window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mercedes-Benz A-Class W176: Antara hatchback tercantik kini serendah RM 119k, baloi angkat 'second hand'?

Faisal · Dec 29, 2020 07:00 PM

Mercedes-Benz A-Class W176: Antara hatchback tercantik kini serendah RM 119k, baloi angkat 'second hand'? 01

Penampilan Mercedes-Benz sejak tahun 2012 sememangnya cukup menawan. Kebiasaanya, Mercedes-Benz lebih diminati oleh golongan veteran tetapi dengan rekaan yang cantik sebegini, golongan muda turut cenderung ke arah jenama ini.

Mercedes-Benz A-Class W176: Antara hatchback tercantik kini serendah RM 119k, baloi angkat 'second hand'? 02

Antara model yang hangat diperkatakan ialah Mercedes-Benz A-Class W176. Generasi ini dibina berdasarkan falsafah hot hatch dimana ia memperagakan rekaan yang jauh lebih seksi berbanding generasi sebelumnya. Ditambah pula dengan garisan badan seperti Mercedes-Benz CLS C218 (coupe 4 pintu), A-Class generasi W176 ternyata digilai ramai kerana kelihatan cukup mahal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mercedes-Benz A-Class W176: Antara hatchback tercantik kini serendah RM 119k, baloi angkat 'second hand'? 01

Walaupun ia hanya sebagai model permulaan, Mercedes-Benz masih menerapkan elemen dan rekaan yang premium.

Mercedes-Benz A-Class W176: Antara hatchback tercantik kini serendah RM 119k, baloi angkat 'second hand'? 02

Mercedes-AMG A45 yang cukup hangat di kalangan peminat kereta

Menariknya, A-Class generasi ini merupakan cubaan pertama Mercedes-Benz AMG dalam penghasilan varian berprestasi tinggi. Tetapi untuk kali ini, kami ingin menceritakan tentang varian konvensional.

Mercedes-Benz A-Class W176: Antara hatchback tercantik kini serendah RM 119k, baloi angkat 'second hand'? 03

Dengan harga yang kini jauh lebih murah, adakah ia berbaloi untuk dibeli? Mari kita lihat aspek penyelenggaraan terlebih dahulu.

Isu dan permasalahan

Mercedes-Benz A-Class W176: Antara hatchback tercantik kini serendah RM 119k, baloi angkat 'second hand'? 04

Imej: Merz Auto

Secara umumnya, A-Class W176 mempunyai jangka hayat yang baik untuk sebuah kereta kontinental. Namun begitu, ia bukanlah tanpa sebarang isu. Kami telah merujuk Encik Nizam dari Merz Auto Garage di Taman Melawati untuk mengetahui isu umum mengenai Mercedes-Benz A-Class generasi W176.

Mercedes-Benz A-Class W176: Antara hatchback tercantik kini serendah RM 119k, baloi angkat 'second hand'? 05

Imej: MBWorld

Antara masalah yang sering dihadapi oleh pemilik A-Class W176 ialah kegagalan pengesan oxygen (O2 sensor) dimana ia akan menaikkan simbol 'check engine light'. Kos penukaran oxygen sensor ini adalah sekitar RM 650.

Mercedes-Benz A-Class W176: Antara hatchback tercantik kini serendah RM 119k, baloi angkat 'second hand'? 06

Imej: BenzServ

Seperti kereta buatan Jerman yang lain, kegagalan pada pengesan kelajuan roda (wheel speed sensor) boleh berlaku dimana ia boleh menganggu sistem kecekapan brek dan kawalan kestabilan kenderaan. Anggaran kos untuk menukar pengesan ini adalah sekitar RM 300 untuk satu roda.

Mercedes-Benz A-Class W176: Antara hatchback tercantik kini serendah RM 119k, baloi angkat 'second hand'? 07

Imej: MBworld.org

Di samping itu, ramai pengguna melaporkan kegagalan bateri yang kedua iaitu auxiliary battery yang terletak di bahagian tayar ganti. Untuk pengetahuan anda, kebanyakan kereta buatan Jerman mempunyai 2 bateri untuk menyokong peralatan elektronik. Untuk Mercedes, auto start-stop tidak akan berfungsi sekiranya bateri ini gagal. Kos penukaran bateri ini adalah sekitar RM 320.

Bagaimana pula dengan kos servis?

Mercedes-Benz A-Class W176: Antara hatchback tercantik kini serendah RM 119k, baloi angkat 'second hand'? 08

Imej: Speedmodmotor

Seperti kereta biasa, selang perbatuan untuk melakukan servis adalah pada setiap 10,000 km. Kos servis yang biasa berharga sekitar RM 400 hingga ke RM 550. Kos untuk melakukan servis gearbox pula berada dalam lingkungan RM 750 hingga ke RM 900. Menariknya, transmisi DCT pada A-Class ini sebenarnya antara yang terbaik dari segi jangka hayat. Walaupun menggunakan dwi-klac, tiada sebarang masalah atau isu kehausan yang pernah dilaporkan walaupun terdapat pemilik yang sudah mencapai perbatuan 200,000 km. Walau bagaimanapun, kos untuk menggantikan set klac yang baru boleh mencecah RM 4000 apabila tiba masanya.

Mercedes-Benz A-Class W176: Antara hatchback tercantik kini serendah RM 119k, baloi angkat 'second hand'? 09

Imej: PromoteAutoCare

Mengenai kos servis penyaman udara dan penukaran komponen yang haus seperti brake pad ataupun spark plug, harganya lebih kurang kereta Jepun sahaja.

Model tahun manakah paling baik?

Mercedes-Benz A-Class W176: Antara hatchback tercantik kini serendah RM 119k, baloi angkat 'second hand'? 10

Model facelift di sebelah kanan yang menampilkan grafik lampu yang berbeza serta reka bentuk bampar dan ekzos yang berlainan

Kami menyarankan pembeli untuk memilih model facelift kerana kebanyakan isu pada keluaran awal berkemungkinan telah pulih.

Mercedes-Benz A-Class W176: Antara hatchback tercantik kini serendah RM 119k, baloi angkat 'second hand'? 11

Model facelift di imej bawah yang menampilkan pembaharuan pada reka bentuk stereng dan butang kawalan multimedia, tombol pelaras kerusi jenis aluminium, dan skrin infotainment yang berbingkai rata

Berdasarkan spesifikasi keseluruhan, Mercedes-Benz A-Class W176 facelift yang dikeluarkan dari tahun 2016 agak berbaloi untuk dibeli sekiranya unit tersebut dijaga dengan baik. Malah, lebih baik sekiranya pembeli memilih unit yang tidak diubah suai bagi mengekalkan kualiti yang tulen.

Tinjauan pasaran terpakai

Mercedes-Benz A-Class W176: Antara hatchback tercantik kini serendah RM 119k, baloi angkat 'second hand'? 12

Berdasarkan pasaran terkini, Mercedes-Benz A250 AMG Line tahun 2016 kini berharga sekitar RM 136k. Ia dikuasai oleh enjin 2.0L turbo (211 PS, 350 Nm tork) yang dipadankan dengan transmisi DCT 7 kelajuan.  Varian ini mempunyai segala kelengkapan premium yang mencukupi seperti brek kecemasan automatik, amaran pelanggaran, bantuan parkir automatik, lampu depan adaptif, ambient lighting, dan pelarasan kerusi elektronik. Di samping itu, varian ini bersaing terus di segmen hot hatch yang sering diungguli oleh Volkswagen Golf GTI.

Mercedes-Benz A-Class W176: Antara hatchback tercantik kini serendah RM 119k, baloi angkat 'second hand'? 13

Untuk pembeli yang mahukan pemanduan yang lebih selesa, A180 Urban Line tahun 2016 boleh dibeli dengan harga serendah RM 119 k. Walaupun enjin 1.6L turbo yang didatangkan hanya mempunyai 122 PS dan 200 Nm tork, ia masih berupaya melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa 8.6 saat.

Mercedes-Benz A-Class W176: Antara hatchback tercantik kini serendah RM 119k, baloi angkat 'second hand'? 14

Menariknya, varian ini mempunyai ciri pemanas kerusi dimana ia cukup berguna ketika anda kesejukan.

Model Harga baru Harga terpakai Purata penurunan harga tahunan
A250 AMG Line (2016) RM 238,888 ~RM 136,000 ~10.8%
A180 Urban Line (2016) RM 195,888 ~RM 119,000 ~9.8%

Walau apapun, harus diingatkan bahawa harga yang tertera di dalam laman sesawang jualan kebiasaannya belum muktamad. Anda mungkin perlu menambah sejumlah wang untuk membayar beberapa cas tambahan yang diperlukan untuk menyerahkan hak milik kepada anda sepenuhnya.

Selain itu, apa yang harus ditelitikan?

Mercedes-Benz A-Class W176: Antara hatchback tercantik kini serendah RM 119k, baloi angkat 'second hand'? 15

Seperti mana-mana kereta terpakai, tiada kereta sama yang mempunyai keadaan yang serupa. Oleh itu, anda lebih digalakkan untuk membeli terus daripada pemilik untuk mengetahui keadaan asal kereta tersebut. Anda juga disarankan untuk memilih kereta yang mempunyai rekod servis yang penuh untuk mengelakkan diri daripada sebarang penipuan pada perbatuan (mileage). Untuk maklumat anda, rekod servis dan penyelenggaraan juga memudahkan anda untuk mengetahui sejarah penyelenggaraan kereta tersebut.

Mercedes-Benz A-Class W176: Antara hatchback tercantik kini serendah RM 119k, baloi angkat 'second hand'? 16

Imej: ACM

Seperti kereta terpakai yang lain, anda boleh memeriksa kali terakhir servis dilakukan untuk mengetahui rekod penjagaan dengan lebih terperinci seperti minyak hitam, minyak transmisi (gearbox), air radiator, dan minyak brek.

Selain itu, anda dinasihatkan untuk menguji-pandu terlebih dahulu dan meneliti sama ada kereta tersebut pernah mengalami sebarang kerosakan kemalangan ataupun banjir.

Konklusi

Mercedes-Benz A-Class W176: Antara hatchback tercantik kini serendah RM 119k, baloi angkat 'second hand'? 17

Walaupun berada pada generasi terdahulu, Mercedes-Benz A-Class W176 terpakai masih kelihatan moden untuk anda yang ingin bergaya mewah tanpa berbelanja terlalu tinggi. Ditambah pula dengan harga yang kini jauh lebih rendah, mungkin inilah masanya untuk anda cuba jenama premium yang cukup dikenali oleh ramai.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2018 Mercedes-Benz A-Class A200 Progressive Line

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda