window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Skandal Daihatsu belum habis, ujian enjin Toyota Hilux & Fortuner didapati ada penyelewengan

Faisal · Jan 30, 2024 11:30 AM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Kenderaan yang terlibat dalam skandal TICO
Model (Enjin) Masa keluaran Produksi
Hilux (1GD) Mei 2020 Toyota Motor Thailand
Fortuner (1GD)

Skandal Daihatsu belum habis, ujian enjin Toyota Hilux & Fortuner didapati ada penyelewengan 01

Menurut Toyota, siasatan itu menjumpai penyelewengan sewaktu ujian output kuasa kuda untuk pensijilan buat 3 model enjin diesel (1GD, 2GD dan F33A) bagi model yang Toyota tugaskan kepada TICO.

Sewaktu ujian pensijilan dijalankan, output prestasi kuasa kuda telah dikira menggunakan ECU yang ada perisian berbeza dengan apa yang digunapakai pada kenderaan produksi. Disebabkan itu, keputusan dilihat lebih linear dan lebih lancar, dengan kurang variasi.

Apa-apapun, syarikat menambah bahawa, “Kami telah mengesahkan semua produk yang dipasang di kilang tersebut dan kami mendapati enjin dan kenderaan yang terlibat tetap menepati standard output prestasi enjin. Oleh kerana itu, tidak perlu untuk berhenti menggunakan enjin atau kenderaan yang terlibat.”

Skandal Daihatsu belum habis, ujian enjin Toyota Hilux & Fortuner didapati ada penyelewengan 02

Enjin 2.8 turbodiesel 1GD-FTV yang digunapakai pada Toyota Hilux and Fortuner di Malaysia.

Jadi, Toyota telah bersikap jujur dan menjanjikan bahawa kenderaan yang terlibat masih menepati standard dan tidak akan ada isu.

Walau bagaimanapun, TICO telah mengambil keputusan untuk berhenti menghantar enjin-enjin yang terlibat. Buat sementara waktu, Toyota juga membekukan penghantaran kenderaan yang memakai enjin yang terlibat.

Skandal Daihatsu belum habis, ujian enjin Toyota Hilux & Fortuner didapati ada penyelewengan 03

Melihat ke hadapan, TICO akan menyediakan penjelasan menyeluruh kepada pihak berkuasa (di pasaran relevan) dan akan ambil langkah yang sepatutnya, termasuklah menjalankan ujian dengan saksi. Toyota akan kekal menyokong TICO untuk memasikan standard kualiti dan keselamatan dapat dipatuhi.

Juga bacaSkandal Daihatsu: Sijil pematuhan Gran Max dan dua model lain dibatalkan selepas ujian keselamatan

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Hilux GR Sport 2.8 AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda