window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

'Loan' Proton Commerce melonjak pada 2023 - 61% pinjaman lulus adalah pembelian Proton Saga

Faisal · Jan 29, 2024 03:00 PM

'Loan' Proton Commerce melonjak pada 2023 - 61% pinjaman lulus adalah pembelian Proton Saga 01

Prestasi tahun 2023 adalah yang terbaik buat Proton dan entiti gabungan di mana ia mencapai angka jualan tertinggi sejak 2012. Dengan peningkatan selama lima tahun berturut-turut, jualan terkumpul yang melonjak kepada 154,611 unit pada tahun lepas dapat mengekalkan kedudukan Proton sebagai jenama kedua tertinggi dalam industri automotif negara.

Sejajar dengan itu, Proton Commerce Sdn Bhd (Proton Commerce) iaitu cabang pembiayaan Proton juga mencapai jumlah pengeluaran pinjaman yang tertinggi. Dengan kerjasama antara Proton Edar dan CIMB, Proton Commerce menunjukkan trajektori menaik sejak lima tahun lalu.

'Loan' Proton Commerce melonjak pada 2023 - 61% pinjaman lulus adalah pembelian Proton Saga 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sepanjang tahun 2023, Proton Commerce mengeluarkan sejumlah 27,288 pinjaman kepada pembeli Proton, satu jumlah pengeluaran tertinggi yang direkodkan sejak penubuhannya. 8 daripada 12 bulan menyaksikan lebih daripada 2,000 pengeluaran, dengan pencapaian bulan Mac menjadi yang tertinggi iaitu sebanyak 2,934 bilangan. Angka ini dapat dicapai kerana Proton menghantar tempahan yang dibuat dalam tempoh insentif PENJANA.

'Loan' Proton Commerce melonjak pada 2023 - 61% pinjaman lulus adalah pembelian Proton Saga 01

Satu pencapaian terunggul untuk Proton Commerce pada tahun lalu ialah memperoleh statusnya sebagai pembiaya utama untuk Proton Saga, model terlaris dalam barisan kenderaan Proton. Sejak suku 4 2021, Syarikat secara konsisten memegang kedudukan teratas untuk model segmen A tersebut. Dan pada 2023, 61% daripada jumlah pengeluaran pinjaman adalah untuk Proton Saga. Mengulas mengenai pencapaian itu, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Commerce, Mooi Fi Phang berkata, “Momentum Proton Commerce mencatatkan rekod baharu dalam pengeluaran pada 2022 dan momentum tersebut dilihat berterusan sehingga 2023 dengan pertumbuhan sebanyak 21%.”

'Loan' Proton Commerce melonjak pada 2023 - 61% pinjaman lulus adalah pembelian Proton Saga 02

"Memandangkan 2024 adalah ulang tahun ke-20 Proton Commerce, syarikat telah menyediakan pelan strategik untuk meningkatkan perniagaan ke tahap lebih tinggi dengan memanfaatkan model popular seperti Proton S70. “Proton Commerce berhasrat untuk naik ke kedudukan pembiaya Proton terulung. Di samping menjaminkan kadar faedah yang ditawarkan pada masa kelulusan, kami juga akan menawarkan pakej kewangan yang kompetitif untuk model baharu seperti Proton X90 dan S70 serta EV Smart #1. Dengan pembiayaan kadar tetap kami, pelanggan boleh yakin dengan pembayaran bulanan yang konsisten dan memudahkan pengurusan bajet,” tambah Mooi.

Juga bacaJualan 2023 Proton capai 154k unit, tahun terbaik sejak 2012 - Saga, X50 & Persona model terlaris!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Proton Saga 1.3 Standard MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda