window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu: Honda City Hatchback 2022 – Harga Proton X50 untuk 'kereta kecil', tetapi nilainya besar

Zamil Syaheer · Apr 24, 2022 06:00 PM

Rebiu: Honda City Hatchback 2022 – Harga Proton X50 untuk 'kereta kecil', tetapi nilainya besar 01

Sukar - mungkin hampir mustahil - untuk menggantikan seniman agung Tan Sri P.Ramlee. Kesejajaran boleh dibuat dengan Honda Jazz dan Honda City Hatchback di Malaysia, dimana City Hatchback perlu membuktikan bahawa ia dalah pengganti yang sesuai untuk tanda nama Jazz yang mempunyai ramai peminat tegar.

Rebiu: Honda City Hatchback 2022 – Harga Proton X50 untuk 'kereta kecil', tetapi nilainya besar 02

Setelah meluangkan masa selama dua hari dengan City Hatchback di Pulau Langkawi, kami yakin ia mampu menutup mulut pihak yang mengkritik dan pejuang papan kekunci di internet.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pengalaman memandu: rasa lebih lengkap daripada Yaris

Rebiu: Honda City Hatchback 2022 – Harga Proton X50 untuk 'kereta kecil', tetapi nilainya besar 01

Varian RS, dibezakan oleh bodykit dengan 'diffuser' belakang

Kami diberi peluang untuk menguji pandu Honda City Hatchback 1.5 V (RM 87,856) dan City Hatchback RS e:HEV (RM 107,783). Kedua-duanya adalah dengan harga bebas SST, dan hanya sah sehingga 30-Jun 2022.

Baca juga: Harga kereta tanpa SST tamat lagi 2 bulan - jenama Jepun mana boleh dapat sebelum Jun?

Pertama sekali, kami perlu nyatakan tak kisahlah varian mana yang anda pilih, Honda City Hatchback menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih baik daripada Toyota Yaris. Sebahagian besar daripada itu datang daripada penalaan suspensinya yang yang lebih sporty tetapi berbanding dengan Yaris yang lebih lembut.

Rebiu: Honda City Hatchback 2022 – Harga Proton X50 untuk 'kereta kecil', tetapi nilainya besar 02

Rebiu: Honda City Hatchback 2022 – Harga Proton X50 untuk 'kereta kecil', tetapi nilainya besar 03

Walaupun sporty, ia bukan bermakna suspensi City Hatchback adalah keras - jauh sekali. Maksud sporty di sini adalah betapa lentur dan stabil City Hatchback ketika mengambil selekoh. Ia membuatkan anda rasa yakin, selamat, dan tidak berasa gemuruh.

Tambahan pula, bahagian belakang yang lebih pendek dari model sedan membolehkan City Hatchback bergerak dengan lebih lincah.

Rebiu: Honda City Hatchback 2022 – Harga Proton X50 untuk 'kereta kecil', tetapi nilainya besar 04

Dalam nada yang berbeza, terdapat perbezaan pengendalian diantara varian petrol dan RS e:HEV. Varian hibrid mempunyai bateri litium-ion (Li-Ion) 0.86 kWh yang terletak di atas gandar belakang. Berat tambahan pada varian RS membuatkan ia lebih stabil daripada varian petrol.

Kedua-dua varian petrol dan RS mungkin tidak akan memenangi sebarang anugerah untuk pengalaman pemanduan yang mengasyikkan, tetapi syukur ada maklum balas yang cukup pada stereng.

Baca juga: Nak beli kereta di Malaysia – hatchback ataupun sedan? Mana satu sesuai dengan saya?

Rebiu: Honda City Hatchback 2022 – Harga Proton X50 untuk 'kereta kecil', tetapi nilainya besar 05

Rebiu: Honda City Hatchback 2022 – Harga Proton X50 untuk 'kereta kecil', tetapi nilainya besar 06

Kabin Yaris; selesa ya amat

Tetapi jika keselesaan langsung adalah apa yang anda cari, maka Yaris lebih sesuai untuk anda. Suspensinya lebih lembut tetapi tidak begitu berbuai, dan tempat duduk fabriknya (semua varian) terasa lebih mewah daripada unit kulit/fabrik dalam City Hatchback.

Pendengaran subjektif mengatakan City Hatchback juga lebih bising sedikit daripada Yaris, terutamanya dalam aspek bunyi tayar/jalan raya. Anda boleh mendengar batu dan pasir menendang di ruang tayar (wheel well) yang sedikit sebanyak mengganggu tahap keselesaan.

Dalam nada yang sama, City Hatchback juga terasa seperti menyerap banyak bunyi angin pada kelajuan yang lebih tinggi, tetapi kami perlu menggunakan instrumen ujian kami untuk membuktikannya.

Rebiu: Honda City Hatchback 2022 – Harga Proton X50 untuk 'kereta kecil', tetapi nilainya besar 07

Dengan enjin 1.5 liter 121 PS/145 Nm dan kombo transmisi automatik jenis CVT yang sama seperti yang terdapat dalam varian 1.5 S, E dan V, pengalamannya hampir sama dengan sedan. Tiada apa-apa yang luar biasa, lebih daripada mencukupi untuk tugas pemanduan harian, serta lancar dan senyap.

Rebiu: Honda City Hatchback 2022 – Harga Proton X50 untuk 'kereta kecil', tetapi nilainya besar 08

Penjana kuasa hibrid RS e:HEV – Intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD) dwi-motor - menghasilkan 98 PS dan 127 Nm daripada enjin pembakaran kitaran Atkinson 1.5 liter, dan 109 PS dan 253 Nm daripada motor elektrik.

Dalam situasi pemanduan harian, kedua-dua  pilihan adalah lancar, dengan persilangan antara kuasa elektrik kepada petrol dalam RS e:HEV hampir tidak dapat terasa kerana ia berkitar melalui pelbagai mod pemanduannya.

Baca juga: Rebiu: 2021 Honda City RS e:HEV - Model hibrid paling mampu milik dalam pasaran!

Rebiu: Honda City Hatchback 2022 – Harga Proton X50 untuk 'kereta kecil', tetapi nilainya besar 09

Ujian penggunaan bahan api yang sebenar akan dilakukan kemudian, tetapi Honda mendakwa angka penggunaan bahan api 5.6 liter/100 km untuk varian petrol 1.5 liter, dan 3.6 liter/100 km untuk hibrid RS e:HEV.

Kabin dan kelengkapan: mengalahkan pesaing lain dengan mudah

Rebiu: Honda City Hatchback 2022 – Harga Proton X50 untuk 'kereta kecil', tetapi nilainya besar 10

Dengan pelarasan teleskopik pada steering, mencari kedudukan pemanduan ideal anda adalah lebih mudah

Di mana City Hatchback memperoleh beberapa mata berbanding Yaris adalah di dalam kabinnya. Estetika dalaman dan kualiti yang lebih tinggi di atas tanda harganya, dan dengan semua sentuhan dua tona, ia serta-merta menjadikan kabin Yaris nampak tua dan murah.

Rebiu: Honda City Hatchback 2022 – Harga Proton X50 untuk 'kereta kecil', tetapi nilainya besar 11

Bagi tempat duduk belakang pula, ia mungkin bukan tempat duduk yang paling hebat - tetapi terdapat sokongan paha, bahu dan belakang yang baik untuk majoriti pembeli.

Rebiu: Honda City Hatchback 2022 – Harga Proton X50 untuk 'kereta kecil', tetapi nilainya besar 12

Nak tidur kat lantai pun boleh ni!

Kalau ada satu benda yang Honda memang ‘terrer’ – bahagian ruang. Ruang tempat letak kaki di bahagian belakang adalah luar biasa luas, dan terdapat ruang kepala yang cukup baik. Tiada tempat letak tangan tengah untuk mereka yang duduk di belakang, kerana ia memberi laluan kepada ULTRA Seats untuk berfungsi.

Rebiu: Honda City Hatchback 2022 – Harga Proton X50 untuk 'kereta kecil', tetapi nilainya besar 13

Dengan tempat duduk belakang tegak, dua beg bagasi muat 'cun cun' je, sama seperti Yaris

Kapasiti but dengan tempat duduk belakang tegak adalah 289 liter, tiga liter lebih banyak daripada Yaris. Tetapi sekali lagi, ULTRA Seats adalah satu ciri yang tiada pada pesaing lain, dan di sinilah City Hatchback menang besar.

Rebiu: Honda City Hatchback 2022 – Harga Proton X50 untuk 'kereta kecil', tetapi nilainya besar 14

...tetapi tidak dalam aspek ini. ULTRA seats boleh dilipat pelbagai hala, membolehkan penyelesaian storan yang berbeza

Rebiu: Honda City Hatchback 2022 – Harga Proton X50 untuk 'kereta kecil', tetapi nilainya besar 15

Rebiu: Honda City Hatchback 2022 – Harga Proton X50 untuk 'kereta kecil', tetapi nilainya besar 16

Sebahagian daripada ini juga disebabkan oleh susun atur tangki bahan api tengah yang dipatenkan Honda, membebaskan ruang di bahagian belakang. Tangki bahan api kini terletak di bawah tempat duduk penumpang hadapan (untuk semua varian), mengakibatkan lekukan yang terangkat sedikit pada bahagian kaki kanan penumpang.

Baca juga: Honda City Hatchback lebih kecil daripada Sedan tetapi ianya lebih luas di dalam, bagaimana?

Rebiu: Honda City Hatchback 2022 – Harga Proton X50 untuk 'kereta kecil', tetapi nilainya besar 17

Kebanyakan bahagian kabin tidak bercela, tetapi jika ada sesuatu yang kami rasa boleh diperbaiki, ia adalah lubang penghawa dingin belakang. Sudut corong terlalu rendah untuk digunakan secara praktikal, dan ia juga tidak begitu berkuasa.

Honda Sensing: Berbaloi dengan harganya

Rebiu: Honda City Hatchback 2022 – Harga Proton X50 untuk 'kereta kecil', tetapi nilainya besar 18

Sistem bantuan pemandu lanjutan (ADAS) yang baik patut dilaburkan, dan itulah Honda Sensing. Eksklusif untuk City Hatchback RS e:HEV, suite Sensingnya adalah seperti yang anda jangkakan: ditentukur dengan baik dan mudah digunakan secara logik.

Baca juga: Perodua Myvi facelift vs Honda City Hatchback – adakah anda betul-betul perlukan lambang ‘H’?

Lane Keep Assist (LKAS) cenderung menjadi titik permasalahan ADAS, tetapi tidak semestinya di sini. Ia adalah jenis yang lebih lembut, dengan amaran ringan dan panduan perlahan kembali ke lorong.

Ini ialah ciri yang anda akan dapat:

  • Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC)
  • Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran (CMBS)
  • Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW)
  • Sistem Bantuan Pengekalan Laluan (LKAS)
  • Mitigasi Keluar Jalan (RDM)
  • Amaran Berlepas Lorong (LDW)
  • Bantuan Suluhan Tinggi Automatik (AHB)

Rebiu: Honda City Hatchback 2022 – Harga Proton X50 untuk 'kereta kecil', tetapi nilainya besar 19

Brek parkir elektrik tersedia secara eksklusif pada varian RS e:HEV, tetapi ambil perhatian bahawa fungsi kawalan pelayaran adaptifnya tidak mempunyai keupayaan berhenti-dan-pergi seperti Civic dan CR-V.

Ciri keselamatan pasif: Yaris lebih baik

Rebiu: Honda City Hatchback 2022 – Harga Proton X50 untuk 'kereta kecil', tetapi nilainya besar 20

Walaupun Honda memperluaskan fungsi ADAS yang meluas kepada kereta segmen ini, harga yang lebih mahal boleh menjadi penghalang. Dalam hal ini, Yaris lebih sesuai dari segi jumlah ciri keselamatan pasif yang diperolehi berbanding harga.

Toyota Yaris didatangkan dengan 7 beg udara sebagai standard di seluruh varian, manakala City Hatchback mendapat maksimum 6, dan itu juga hanya pada varian teratas yang lebih mahal (V, V Sensing yang baru diperkenalkan, dan RS e:HEV ) yang harganya jauh lebih tinggi daripada Yaris.

Rebiu: Honda City Hatchback 2022 – Harga Proton X50 untuk 'kereta kecil', tetapi nilainya besar 21

LaneWatch is available from the V variant and above

Yaris juga mendapat kamera 3D-360 darjah, serta Monitor Titik Buta dengan Amaran Silang Lalu Lintas Belakang (BSM, RCTA) yang sesetengah pihak berpendapat lebih berguna daripada LaneWatch sebelah kiri pada Honda.

Perkara yang menyamakan antara kedua-duanya ialah kehadiran brek antikunci (ABS) dengan pengagihan daya brek elektronik (EBD), bantuan brek (BA), kawalan kestabilan, bantuan permulaan bukit dan ISOFIX untuk tempat duduk kanak-kanak.

Kesimpulan: Status kultus? Mungkin

Rebiu: Honda City Hatchback 2022 – Harga Proton X50 untuk 'kereta kecil', tetapi nilainya besar 22

Walaupun pada mulanya ramai yang mengkritik keputusan Honda untuk menghentikan Jazz dan membawa masuk City Hatchback, tetapi angka jualan yang mengalahkan Yaris dalam tempoh beberapa bulan ini lebih dari cukup untuk membuktikan bahawa Honda tahu tentang selok belok dan citarasa rakyat Malaysia.

Tidak dinafikan bahawa City Hatchback perlu bekerja keras untuk mencapai populariti kultus Jazz, tetapi sekurang-kurangnya resipi Honda betul: ia kelihatan cantik, lebih besar daripada yang anda fikirkan, dan memandu dengan cukup baik untuk tidak menjadikan perjalanan harian sebagai pesta yang membosankan.

Baca juga: Honda City Hatchback 2022 - Berapakah gaji minimum yang diperlukan / bayaran balik bulanan?

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda