window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nissan Sylphy di Amerika hadir dengan model facelift - gaya baru dan transmisi CVT terkini

Faisal · Jun 21, 2023 11:26 AM

Nissan Sylphy di Amerika hadir dengan model facelift - gaya baru dan transmisi CVT terkini 01

Nissan Sentra di pasaran Amerika (dikenali sebagai Sylphy di rantau lain) baru sahaja menerima kemaskini facelift, kira-kira 4 tahun selepas membuat debut pada tahun 2019.

Nissan Sylphy di Amerika hadir dengan model facelift - gaya baru dan transmisi CVT terkini 02

Pesaing Honda Civic yang kita tidak dapat ini hadir dengan pembaharuan dari segi gaya dan transmisi CVT Xtronic yang lebih moden bagi meningkatkan tahap penjimatan petrol. Sistem Idle Stop/Start juga didatangkan buat kali pertama.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Apapun, enjinnya kekal dengan unit 2.0L NA MR20DD yang menghasilkan 151 PS dan 198 Nm tork.

Nissan Sylphy di Amerika hadir dengan model facelift - gaya baru dan transmisi CVT terkini 01

Model sebelum facelift.

Nissan Sylphy di Amerika hadir dengan model facelift - gaya baru dan transmisi CVT terkini 02

Model facelift.

Dari segi estetik, kemaskini yang diterapkan merangkumi gril depan yang diperbaharui dengan reka bentuk V-motion baru, lampu depan dengan grafik hitam dan bampar baru yang ada saluran angin pada bahagian bucu.

Nissan Sylphy di Amerika hadir dengan model facelift - gaya baru dan transmisi CVT terkini 03

Bampar belakangnya juga diterapkan dengan trim baru.

Nissan Sylphy di Amerika hadir dengan model facelift - gaya baru dan transmisi CVT terkini 04

Nissan Sylphy di Amerika hadir dengan model facelift - gaya baru dan transmisi CVT terkini 05

Masuk ke bahagian dalam pula, kabin Sentra diperbaharui dengan jahitan berwarna oren dan merah.

Nissan Sylphy di Amerika hadir dengan model facelift - gaya baru dan transmisi CVT terkini 06

Namun selain daripada itu, ia kekal sama dengan model sebelum dan dua varian paling atas hadir dengan infotainment 8 inci dengan sokongan Apple CarPlay/Android Auto dan kluster separa digital 7 inci.

Nissan Sylphy di Amerika hadir dengan model facelift - gaya baru dan transmisi CVT terkini 07

Untuk aspek keselamatan, Nissan Sentra 2024 ini sudah dilengkapi dengan ADAS Nissan Safety Shield 360 sebagai standard di mana ia merangkumi AEB depan dan belakang, Blind Spot Warning, RCTA, Lane Departure Warning dan High Beam Assist.

Nissan Sylphy di Amerika hadir dengan model facelift - gaya baru dan transmisi CVT terkini 08

Walau Sylphy cukup popular di Amerika Utara dan China (dikenal sebagai Bluebird dan sedan terlaris di sana), model ini di pasaran Asia Tenggara tidak mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Juga bacaNissan Sylphy e-Power 2021 baru – sedan No.1 di China kini sebuah hibrid!

Dengan Nissan Thailand (sumber utama produksi CKD di Malaysia) yang mengubah fokus kepada kereta kompak, MPV dan trak, jualan Slyphy dan Teana telah digugurkan untuk Malaysia.

Juga bacaNissan Sylphy terpakai: Serendah RM 17k, lagi selesa daripada Altis & Civic - baloi beli?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Nissan Sylphy International Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda