window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kereta terbakar, apa perlu buat? Paling penting, JANGAN SESEKALI buka bonet enjin!

Faisal ยท Jan 28, 2023 08:00 PM

Kereta terbakar, apa perlu buat? Paling penting, JANGAN SESEKALI buka bonet enjin! 01

Foto.

Setiap tahun, lebih kurang 4,000 โ€“ 5,000 kenderaan di Malaysia mengalami kebakaran. Kejadian ini pula lebih kerap terjadi pada kenderaan yang lebih tua.

Kereta terbakar, apa perlu buat? Paling penting, JANGAN SESEKALI buka bonet enjin! 02

Secara amnya, antara punca yang mengakibatkan kenderaan terbakar adalah pelanggaran yang boleh menyebabkan kebocoran bahan api, modifikasi wayar yang mengakibatkan litar pintas atau membawa barang yang mudah terbakar seperti aerosol dan power bank. Untuk makluman anda, barang ini boleh meletup kalau terdedah pada tekanan atau haba yang tinggi.

Juga bacaElak kebakaran, jangan tinggalkan barang-barang ini di dalam kereta!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kereta terbakar, apa perlu buat? Paling penting, JANGAN SESEKALI buka bonet enjin! 01

Kiri: Pemadam api jenis sembur, Kanan: Alat pemadam gas ABC 1 kg.

Jadi, sekiranya kenderaan anda mengalami kebakaran atau ada bau hangit, apa yang perlu anda buat dahulu?

  1. Cari tempat yang selamat untuk berhenti, nyalakan lampu kecemasan dan cepat-cepat matikan enjin supaya bahan api tidak lagi masuk ke dalam saluran pembakaran dalaman enjin.
  2. Kalau ada alat pemadam api, ambil dan cepat-cepat keluarkan penumpang semua dari kenderaan.
  3. JANGAN KEMBALI ke kenderaan, walaupun ada barang berharga tertinggal kerana risiko letupan adalah sangat tinggi.
  4. Kalau ada telefon, hubungi servis kecemasan. Kalau tiada, cuba minta bantuan orang ramai.

Cara memadamkan kebakaran pada kenderaan anda

Kereta terbakar, apa perlu buat? Paling penting, JANGAN SESEKALI buka bonet enjin! 02

Sebelum itu, perlu dimaklumkan bahawa kebakaran dalam kereta sebenarnya berbeza dari api yang anda padamkan di kawasan luar kerana ia selalunya bermula dari dalam iaitu di ruang yang tertutup.

Kereta terbakar, apa perlu buat? Paling penting, JANGAN SESEKALI buka bonet enjin! 03

Suluh di satu tempat, jangan berselerak. Foto.

Jadi, untuk alat pemadam, suluh secara menerus dekat sumber api, bukannya berselerak macam siram pokok.

Kereta terbakar, apa perlu buat? Paling penting, JANGAN SESEKALI buka bonet enjin! 04

Sebagai panduan, suluh dari arah anak panah.

Kalau anda perasan, dalam sukan permotoran misalnya, pegawai keselamatan yang bertindak sewaktu kebakaran berlaku jarang membuka bonet enjin. Mereka selalunya akan capai pemutus penghidup enjin dan terus memadam kebakaran di bahagian antara jurang bonet enjin dan badan kenderaan.

Kalau nak akses lebih sekalipun, mereka akan buka bonet secara sedikit supaya gas pemadam api dapat masuk lebih banyak ke dalam ruang enjin.

Sekiranya anda lihat bomba buka bonet enjin, usah nasihat kerana mereka sudah terlatih untuk menguruskan kebakaran dan mereka lebih arif akan bab ini.

Paling penting, JANGAN SESEKALI jadi berani untuk buka bonet enjin

Kereta terbakar, apa perlu buat? Paling penting, JANGAN SESEKALI buka bonet enjin! 05

Foto.

Sekiranya bonet enjin dibuka banyak, udara pun dapat masuk lebih banyak, sekaligus memarakkan lagi api yang sedang terbakar.

Hal ini kerana udara mengandungi oksigen dan oksigen sememangnya kegemaran api.

Lagi satu, kekalkan jarak 1 ke 2 meter dari kenderaan sewaktu menyuluh alat pemadam ke sumber kebakaran.

Bercakap mengenai suluh, kekalkan tekanan pam supada kebakaran lebih mudah untuk malap.

Dengan cara ini juga, gas karbon dioksida yang terkandung dalam isian bekas pemadam tidak akan cepat habis.

Juga baca7 sebab kereta boleh terbakar. Macam mana nak elak?

Kereta terbakar, apa perlu buat? Paling penting, JANGAN SESEKALI buka bonet enjin! 06

Menariknya, air boleh jadi kurang berkesan sewaktu memadamkan kebakaran kerana cecairnya boleh membawa bahan api yang terbakar ke bahagian lain, sekaligus mengakibatkan kebakaran bertambah marak. Sedikit tips, pasir juga berkesan untuk memadamkan kebakaran. Jadi, cuba amalkan tips mudah ini dan yang penting, jangan bertindak melulu kerana api bukan boleh dibawa main.

Juga bacaKereta EV boleh terbakar selepas kemalangan, pemadaman sepenuhnya makan berhari-hari?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda