window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton Ertiga terpakai - dari RM 35k, alternatif kepada Alza, MPV kompak yang berbaloi!

Faisal · May 20, 2023 12:00 PM

Proton Ertiga terpakai - dari RM 35k, alternatif kepada Alza, MPV kompak yang berbaloi! 01

Untuk kebanyakan pemilik kereta, menaik taraf daripada kereta hatchback/sedan permulaan untuk menampung keluarga yang semakin bertambah bermaksud bertukar kepada MPV/SUV kerana ia menawarkan lebih banyak ruang dan lebih praktikal.

Namun, selain MPV permulaan seperti Perodua Alza, kebanyakan model di pasaran mungkin terlalu besar, terutama kalau ruang tempat letak kereta anda sempit atau anda lebih suka memandu kenderaan harian yang lebih kecil.

Proton Ertiga terpakai - dari RM 35k, alternatif kepada Alza, MPV kompak yang berbaloi! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Di sinilah Proton Ertiga terpakai menjadi pilihan yang tepat. Ia secara amnya boleh memuatkan 6 penumpang dengan selesa tetapi pada masa sama masih boleh mengekalkan saiz kompak.

  • 2017 Proton ERTIGA EXECUTIVE 1.4

    RM 41,800
    RM 458
    /bulan

    76,736 km

    6.5 years

    Kuala Lumpur

  • 2017 Proton ERTIGA EXECUTIVE PLUS 1.4

    RM 45,200
    RM 495
    /bulan

    9,514 km

    6 years

    Petaling Jaya

  • 2018 Proton ERTIGA EXECUTIVE AT 1.4

    RM 44,900
    RM 492
    /bulan

    44,425 km

    5.5 years

    Kuala Lumpur

Pandangan ringkas

Dirasmikan pada tahun 2016, Proton Ertiga merupakan satu bentuk usaha antara jenama Proton dengan Suzuki.

Juga bacaSelepas usaha separuh masak Proton, Suzuki Ertiga bakal di rebadge Toyota?

Proton Ertiga terpakai - dari RM 35k, alternatif kepada Alza, MPV kompak yang berbaloi! 01

Platformnya sendiri diubah suai dari Suzuki Swift dan ia menggunakan trenkuasa sama dengan hatchback tersebut.

Selain perbezaan gaya dan logo, kelainan utama antara versi Suzuki dan Proton adalah konfigurasi tempat duduk 6 penumpang berbanding 7 penumpang pada Suzuki.

Sebabnya adalah Suzuki Ertiga tidak mempunyai tali pinggang tengah di baris kedua. Di Malaysia pula, ciri itu adalah mandatori. Jadi Proton mengambil keputusan untuk menggugurkan tempat duduk tengah di baris kedua, sekaligus menjadikan ia sebagai MPV 6 tempat duduk.

Proton Ertiga terpakai - dari RM 35k, alternatif kepada Alza, MPV kompak yang berbaloi! 02

Ditawarkan dalam tiga variasi, varian manual untuk Executive bermula dari RM 58,800 dan varian automatik pula bermula dari RM 61,800. Varian mercu Executive Plus pula dijual pada harga RM 64,800.

Dari segi dimensi, saiz Proton Ertiga berukuran panjang 4,265 mm, lebar 1,695 mm, dan tinggi 1,685 mm, lebih kecil daripada Proton Exora.

Proton Ertiga terpakai - dari RM 35k, alternatif kepada Alza, MPV kompak yang berbaloi! 03

Untuk bahagian trenkuasa, Proton Ertiga menggunakan enjin 1.4L NA yang menghasilkan 92 PS dan 130 Nm tork. Ia digandingkan dengan transmisi manual 5 kelajuan atau automatik 4 kelajuan. Penggunaan petrolnya didakwa serendah 5.7 liter/100 km (manual) dan 6.0 liter/100 km (automatik). Untuk pengetahuan anda, inilah kereta pertama Proton yang diiktiraf sebagai Energy Efficient Vehicle (EEV).

Pada bahagian dalam, papan pemukanya hampir serupa dengan Suzuki Ertiga yang dijual di Indonesia, cuma apa yang berbeza adalah tiada logo Proton pada bahagian stereng.

Proton Ertiga terpakai - dari RM 35k, alternatif kepada Alza, MPV kompak yang berbaloi! 04

Untuk aspek keselamatan, terdapat ciri brek ABS dan 2 beg udara. Kawalan kestabilan pula tiada kerana pada zamannya, ciri itu masih belum diwajibkan. Walau Ertiga cukup bagus, jualannya tidak berlangsung lama. Setelah Proton bergabung dengan Geely sebagai rakan teknikalnya pada tahun 2019, keluaran Ertiga mula dihentikan dan dalam tahun akhir, jualannya hanya setakat 300 unit sahaja.

Varian yang patut anda beli dan harga

Sekarang, harga Proton Ertiga terpakai bermula lebih kurang RM 35,000 untuk unit awal tahun 2017 dan naik kepada RM 45,000 untuk unit 2019, bergantung pada usia dan keadaan.

Proton Ertiga terpakai - dari RM 35k, alternatif kepada Alza, MPV kompak yang berbaloi! 05

Memandangkan ciri keselamatan yang ditawarkan adalah sama, pemilihan antara varian sebenarnya bergantung kepada transmisi dan perbezaan kelengkapan antara varian Executive dan Executive Plus.

  • 2017 Proton ERTIGA EXECUTIVE 1.4

    RM 41,800
    RM 458
    /bulan

    76,736 km

    6.5 years

    Kuala Lumpur

  • 2017 Proton ERTIGA EXECUTIVE PLUS 1.4

    RM 45,200
    RM 495
    /bulan

    9,514 km

    6 years

    Petaling Jaya

  • 2018 Proton ERTIGA EXECUTIVE AT 1.4

    RM 44,900
    RM 492
    /bulan

    44,425 km

    5.5 years

    Kuala Lumpur

Apa yang membezakan kedua-dua varian adalah ciri pelaras ketinggian tempat duduk pemandu, pelipat cermin sisi jenis berkuasa dan kawalan audio pada bahagian stereng. Jadi, kalau anda tidak hairan dengan tambahan ciri tersebut, lebih bagus anda mengutamakan unit yang dijaga baik atau perbatuan yang masih rendah.

Apa yang perlu diteliti?

Proton Ertiga terpakai - dari RM 35k, alternatif kepada Alza, MPV kompak yang berbaloi! 01

Secara amnya, Proton Ertiga terkenal sebagai MPV yang mempunyai jangka hayat panjang jika dijaga dengan betul dan terbukti ramai yang menggunakannya untuk perkhidmatan e-hailing.

Malah, ia tidak memerlukan sebarang penyelenggaraan berat kerana trenkuasanya sendiri adalah sama dengan yang digunapakai pada Suzuki Swift. Kebanyakan alat ganti juga mudah didapati dan alat ganti OEM yang lebih murah juga ada di merata tempat.

Proton Ertiga terpakai - dari RM 35k, alternatif kepada Alza, MPV kompak yang berbaloi! 02

Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa sesetengah bahagian asal seperti mounting enjin, kit penegang timing chain, driveshaft dan penyerap hentakan akan lebih mahal berbanding komponen dari Perodua Alza misalnya.

Juga bacaSuzuki Ertiga Hybrid 2022 bakal dilancar di Vietnam, harga dari RM 99k, boleh lawan Perodua Alza?

Selain mencari unit dengan sejarah penyelenggaraan yang meyakinkan, berikut adalah beberapa masalah biasa yang dilihat pada Ertiga yang telah banyak berjalan di mana pembeli perlu ambil perhatian:

Masalah umum pada Proton Ertiga
Komponen Simptom Kos
(RM)
Motor kipas penyejuk A/C tak sejuk, enjin terlebih panas 250 (OEM)
Driveshaft depan Getaran sewaktu memandu, kebocoran 1,000 (Tulen)
Mounting enjin Enjin bergegar 850 (Tulen)
Oil seal crankshaft / timing chain Kebocoran enjin 700 (Tulen)

Selan itu, perhati juga akan keadaan keseluruhan untuk bahagian luar dan dalam, terutamanya tempat duduk kerana ia berwarna cerah dan mudah untuk kotor.

Sebagai tambahan, periksa juga bahagian enjin sama ada terdapat kebocoran minyak atau coolant.

Proton Ertiga terpakai - dari RM 35k, alternatif kepada Alza, MPV kompak yang berbaloi! 03

Nak senang, apa kata anda terus beli dari Carsome? Proton Ertiga yang dijual melalui pautan ini telah diperiksa dengan teliti dan ditawarkan dengan jaminan selama 1 tahun dan jaminan pulangan wang selama 5 hari.

Dalam masa yang sama, anda boleh muat turun aplikasi Carsome di Apple App Store atau Google Play Store dan mula melayari sekarang.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2018 Proton Ertiga 1.4 Executive MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda