window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mazda CX-9 2021 dinaiktaraf – Harga dari RM 319,000, tambah Apple CarPlay

Mersita · Sep 11, 2021 09:00 AM

Mazda CX-9 2021 dinaiktaraf – Harga dari RM 319,000, tambah Apple CarPlay 01

Bermaz Motors, pengedar kereta Mazda di Malaysia, telah melancarkan Mazda CX-9 2021 Ignite Edition yang menonjolkan pelbagai naiktaraf teknologi dan penggayaan bagi model baharu itu tahun ini.

Pembaharuan dari segi luaran model Ignite Edition 2021 ini termasuklah cermin sisi pintu hitam berkilat, rekaan baharu jejaring hadapan dengan kemasan warna hitam berkilat, dan juga rim aloi aluminium hitam metalik 20 inci.

Ruang dalamannya memaparkan sarung tempat duduk berwarna Burgundy dan trim dalaman berwarna hitam pada papan pemuka, panel pintu, dan bezel pemegang pintu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mazda CX-9 2021 dinaiktaraf – Harga dari RM 319,000, tambah Apple CarPlay 01

Mazda CX-9 Ignite Edition juga didatangkan dengan perincian baru di bahagian infotainmennya. Ia kini dipasang dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto. Tambahan pula, kini ia ada pengecas tanpa wayar dan sterengnya kini didatangkan dengan ‘paddle shifter’ untuk naiktaraf kali ini.

Kelengkapan ADAS i-Activsense Mazda CX-9 masih lagi mengekalkan Pemantau Titik Buta dengan Amaran Lintasan Trafik Belakang, Amaran Pergerakan Keluar Lorong dengan Bantuan Kekal Lorong, Amaran Perhatian Pemandu, dan juga Sokongan Brek ‘Smart City’. Pembaharuan bagi model 2021 ini ialah tambahan seperti Sokongan Brek Pintar dan Kawalan Peluncuran Radar Mazda.

Kelengkapan standard Mazda CX-9 2021 Ignite Edition
Lampu Hadapan LED Adaptif
Penghawa Dingin Automatik,
3 zon
Tanpa wayar
Apple CarPlay
Ya
Android Auto Ya
Pengecas tanpa wayar Ya
Paddle shifters Ya
Blind Spot Monitoring Ya
Rear Cross-Traffic Alert Ya
Lane Departure Warning Ya
Lane-Keep Assist Ya
Driver Attention Alert Ya
Smart City Brake Support Ya
Smart Brake Support Ya
Mazda Radar
Cruise Control
Ya

CX-9 2021 dikuasakan dengan enjin Skyactiv-G 2.5 liter berpengecas turbo 4 silinder (230 PS/420 Nm) yang dipadankan dengan kotak gear automatik 6 kelajuan. Kombinasi trenkuasa ini didatangkan dengan pilihan antara 2WD dan AWD. G-Vectoring Plus Control juga jadi kelengkapan standard.

Mazda CX-9 2021 dinaiktaraf – Harga dari RM 319,000, tambah Apple CarPlay 02

Mazda CX-9 2021 Ignite Edition kini diimpot sepenuhnya dari Jepun. Pilihan warna termasuklah Soul Red Crystal, Machine Gray, Snowflake White Pearl, Sonic Silver, Deep Crystal Blue, dan juga Jet Black.

Harga Mazda CX-9 2021 versi 2WD ialah RM 319,847, manakala harga bagi versi AWD pula ialah RM 336,215 – tanpa SST, sah bermula sekarang sehingga 31 Disember 2021.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Mazda CX-9 Ignite Edition 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda