window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mazda CX-5 2024 facelift dilancarkan di Malaysia - dari RM 145k, ADAS diperbaharui, Apple CarPlay tanpa wayar

Faisal · Jan 29, 2024 05:16 PM

Mazda CX-5 2024 facelift dilancarkan di Malaysia - dari RM 145k, ADAS diperbaharui, Apple CarPlay tanpa wayar 01

Mazda CX-5 2024 facelift baru sahaja dilancarkan di Malaysia. SUV segmen C yang laku ini ditawarkan dengan 5 varian, dengan harga bermula dari RM 144,469.20 hingga RM 192,060.40 (CKD Kulim). Penawarannya adalah seperti di bawah:

  • 2.0G 2WD Mid - RM 144,469.20 (Metallic)
  • 2.0G 2WD High - RM 161,469.20 (Metallic)/RM 164,769.20 (Premium)
  • 2.5G 2WD High - RM 177,370.40 (Metallic)/RM 180,670.40 (Premium)
  • 2.2D 2WD High - RM 180,322.80 (Metallic)/RM 183,622.80 (Premium)
  • 2.5G AWD High - RM 188,760.40 (Metallic)/RM 192,060.40 (Premium)

Sebagai konteks, model pra-facelift dijual pada harga RM 139,469 ke RM 187,060.

Mazda CX-5 2024 facelift dilancarkan di Malaysia - dari RM 145k, ADAS diperbaharui, Apple CarPlay tanpa wayar 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pembaharuan pada Mazda CX-5 facelift datang melalui grafik lampu yang lebih moden dan reka bentuk rim 17-19 inci yang baru, bergantung pada varian. Selain itu, terdapat pilihan warna baharu yang dikenal sebagai Polymetal Gray Platinum Quartz.

Mazda CX-5 2024 facelift dilancarkan di Malaysia - dari RM 145k, ADAS diperbaharui, Apple CarPlay tanpa wayar 01

Masuk ke bahagian dalam, terdapat tempat duduk baharu kelengkapan standard dinaik taraf melalui ciri pengecas nirwayar, Apple CarPlay tanpa wayar, infotainment 8 inci dan pencahayaan LED pada persekitaran kabin.

Mazda CX-5 2024 facelift dilancarkan di Malaysia - dari RM 145k, ADAS diperbaharui, Apple CarPlay tanpa wayar 02

Varian 2.0L Mid kini hadir dengan lipatan automatik untuk cermin sisi, Mazda's Advanced Keyless Entry, manakala varian 2.0L High ke atas sudah lengkap dengan paddle shifter. Varian 2.5L ke atas juga menerima penyejuk tempat duduk hadapan.

Mazda CX-5 2024 facelift dilancarkan di Malaysia - dari RM 145k, ADAS diperbaharui, Apple CarPlay tanpa wayar 03

Varian 2.5T AWD kini pula diperbaharui dengan Mi-Drive di mana ia menawarkan 3 mod memandu (Normal, Sport dan Off-Road). Mod Off-Road mengoptimumkan karakter sistem kawalan berikut:

  • All Wheel Drive untuk prestasi cengkaman tinggi
  • Kawalan cengkaman yang lancar
  • Automatic Transmission Control untuk penghantaran tork yang lancar dan berterusan
  • Kelajuan putaran enjin ketika bersahaja yang memaksimumkan kebolehan untuk mendaki bukit

Mazda CX-5 2024 facelift dilancarkan di Malaysia - dari RM 145k, ADAS diperbaharui, Apple CarPlay tanpa wayar 04

Secara amnya, suspensi pada Mazda CX-5 facelift juga turut dinaik taraf untuk meningkatkan kualiti pengendalian dan tahap keselesaan.

Mazda CX-5 2024 facelift dilancarkan di Malaysia - dari RM 145k, ADAS diperbaharui, Apple CarPlay tanpa wayar 05

Berkenaan keselamatan pula, varian 2.0L High kini hadir dengan i-Activsense Advanced Driver Assist Safety yang merangkumi ciri Smart Brake Support (SBS), Mazda Radar Cruise Control (MRCC, dengan Stop & Go) dan Cruising & Traffic Support (CTS).

Soal trenkuasa, penawaran pada Mazda CX-5 facelift di Malaysia kekal dengan transmisi automatik 6 kelajuan dan enjin seperti berikut:

  • 2.0L NA - 162 PS/213 Nm
  • 2.5L NA - 192 PS/258 Nm
  • 2.5L turbo - 228 PS/420 Nm
  • 2.2L turbodiesel - 188 PS/450 Nm

Mazda CX-5 2024 facelift dilancarkan di Malaysia - dari RM 145k, ADAS diperbaharui, Apple CarPlay tanpa wayar 06

Setiap pembelian datang dengan waranti pengeluar 5 tahun + penyelenggaraan percuma 5 tahun termasuk upah, alat ganti dan bendalir. Had kilometer untuk kedua-dua pakej ini adalah pada 100,000 km.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2019 Mazda CX-5 2.0L Mid SKYACTIV-G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda