window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mitsubishi Outlander ‘naturally aspirated’ dihentikan di Jepun, fokus untuk PHEV

Mersita · Nov 1, 2020 02:00 PM

Mitsubishi Outlander ‘naturally aspirated’ dihentikan di Jepun, fokus untuk PHEV 01

Menurut laman sesawang Mitsubishi Motors Jepun, varian Mitsubishi Outlander biasa yang gunakan petrol sudah dihentikan produksinya di Jepun. Oleh itu, yang tinggal hanyalah Outlander hibrid elektrik ‘plug-in’ (PHEV) yang dijual di sana.

Mitsubishi Outlander ‘naturally aspirated’ dihentikan di Jepun, fokus untuk PHEV 02

Mitsubishi Outlander PHEV spesifikasi Jepun

Walaupun ia mengejutkan sesetengah pihak, langkah ini sejajar dengan pelan perniagaan tiga tahun “Small but Beautiful” pembuat kereta tersebut (dari 2020 ke 2022) yang berfokus kepada memperkuatkan barisan model mesra alam jenama itu – melibatkan PHEV dan EV antaranya.

Mitsubishi Outlander ‘naturally aspirated’ dihentikan di Jepun, fokus untuk PHEV 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tambahan pula, ini bermaksud yang Outlander serba baharu akan dikeluarkan sekitar tahun 2021.

Apakah impaknya pada pasaran ASEAN?

Mitsubishi Outlander ‘naturally aspirated’ dihentikan di Jepun, fokus untuk PHEV 01

Sebahagian daripada pelan “Small but Beautiful” ini ialah memperkasakan jenama Mitsubishi di ASEAN sehingga sekitar 11.4%. Salah satu fokus penting dalam pelan ini ialah menghasilkan Outlander PHEV di kilangnya di Chonburi, Thailand pada tahun 2021. Kereta itu akan dijual di sana, tapi jangkaan masa ia bakal tiba di Malaysia masih belum dapat dipastikan lagi.

Mitsubishi Outlander ‘naturally aspirated’ dihentikan di Jepun, fokus untuk PHEV 02

Mitsubishi Xpander spesifikasi Malaysia

Langkah-langkah lain yang diambil Mitsubishi untuk mencapai matlamat mereka ialah dengan memperkuatkan rangkaian pengedarnya di rantau ini dan dengan meningkatkan jumlah jualan bagi Mitsubishi Xpander yang baru sahaja dilancarkan di sini minggu lepas.

Anda berminat nak tahu lebih lanjut tentang rebiu Outlander?

Mitsubishi Outlander ‘naturally aspirated’ dihentikan di Jepun, fokus untuk PHEV 03

Kami sudah memandu-uji SUV ini baru-baru ini. Ia cukup seronok dipandu – SUV yang mempunyai pemanduan seperti sebuah sedan. Baca rebiu kami di sini!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Mitsubishi Outlander Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda