window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu: Peugeot 5008 facelift 2021 CKD – SUV 7 penumpang buatan Perancis yang layak dapat tempat

Faisal · Dec 26, 2021 12:00 PM

Rebiu: Peugeot 5008 facelift 2021 CKD – SUV 7 penumpang buatan Perancis yang layak dapat tempat 01

Bermaz Auto Alliance (BAuto), iaitu pengedar baharu yang dilantik untuk Peugeot di Malaysia ada dua model tunjang yang bakal merancakkan semula jenama ini di tanah air kita. Salah satunya ialah Peugeot 5008 facelift 2021 CKD. Bagi anda yang belum tahu, Peugeot 5008 merupakan salah satu saingan dalam segmen SUV 7 tempat duduk yang mana ia turut ditawan oleh Volkswagen Tiguan Allspace, Nissan X-Trail, Mitsubishi Outlander dan Mazda CX-8.

Dengan adanya peluang untuk mengujinya tempoh hari, kami ingin ceritakan sedikit pengalaman dan pendapat yang kami peroleh mengenai kereta Perancis ini.

Rebiu: Peugeot 5008 facelift 2021 CKD – SUV 7 penumpang buatan Perancis yang layak dapat tempat 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Secara amnya, Peugeot 5008 facelift ditawarkan pada harga RM 177,311 (termasuk pengecualian cukai jualan SST).

Antara perubahan terbesar untuk model kali ini adalah fasia depan yang diperbaharui. Untuk kali ini, ia datang dengan gril tanpa bingkai dan lampu baharu dengan DRL ala taring, betul-betul mengikuti tema reka bentuk Peugeot di masa kini.

Rebiu: Peugeot 5008 facelift 2021 CKD – SUV 7 penumpang buatan Perancis yang layak dapat tempat 01

Di bahagian belakang, lampunya dinaik taraf dengan grafik ala 3D.

Rebiu: Peugeot 5008 facelift 2021 CKD – SUV 7 penumpang buatan Perancis yang layak dapat tempat 02

Untuk ruangan dalam pula, kabin Peugeot 5008 facelift dikemaskini dengan infotainment bersaiz 10 inci. Paparannya cukup jelas dan beresolusi tinggi. Malah, sistem operasinya cukup responsif. Dengan skrin yang lebih besar, tetapan penyaman udara kini dipaparkan pada bahagian tepi sepanjang masa dimana pengguna boleh akses dengan lebih mudah.

Rebiu: Peugeot 5008 facelift 2021 CKD – SUV 7 penumpang buatan Perancis yang layak dapat tempat 03

Bercakap mengenai ini, pengecas tanpa wayar untuk peranti sokongan Qi juga turut dilengkapkan. Secara keseluruhan, susunan, bahan binaan dan kualiti pemasangan kabin ini masih di antara yang terbaik dalam segmennya.

Rebiu: Peugeot 5008 facelift 2021 CKD – SUV 7 penumpang buatan Perancis yang layak dapat tempat 04

Namun begitu untuk sebuah SUV, roda sterengnya agak kecil dan pemandu seakan perlu duduk lebih tinggi untuk lihat kluster instumen sepenuhnya. Tetapi kalau sudah biasa, perkara ini mungkin tidak akan menjadi isu. Bercakap mengenai isu, tombol kawalan pelayaran juga seperti terhalang dari pandangan pemandu. Senang cerita, ia sukar untuk dicari. Satu lagi ialah pada tetapan penyaman udara sendiri dimana pengguna perlu lalui langkah tambahan yang menyusahkan.

Rebiu: Peugeot 5008 facelift 2021 CKD – SUV 7 penumpang buatan Perancis yang layak dapat tempat 05

Beralih pada aspek pemanduan, Peugeot 5008 facelift masih sama seperti dahulu dimana ia cukup memuaskan untuk sebuah SUV 7-tempat duduk. Berbanding adiknya 3008 (5-tempat duduk), karakter pemanduan Peugeot 5008 rasa kurang rancak kerana jarak rodanya lebih panjang. Apapun, pengalaman memandu buat kedua-dua SUV ini adalah lebih kurang sahaja.

Juga bacaRebiu: Peugeot 3008 facelift 2021 - mampukah aura Perancis tarik perhatian dari SUV Jepunis?

Rebiu: Peugeot 5008 facelift 2021 CKD – SUV 7 penumpang buatan Perancis yang layak dapat tempat 06

Kiri: 5008, Kanan: 3008.

Berbanding Volkswagen Tiguan Allspace, memandu Peugeot 5008 rasa lebih kompak di jalan raya. Suspensinya juga lebih selesa daripada SUV Jerman itu. Yang kurangnya, kedua-dua SUV ini masih tidak dilengkapkan dengan ciri brek kecemasan autonomi (AEB).

Rebiu: Peugeot 5008 facelift 2021 CKD – SUV 7 penumpang buatan Perancis yang layak dapat tempat 07

Sewaktu kami ke Genting Highlands tempoh hari, prestasi enjin SUV ini rasa lebih dari mencukupi dan sterengnya juga cukup responsif. Walaupun boleh dipandu secara rancak, mutu pemanduan Peugeot 5008 facelift tetap ke arah santai.

Rebiu: Peugeot 5008 facelift 2021 CKD – SUV 7 penumpang buatan Perancis yang layak dapat tempat 08

Secara teknikal, SUV ini dikuasakan oleh enjin 1.6L turbo yang menghembuskan 167 PS dan 240 Nm tork dan transmisi 6 kelajuan juga kekal sama seperti sebelum ini. Dalam mod normal, ia cukup santai dimana tindak balas minyak sedikit lambat dan transmisinya juga lambat untuk menurunkan gear.

Tukar sahaja ke mod Sport, kadar pecutannya menjadi lebih menyerlah dan berat sterengnya juga ditambah bagi meningkatkan keyakinan buat pemandu. Malah, bunyi enjin tiruan juga dihidupkan menambah rasa keseronokan ketika memandu.

Rebiu: Peugeot 5008 facelift 2021 CKD – SUV 7 penumpang buatan Perancis yang layak dapat tempat 09

Memandu di sekitar Lembah Klang, suspensi SUV ini berupaya menyerap segala lubang dan permukaan tidak rasa dengan begitu mantap sekali. Menariknya, walaupun dengan spring yang empuk, gerakan badannya tetap terkawal.

Rebiu: Peugeot 5008 facelift 2021 CKD – SUV 7 penumpang buatan Perancis yang layak dapat tempat 10

Satu lagi kualiti yang kekal sama seperti dahulu ialah dari segi kesenyapan kabin dimana ia cukup senyap dan menenangkan.

Konklusi

Rebiu: Peugeot 5008 facelift 2021 CKD – SUV 7 penumpang buatan Perancis yang layak dapat tempat 11

Bagi kami, Peugeot 5008 facelift 2021 CKD akan kekal sebagai alternatif yang baik buat mereka yang inginkan sesuatu yang lain daripada pesaing-pesaing hangat yang ada di pasaran kita.

Ditambah pula dengan kualiti yang dimiliki, mereka yang membeli SUV ini sememangnya unik dan layak mendapat pujian.

Juga bacaPelancaran 2021 Peugeot 3008 dan 5008 facelift - 1.6L turbo, CKD Malaysia dari RM 161k!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Peugeot 5008 Allure

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda