window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua Ativa 2021 - tahap bunyi kabin dan gegaran enjin 3 silinder ini mengejutkan!

Haris · Mar 13, 2021 04:00 PM

Perodua Ativa 2021 - tahap bunyi kabin dan gegaran enjin 3 silinder ini mengejutkan! 01

Kami telah memandu uji Perodua Ativa 2021 dan mendapati beberapa aspek di dalam SUV kompak ini agak mengejutkan. Seperti biasa, ramai yang tertanya-tanya mengenai prestasi enjin 3 silinder turbo ini.

Oleh yang demikian, di sini kami mengambil pendekatan objektif dan subjektif untuk tahap NVH (Noise, Vibration, Harshness) pada Perodua Ativa 2021.

Bunyi - Rasa lebih senyap berbanding ujian

Perodua Ativa 2021 - tahap bunyi kabin dan gegaran enjin 3 silinder ini mengejutkan! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ujian bunyi kami diambil pada 3 tahap kelajuan iaitu 60 km/j, 90 km/j dan 110 km/j. Bacaan diambil daripada meter desibel untuk lebih objektif.

Tahap bunyi
  Perodua Ativa Proton X50
60 km/j 60 dB 62 dB
90 km/j 68 dB 65 dB
110 km/j 70 dB 68 dB

Sebagai rujukan, Toyota Vios - antara sedan popular yang paling senyap - mencatatkan bacaan sebanyak 59 dB pada 60 km/j, 65 dB pada 90 km/j, dan 69 dB pada 110 km/j.

Ini meletakkan Perodua Ativa satu tahap di atas Toyota Vios, tidak terlalu jauh perbezaannya.

Perodua Ativa 2021 - tahap bunyi kabin dan gegaran enjin 3 silinder ini mengejutkan! 01

Meter desibel

Untuk ujian yang lebih subjektif, Perodua Ativa boleh dikatakan sedikit lebih senyap berbanding apa yang dicatatkan oleh meter desibel.

Sebagai konteks, telinga anda lebih sensitif terhadap frekuensi bunyi. Frekuensi yang lebih tinggi dapat ditafsirkan menjadi lebih nyaring justeru frekuensi rendah terasa lebih nyaman dan kurang memenatkan pendengaran pada tempoh masa yang lama. 

Perodua Ativa 2021 - tahap bunyi kabin dan gegaran enjin 3 silinder ini mengejutkan! 02

Tugas-tugas peredaman bunyi

Bunyi tayar dan angin dari luar tidak terasa menyelinap ke dalam kabin. Malah, enjin turbo juga terasa senyap. Pada pendapat kami, kebanyakan bunyi yang terlepas di dalam kabin adalah daripada faktor luaran seperti trafik.

Ini agak mengejutkan apabila mengambil kira bentuk badan Perodua Ativa nampak bersegi seolah-olah menghadang angin.

Gegaran - Karakter enjin turbo biasa

Perodua Ativa 2021 - tahap bunyi kabin dan gegaran enjin 3 silinder ini mengejutkan! 03

Enjin 3 silinder 1.0 turbo Perodua Ativa mempunyai karakter gegaran yang biasa, terutama sekali ketika melahu (idle). Namun apabila mula bergerak, gegarannya semakin pudar dan enjin terasa lancar mengikut standard enjin 3 silinder.

Kualiti Pemanduan - Kendalian terbaik dalam Perodua

Perodua Ativa 2021 - tahap bunyi kabin dan gegaran enjin 3 silinder ini mengejutkan! 04

Perodua Ativa mempunyai set suspensi yang ditala untuk pemanduan di Malaysia. Pada pendapat kami, pujian harus diberi kepada Perodua yang berjaya memberi keseimbangan kendalian dan keselesaan yang menepati citarasa tempatan.

Perodua Ativa 2021 - tahap bunyi kabin dan gegaran enjin 3 silinder ini mengejutkan! 05

Perodua Ativa menyerap lubang dan bonggol dengan lebih keyakinan. Ia terasa sedikit kukuh pada bahagian suspensi selepas mencuba SUV ini pada jalan mencabar. Syabas buat Perodua!

Kesimpulan

Perodua Ativa 2021 - tahap bunyi kabin dan gegaran enjin 3 silinder ini mengejutkan! 06

Pada hemat kami, anjakan kualiti pada Perodua Ativa agak mengejutkan. Ia tidak terasa seperti model Perodua terdahulu, mengukuhkan lagi kedudukan Perodua sebagai pengeluar nombor 1 di Malaysia. Berapa ramai yang dah tukar ke Perodua Ativa sebab tak tahan tunggu Proton X50 ya? 

Bacaan lanjut:

Perodua Ativa 2021 dilancarkan - 1.0L Turbo, D-CVT, harga bermula dari RM 62k!

Aksesori Gear Up untuk Perodua Ativa 2021, kasi tambah kit nampak lagi garang!

Kit keselamatan standard Perodua Ativa 2021 lebih banyak daripada Proton X50!

Perodua Ativa 2021: Varian X, H, AV - yang mana patut anda beli?

Mitos atau fakta – Perodua Ativa (D55L) ada tayar ganti ataupun tidak?

Perodua Ativa 2021 tiada giliran menunggu berbulan-bulan, boleh dapat secepat mungkin!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda