window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

SAH: Inilah spesifikasi Perodua Alza 2022 D27A - dari RM 62k, 3 varian, ASA standard, 22 km/L!

Faisal · Jun 23, 2022 03:30 PM

SAH: Inilah spesifikasi Perodua Alza 2022 D27A - dari RM 62k, 3 varian, ASA standard, 22 km/L! 01

Perodua sebentar tadi baru sahaja mendedahkan spesifikasi rasmi buat Perodua Alza 2022 D27A. Menariknya, tempahan buat kereta 7 penumpang ini juga telah dibuka.

Dengan penawaran melalui tiga varian iaitu X, H dan AV, kembar buatan Malaysia kepada Toyota Veloz/Avanza dan Daihatsu Xenia ini datang dengan ciri yang jauh lebih banyak berbanding Alza yang kita kenal selama ini.

SAH: Inilah spesifikasi Perodua Alza 2022 D27A - dari RM 62k, 3 varian, ASA standard, 22 km/L! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Secara amnya, ketiga-tiga varian dikuasakan oleh enjin 1.5L NA yang dipadankan dengan transmisi automatic D-CVT. Dari segi penggunaan petrol, Perodua mendakwa bahawa Alza baharu boleh pergi sejauh 22 km/L (4.55 L/100km) kalau sistem ECO Idle dihidupkan.

SAH: Inilah spesifikasi Perodua Alza 2022 D27A - dari RM 62k, 3 varian, ASA standard, 22 km/L! 01

Kapasiti but Daihatsu Xenia.

Mengenai ruang but pula, Alza 2022 mempunyai kapasiti seluas 137 liter tetapi kalau tempat duduk baris ketiga dibaringkan, keluasan kargonya boleh mencecah 498 liter.

SAH: Inilah spesifikasi Perodua Alza 2022 D27A - dari RM 62k, 3 varian, ASA standard, 22 km/L! 02

Antara ciri standard yang ada pada ketiga-tiga varian termasuklah 6 beg udara, lampu depan jenis LED, penyaman udara depan jenis digital, penyaman udara belakang jenis manual dan sistem bantuan ADAS yang merangkumi ciri:

  • Pre-Collision Warning
  • Pre-Collision Assist Brake (untuk kenderaan dan pejalan kaki)
  • Mis-pedal Operation Control
  • Front Departure Alert

SAH: Inilah spesifikasi Perodua Alza 2022 D27A - dari RM 62k, 3 varian, ASA standard, 22 km/L! 03

Untuk varian asas iaitu X, terdapat ciri seperti skrin paparan maklumat MID, sistem audio konvensional, lipatan cermin sisi jenis manual dan ADAS Perodua Smart Drive Assist (PSDA) yang asas seperti:

  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Lane Departure Prevention (LDP)
  • Pengesan halangan belakang
  • Auto High Beam (AHB)

SAH: Inilah spesifikasi Perodua Alza 2022 D27A - dari RM 62k, 3 varian, ASA standard, 22 km/L! 04

Varian H pula menambah ciri lampu automatik, lipatan cermin sisi jenis elektrik, kluster instrumen 7 inci, infotainment 9 inci dan PSDA yang lebih atas di mana ia merangkumi ciri:

  • Kamera undur
  • Pengesan halangan depan
  • Adaptive Driving Beam (ADB)

SAH: Inilah spesifikasi Perodua Alza 2022 D27A - dari RM 62k, 3 varian, ASA standard, 22 km/L! 05

Masuk ke varian teratas iaitu AV, Perodua melengkapkan Alza dengan ADAS PSDA yang penuh. Antara ciri yang ditawarkan eksklusif buat varian ini adalah:

  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Lane Keep Control (LKC)
  • Blind Spot Monitor (BSM)
  • Kamera 360-darjah Panoramic View Monitor
  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
  • Electronic Parking Brake (EPB) dengan Auto Brake Hold

SAH: Inilah spesifikasi Perodua Alza 2022 D27A - dari RM 62k, 3 varian, ASA standard, 22 km/L! 06

Selain itu, varian AV dilengkapkan istimewa dengan tempat duduk separuh kulit berwarna dwi-tona. Varian X dan H pula dengan tempat duduk fabrik.

SAH: Inilah spesifikasi Perodua Alza 2022 D27A - dari RM 62k, 3 varian, ASA standard, 22 km/L! 07

Secara keseluruhan, Alza serba baharu hadir dengan lima pilihan warna iaitu Glittering Silver, Ivory White, Garnet Red, Elegant Black, and Vintage Brown. Tiga warna terakhir yang disebutkan pula hanya ada untuk varian H dan AV sahaja.

Waranti pula adalah selama 5 tahun dan harga buat ketiga-tiga varian (termasuk pengecualian SST sehingga 30 Jun 2022) adalah seperti berikut:

  • X – RM 62,000
  • H – RM 68,000
  • AV – RM 75,000

Juga baca: Perodua Alza D27A 2022: Spesifikasi penuh didedah, harga RM 62k - RM 75k lagi mahal dari Aruz!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda