dan masih praktikal untuk keluarga dengan 5 orang ahli. Tidak salah untuk memilih SUV ini, atas faktor gaya, dinamik pemanduan dan mungkin sekali lambang di hadapan gril. Ia menepati ketiga-tiga pertimbangan tersebut dengan jayanya.

Baca: 2022 VW Tiguan Allspace facelift dilancarkan - dari RM 174k, ciri premium dipertingkat!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Volkswagen Tiguan Allspace Life 1.4TSI

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda