Perodua Axia (Toyota Agya) di Afrika Selatan ada Android Auto, Apple Carplay! Menarik?

Haris · 2020-11-27 19:00:00

Perodua Axia

Toyota Agya kini sudahpun menjengah ke pasaran Afrika Selatan. Hatchback kompak ini juga dikenali sebagai Perodua Axia di Malaysia.

Adakah pasaran Afrika Selatan menerima varian yang lebih baik berbanding Malaysia? Bergantung kepada pandangan anda. Toyota Agya hadir dengan satu varian sahaja dengan 2 pilihan transmisi.

Setiap pilihan transmisi pula hadir dengan 2 pilihan sistem audio. Ini merupakan salah satu strategi pemasaran yang berlainan dengan Malaysia. Model standard hadir tanpa sebarang unit multimedia tetapi terdapat pilihan sistem skrin sesentuh dengan fungsi Bluetooth / USB / AUX dengan Apple CarPlay dan Android Auto turut ditawarkan.

Tombol gear pun agak kemas

Bukan itu sahaja, fungsi Toyota Connect juga terbina yang boleh menyediakan sambungan Wi-Fi ke peranti pintar dan juga data 15Gb. Selepas dihubungkan dengan aplikasi MyToyota, pemilik dapat membuat tempahan perkhidmatan, periksa maklumat penggunaan kenderaan (buku log), memperbaharui lesen kenderaan, mengkaji data pengesanan, meminta bantuan kecemasan dan banyak lagi.

Ia masih dilengkapi dengan kelengkapan yang standard seperti brek ABS dengan EBD, stereng kuasa elektrik, tingkap kuasa elektrik, keyless start, kemasukan tanpa kunci dan 2 beg udara hadapan.

Enjin petrol 1.0L NA (998cc) 3 silinder menghasilkan kuasa sebanyak 67 PS dan 89 Nm tork. Dakwaan penggunaan minyak oleh pengeluar adalah sehingga 21 km / liter untuk varian manual dan 20 km / liter untuk varian automatik.

Toyota Agya ini dibangunkan di Indonesia oleh PT Astra Daihatsu Motor dan dieksport ke Afrika Selatan. Harga Toyota Agya adalah dari ZAR 178,600 (RM 47,851) sehingga ZAR 192,500 (RM 51,575) dengan tambahan sistem infotainment sebanyak ZAR 3,800 (RM 1,018).

Haris

Haris Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

Proton
Perodua
Honda
Toyota
Nissan
Mazda
Mercedes-Benz
BMW
Volvo
Ford
Hyundai
Kia