window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Laporan: Toyota Harrier facelift akan debut dalam tahun 2024 dengan wajah Crown/Prius

Faisal Β· Mar 12, 2024 11:13 AM

Laporan: Toyota Harrier facelift akan debut dalam tahun 2024 dengan wajah Crown/Prius 01

Imej lakaran oleh Response

Menurut hasil selidik terbitan automotif dari Jepun iaitu Response, Toyota Harrier 2024 facelift akan debut tidak lama lagi.

Selepas 4 tahun dalam pasaran, Harrier sekarang sememangnya menanti keluaran facelift. Menurut media tersebut, Harrier facelift dijangka tampil dengan fasia mirip Toyota Crown dan Prius.

Laporan: Toyota Harrier facelift akan debut dalam tahun 2024 dengan wajah Crown/Prius 02

Untuk bahagian dalam, terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa kluster digital 12.3-inci akan hadir sebagai kelengkapan standard pada semua varian. Ciri Heads-U Display juga mungkin menerima sedikit kemaskini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Laporan: Toyota Harrier facelift akan debut dalam tahun 2024 dengan wajah Crown/Prius 01

Soal trenkuasa, ia dijangka kekal dengan pilihan nadi 2.0L Dynamic Force (171 PS/207 Nm), hibrid (HEV) dan PHEV. Mengenai hibrid plug-in tersebut, ada ura-ura yang mengatakan bahawa jarak pandu elektriknya akan dipertingkatkan.

Setakat ini, laporan banyak memberi petunjuk kepada debut seawal Jun 2024 tetapi ia juga mungkin tiba selewat suku 4 (Q4) 2024.

Juga baca: Toyota Harrier dengan enjin hibrid PHEV debut di Jepun - RM 198k, 306 PS, jarak elektrik 93 km!

Laporan: Toyota Harrier facelift akan debut dalam tahun 2024 dengan wajah Crown/Prius 02

Di Malaysia, Toyota Harrier sekarang ditawarkan dalam varian Luxury (RM 274,000) dan Luxury SE (RM 277,000). Yang membezakan antara dua varian adalah pilihan warna eksterior merah unik dan interior berwarna coklat pada varian SE.

Juga baca: Krismas datang awal, 2022 Toyota Harrier dipertingkat - Special Edition warna merah, dari RM 274k!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Toyota Harrier 2.0 Luxury

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda