window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu: Honda City Hatchback 1.5 V 2022 di Malaysia – pesaing Yaris lebih tradisional, bukan hibrid

Mersita · Nov 28, 2021 08:00 PM

Rebiu: Honda City Hatchback 1.5 V 2022 di Malaysia – pesaing Yaris lebih tradisional, bukan hibrid 01

Dalam majlis previu media anjuran Honda Malaysia yang sama apabila kami diberi mencuba Honda City Hatchback RS e:HEV (rebiunya di sini), kami juga diberi peluang untuk memandu-uji Honda City Hatchback 1.5 V, varian bukan hibrid tertinggi.

Model ini belum lagi dilancarkan, oleh itu aspek-aspek seperti harga dan penggunaan minyak belum dapat disahkan sehinggalah pelancaran rasminya nanti.

Bagaimanakah prestasi enjin NA Honda City Hatchback?

Rebiu: Honda City Hatchback 1.5 V 2022 di Malaysia – pesaing Yaris lebih tradisional, bukan hibrid 02

Di bawah hud sedan, enjin yang sama dengan City Hatchback

Sama seperti yang ada di dalam jenis sedan, varian petrol bagi City Hatchback dikuasakan oleh enjin 1.5 liter ‘naturally aspirated’ biasa, manakala RS e:HEV disertakan dengan sistem hibrid Intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD) dwi-motor.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rebiu: Honda City Hatchback 1.5 V 2022 di Malaysia – pesaing Yaris lebih tradisional, bukan hibrid 01

Komen yang boleh menggambarkan pengalaman memandu City sedan adalah lebih kurang sama dengan City Hatchback 1.5 V. Enjin NA di dalamnya cukup tangkas namun diperhalusi, dan kuasa kuda 121 PS serta tork 145 Nm adalah lebih dari mencukupi bagi pemanduan harian.

Rebiu: Honda City Hatchback 1.5 V 2022 di Malaysia – pesaing Yaris lebih tradisional, bukan hibrid 02

Varian-varian bukan RS diberi jejaring krom, rim perak biasa, tanpa ‘bodykit’

Enjin empat silinder ini memberi pacuan yang bagus dari posisi pegun, dan jika anda perlukan lebih kuasa pada kelajuan tinggi, ia cukup cemerlang dan memuaskan.

Baca juga: Honda City Hatchback akan bikin Yaris ‘goyang’, pelancaran di Malaysia dalam masa terdekat

Rebiu: Honda City Hatchback 1.5 V 2022 di Malaysia – pesaing Yaris lebih tradisional, bukan hibrid 03

Walau bagaimanapun, pada kelajuan maksima, kotak gear automatik CVT-nya dan enjin akan menderum dengan kurang selesa, namun ini hanyalah akan terjadi apabila anda ‘lenjan’ atau memecut keras secara berterusan.

Apabila kereta tidak bergerak ataupun dipandu dengan lembut, kombinasi trenkuasa ini boleh memberikan anda pemanduan yang senyap, lancar dan selesa.

Pengendalian Honda City Hatchback lebih lincah daripada sedan

Rebiu: Honda City Hatchback 1.5 V 2022 di Malaysia – pesaing Yaris lebih tradisional, bukan hibrid 04

Satu aspek yang kami boleh rasakan serta-merta pada City Hatchback ini, jika dibandingkan dengan sedan, ialah pengendaliannya yang lebih tajam. Bahagian belakangnya yang lebih pendek memberikan karakter lebih lincah berbanding ‘abangnya’ yang berbentuk ‘three box’, dan ‘body roll’nya juga tidak begitu ketara di selekoh.

Selain daripada itu, memandangkan berat keseluruhan kereta ini 7 kg lebih ringan berbanding jenis sedan, City Hatchback amat sesuai bagi mereka yang mahukan pemanduan bersemangat.

Baca juga: PANAS: Honda Malaysia ‘tembak’ Toyota Yaris dalam iklan City Hatchback terbaru - bikin gaduh?

Rebiu: Honda City Hatchback 1.5 V 2022 di Malaysia – pesaing Yaris lebih tradisional, bukan hibrid 05

Oleh itu, City Hatchback versi petrol terasa lain sedikit di selekoh berbanding RS, dan kualiti ini sedikit sebanyak dicapai oleh beratnya yang lebih rendah: ia tak perlu menampung bateri lithium-ion (Li-ion) di belakangnya yang memberi bebanan lebih.

Rebiu: Honda City Hatchback 1.5 V 2022 di Malaysia – pesaing Yaris lebih tradisional, bukan hibrid 06

Bagi ‘feel’ sterengnya pula, talaan Honda cukup mantap, dan City Hatchback mempunyai stereng dengan berat sempurna dan tidak membosankan. Maklumbalas stereng mencukupi, dan pemandu sentiasa sedar akan pergerakan sebenar tayar hadapan kereta.

Rebiu: Honda City Hatchback 1.5 V 2022 di Malaysia – pesaing Yaris lebih tradisional, bukan hibrid 07

Sekurang-kurangnya dalam kondisi atas trek yang serupa, peningkatan ketara boleh dilihat pada kereta ini berbanding Toyota Yaris. ‘Body roll’ Yaris terasa lebih ketara, manakala tindakbalas sterengnya lebih perlahan dan lebih berat.

Tiada ADAS, hanya ada LaneWatch

Rebiu: Honda City Hatchback 1.5 V 2022 di Malaysia – pesaing Yaris lebih tradisional, bukan hibrid 08

Kamera LaneWatch

Memandangkan ini bukannya varian RS, City Hatchback 1.5 V tidak didatangkan sekali dengan kelengkapan ADAS Honda Sensing (setakat ini eksklusif untuk RS sahaja). Namun, ia masih disertakan dengan 6 beg udara dan Honda LaneWatch.

Baca juga: Sistem Bantuan Pemandu (ADAS) dalam Honda Civic (Honda Sensing) adalah yang terbaik!

Tapi, ia ada kerusi ULTRA!

Rebiu: Honda City Hatchback 1.5 V 2022 di Malaysia – pesaing Yaris lebih tradisional, bukan hibrid 09

Walaupun tanpa Sensing, satu perincian yang sama dengan varian hibrid bagi City Hatchback ialah tempat duduk ULTRA.

Rebiu: Honda City Hatchback 1.5 V 2022 di Malaysia – pesaing Yaris lebih tradisional, bukan hibrid 10

Mode ‘Refresh’ membolehkan salah seorang atau kedua-dua penumpang baring dengan selesa

Rebiu: Honda City Hatchback 1.5 V 2022 di Malaysia – pesaing Yaris lebih tradisional, bukan hibrid 11

Mode ‘Tall’, untuk menyimpan barang secara menegak

Tempat duduk boleh-laras ini membolehkan anda melaras tempat duduk belakang dalam empat tetapan berbeza: Utility, Long, Tall, dan Refresh.

Rebiu: Honda City Hatchback 1.5 V 2022 di Malaysia – pesaing Yaris lebih tradisional, bukan hibrid 12

Kami tak boleh tunjukkan keseluruhan ruang dalamannya buat masa ini, namun Android Auto dan Apple CarPlay sah ada.

Sekurang-kurangnya dalam aspek ini, City Hatchback ada kelebihan berbanding pesaingnya.

Kesimpulan

Rebiu: Honda City Hatchback 1.5 V 2022 di Malaysia – pesaing Yaris lebih tradisional, bukan hibrid 13

City Hatchback 1.5 V meninggalkan kesan yang mendalam bagi kami – dengan pemanduan yang menyeronokkan, kelengkapan pelbagai, dan tempat duduk ULTRA yang mengagumkan.

Antara perkara penting yang ditunggu-tunggu kini ialah harganya. Setakat ini, mengikut pengalaman kami, Yaris patut menggeruni kedatangan City Hatchback. Sila nantikan rebiu penuh kami sejurus selepas kereta ini dilancarkan bagi memberikan anda pandangan dan penilaian lebih jelas dan teliti untuk Honda City Hatchback.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda