window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nissan lancar logo baru! Lebih menarik atau tidak?

Haris · Jul 16, 2020 12:00 PM

Nissan lancar logo baru! Lebih menarik atau tidak? 01

Nissan telah melancarkan logo baru ketika pelancaran Nissan Ariya 2020. Logo baru ini akan digunakan pada model-model Nissan terbaru selepas Nissan Ariya 2020 ini.

Logo Nissan yang lama sangat dikenali di seluruh dunia. Logo lama tersebut menggunakan rekaan 3D untuk memberikan kesan timbul supaya tampak sama apabila kita melihat kereta dengan logo tersebut.

Untuk logo Nissan terbaru ini, Nissan menggunakan rekaan yang rata dan minimalis, sesuai dengan zaman 2020. Logo tersebut menampilkan perkataan Nissan di antara separa bulatan, sama sahaja dengan logo lama namun tanpa kesan 3D.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Seperti yang kita bincangkan, logo lama direka dengan kesan 3D supaya nampak serupa dengan penggunaan pada model kereta Nissan. Bagaimana pula dengan logo baru? Logo baru ini bercahaya untuk menunjukkan persamaan dengan logo yang ada di atas kertas.

Nissan lancar logo baru! Lebih menarik atau tidak? 01

Nissan mengikut trend semasa di mana Volkswagen, BMW dan Proton turut mengemaskini logo mereka. Hal ini adalah penting supaya jenama-jenama tersebut dilihat segar untuk waktu yang akan datang.

Nissan Ariya yang menggunakan logo baru tersebut dilancarkan semalam menandakan bermulanya sasaran Nissan untuk melancarkan 12 model baharu sepanjang 18 bulan. Kita saksikan bersama-sama bagaimana Nissan mencabar diri sendiri.

Sementara itu di Malaysia, Nissan dijangka akan melancarkan Nissan Almera serba baru dalam masa terdekat.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda