window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Samaran Proton X70 2024 facelift diintip dengan gril ala X90, bakal saing CR-V baharu & SUV segmen C lain

Faisal · Mar 15, 2024 12:00 PM

Samaran Proton X70 2024 facelift diintip dengan gril ala X90, bakal saing CR-V baharu & SUV segmen C lain 01

Satu lagi intipan Proton X70 2024 facelift telah muncul melalui pengguna Facebook Gan Bock Khim. Kali ini, kita dapat melihat dengan lebih jelas akan wajah hadapannya.

X70 facelift secara amnya akan pakai fasia yang diinspirasikan oleh Geely Boyue Pro tetapi ia juga akan menerapkan gril ala X90.

Samaran Proton X70 2024 facelift diintip dengan gril ala X90, bakal saing CR-V baharu & SUV segmen C lain 02

X90

Untuk makluman anda, pelancaran X70 facelift sudah tidak lama kerana pemasangan untuk model semasa sudah berkurang sejak akhir tahun lepas. Walau bagaimanapun, garis masanya belum lagi dapat dipastikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Secara amnya, X70 akan kekal menyaingi Honda CR-V tetapi untuk model facelift nanti, SUV laris ini akan berhadapan dengan pesaing baharu seperti Chery Tiggo 7 dan Jaecoo J7 (kedua-dua calon bakal dilancarkan dalam tahun ini).

Also read: Ingin melawan Proton X70, Chery Tiggo 7 Pro akan dilancarkan di Malaysia pada S2 tahun ini. Harga sekitar RM 130,000?!

Samaran Proton X70 2024 facelift diintip dengan gril ala X90, bakal saing CR-V baharu & SUV segmen C lain 01

Interior X70 model semasa

Untuk bahagian dalam, kemaskini yang diterapkan masih belum dapat dipastikan tetapi terdapat ura-ura yang menyatakan bahawa X70 facelift bakal menjadi model Proton pertama yang dapat Android Auto/Apple CarPlay. Apa yang pasti ialah model facelift nanti akan kekal dengan enjin 1.5L turbo 3-silinder yang digandingkan dengan transmisi DCT 7-kelajuan.

Buat masa sekarang, harga Proton X70 ditawarkan seperti berikut:

  • 1.5 TGDi Standard 2WD: RM 98,900
  • 1.5 TGDi Executive 2WD: RM 110,800
  • 1.5 TGDi Executive AWD: RM 116,800
  • 1.5 TGDi Premium 2WD: RM 123,800
  • 1.5 TGDi Premium X 2WD: RM 126,800
  • 1.8 TGDi Premium 2WD: RM 128,800

Also read: Android Auto & Apple CarPlay akhirnya akan tiba ke model Proton seterusnya - ehem, X70 'facelift'?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Proton X70 1.5 TGDi Premium X 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda