window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Posisi pemanduan – adakah anda duduk dengan betul?

Zamil Syaheer · Jun 23, 2020 04:20 PM

Posisi pemanduan – adakah anda duduk dengan betul? 01

Sebagai seorang Advanced Driving Instructor, ramai orang bertanya kepada saya bagaimana cara-cara untuk menjadi seorang pemandu yang lebih baik.

Posisi pemanduan – adakah anda duduk dengan betul? 02

Jawapannya bukanlah semudah itu kerana lain orang lain tahap dan skil pemanduannya. Tetapi itu bukan bermakna anda tidak boleh mengambil inisiatif untuk menjadi pemandu yang lebih baik dan selamat.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pertama sekali, kita perlulah melihat sama ada betul ataupun tidak posisi pemanduan kita.

Posisi pemanduan – adakah anda duduk dengan betul? 01

Dalam kolumn ini, saya akan tunjukkan enam cara asas dari mula sampai akhir untuk mendapatkan posisi pemanduan yang betul tidak kira saiz anda.

1. Ketinggian tempat duduk

Posisi pemanduan – adakah anda duduk dengan betul? 02

Pertama sekali anda harus lakukan ialah melaras tahap ketinggian tempat duduk. Duduk setinggi yang boleh dan tinggalkan jarak sekurang-kurangnya segenggam dari atas kepala anda ke bumbung kereta.

Lagi tinggi anda duduk, lagi senang untuk melihat ke luar kerana ia memberikan penglihatan yang secukupnya.

2. Jarak dari pedal

Posisi pemanduan – adakah anda duduk dengan betul? 03

Laraskan tempat duduk  kedepan atau kebelakang sehingga lutut anda bengkok ketika memijak brek sepenuhnya. Ini kerana apabila lutut anda bengkok, ia dapat membantu untuk memberi kekuatan maksima ketika brek secara mengejut.

Tambahan pula, keadaan lutut yang bengkok mampu mengurangkan risiko kecederaan ketika berlakunya kemalangan.

3. Penyandar tempat duduk

Posisi pemanduan – adakah anda duduk dengan betul? 04

Kebanyakkan tabiat buruk pemandu di luar sana adalah dengan duduk separa bongkok ketika memandu, sebenarnya anda patut duduk setegak yang boleh.

Pastikan juga bahu anda berada di posisi yang selesa. Ini kerana postur yang betul lebih senang untuk mengawal tekanan brek, dan mengurangkan risiko anda ‘tenggelam’ ketika membrek dengan kuat.

4. Stereng

Posisi pemanduan – adakah anda duduk dengan betul? 05

Posisi tangan di jam 9 & 3 memberikan anda kawalan dan keselesaan terbaik.

Jarak stereng sepatutnya rapat dengan anda sehingga bahu bengkok ketika berada dalam posisi jam 9 & 3. Ini memberikan keselesaan optimum ketika pemanduan jarak jauh serta kawalan sepenuhnya.

Juga stereng tidak sepatutnya menghalang anda daripada melihat panel kluster instrumen.

5. Penahan kepala

Posisi pemanduan – adakah anda duduk dengan betul? 06

Sebenarnya penahan kepala (head rest) ini bukanlah tempat untuk merehatkan kepala anda. Maksud headrest itu sendiri ialah ‘head restraint system’.

Tinggikan penahan kepala anda mengikut posisi kepala anda kerana apabila dalam situasi kemalangan, penahan kepala ini akan mencegah leher daripada bergerak terlalu banyak. Sesiapa yang pernah mengalami kecederaan whiplash akan tahu betapa sakitnya leher anda.

6. Tali pinggang keledar

Posisi pemanduan – adakah anda duduk dengan betul? 07

Posisi pemanduan yang betul akan memberikan kawalan dan keselesaan yang terbaik.

Akhir sekali, ini adalah salah satu kelengkapan yang sering kali ramai enggan memakainya. Tiada gunanya anda duduk dengan posisi betul sekalipun jika tidak memakai tali pinggang keledar.

Tips tambahan: pastikan anda ketatkan tali pinggang keledar secukupnya supaya ia tidak longgar dan memegang anda dengan selamat terutamanya jika anda terlibat dalam kemalangan.

Posisi pemanduan – adakah anda duduk dengan betul? 08

Itu dia, enam cara mudah untuk meningkatkan skil dan nikmat pemanduan anda. Tambahan lagi, kebanyakkan kereta moden membenarkan anda untuk melaras posisi  pemanduan sepenuhnya.

Walaupun anda mungkin akan mengambil sedikit masa untuk membiasakan diri, ia akan memberikan anda kawalan dan keselesaan pemanduan yang lebih baik.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda