window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kereta Honda disita dalam perlumbaan haram di Eco Hill, Semenyih

Mersita · Aug 24, 2020 05:00 PM

Kereta Honda disita dalam perlumbaan haram di Eco Hill, Semenyih 01

Kecekapan pihak polis berhasil dalam Operasi Samseng Jalanan dimana tiga lelaki yang terlibat dalam perlumbaan haram berjaya ditahan di Eco Hill, Semenyih pada Ahad lepas. Lelaki yang berusia 30 hingga 35 tahun itu ditahan kerana memandu laju sambil melakukan aksi bersaing sesama sendiri. Tangkapan kira-kira pukul 1 pagi itu dibuat semasa mereka cuba menunjuk lagak dengan menderum enjin sebelum memulakan perlumbaan, lapor Harian Metro.

Ketiga-tiga kereta berkenaan terus memecut dengan melakukan aksi bersaing sesama sendiri menghala ke arah Linkaran Eco Hill 2 dan membuat pusingan sebanyak dua kali dan berhenti semula di bulatan Lingkaran Eco Hill 2 Selatan.

Dalam video yang disertakan dengan laporan tersebut, beberapa model kereta Honda seperti Honda Accord dan Civic lama yang diubah-suai dilihat sebagai antara kereta yang disita. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 42 (1) dan Seksyen 61 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jika didapati bersalah, pemanduan melulu atau dengan kelajuan yang membahayakan orang lain boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM 5,000 dan tidak melebihi RM 15,000 serta boleh dihukum penjara tidak melebihi 5 tahun bagi kesalahan pertama. Bagi sabitan kedua dan seterusnya, hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun serta denda tidak kurang daripada RM 10,000 dan tidak lebih daripada RM 20,000 boleh dikenakan.

Lesen juga akan digantung bagi tempoh tidak kurang daripada 2 tahun dari tarikh sabitan bagi kesalahan pertama kali. Sabitan kali kedua dan seterusnya pula akan digantung lesen selama 10 tahun.

Kereta Honda disita dalam perlumbaan haram di Eco Hill, Semenyih 01

Dalam kes berasingan, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata pihaknya juga berjaya menyita 3 buah kereta model Honda Accord yang dipandu oleh 2 orang lelaki dan seorang perempuan yang memandu menghala ke Beranang dari arah Plaza Tol Eco Hill dalam keadaan yang mencurigakan. Kereta tersebut didapati mempunyai nombor enjin asal yang berbeza dengan nombor enjin kereta.

Kereta Honda disita dalam perlumbaan haram di Eco Hill, Semenyih 02

Bagai buku bertemu ruas. Tahukah anda PDRM sedang dalam proses memperbaharui armada pencegahan jenayah dan rondaan mereka dengan penambahan 425 unit kereta jenis Honda Civic FC facelift 2020 1.8 liter tahun ini?

Berbaloikah kalau berlumba sambil membahayakan nyawa sendiri dan orang lain? Kalau bukan ajal yang menimpa, berbaloikah berlumba dan akhirnya didenda dan lesen ditarik semula? Fikir-fikirkanlah.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda