window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spesifikasi Isuzu D-Max 2021 diacah - enjin 3.0L dipertingkat, ADAS, Apple CarPlay & Android Auto?

Haris ยท Apr 6, 2021 01:00 PM

Spesifikasi Isuzu D-Max 2021 diacah - enjin 3.0L dipertingkat, ADAS, Apple CarPlay & Android Auto? 01

Isuzu Malaysia telah membuka tempahan untuk Isuzu D-Max 2021 pada 1 April 2021 dengan pelancaran dijangka pada hujung bulan ini. Hari ini, Isuzu Malaysia juga telah mengumumkan spesifikasi awal Isuzu D-Max 2021 yang bakal dilancarkan tersebut.

Spesifikasi Isuzu D-Max 2021 diacah - enjin 3.0L dipertingkat, ADAS, Apple CarPlay & Android Auto? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Spesifikasi Isuzu D-Max 2021 diacah - enjin 3.0L dipertingkat, ADAS, Apple CarPlay & Android Auto? 01

Seperti yang dijangkakan, Isuzu D-Max akan ditawarkan dengan enjin 3.0 liter turbodiesel 4JJ3-TCX yang dikemaskini. Enjin ini memberikan output kuasa sebanyak 190 PS kuasa kuda dengan 450 Nm tork. Isuzu D-Max generasi ebelum ini menggunakan enjin 3.0 liter 4JJ1-TCX (177 PS, 380 Nm)

Selain itu, enjin 1.9 liter turbo diesel Bluepower Ddi juga dijangka akan ditawarkan. Ketika ini, terdapat 11 varian Isuzu D-Max dalam pasaran.

Spesifikasi Isuzu D-Max 2021 diacah - enjin 3.0L dipertingkat, ADAS, Apple CarPlay & Android Auto? 02

Turut didapati dalam warna biru

Model serba baharu Isuzu D-Max ini mengenakan rekaan yang dikemaskini dengan LED untuk lampu siang DRL, cermin sisi hitam, lampu belakang LED dengan rim rekaan kincir angin.

Untuk ciri kelengkapan dalaman pula, ia hadir dengan butang penghidup mula, meter analog dengan paparan kluster informasi MID (Multi Information Display) dan skrin infotainment 9 inci dengan fungsi Apple CarPlay dan Android Auto.

Spesifikasi Isuzu D-Max 2021 diacah - enjin 3.0L dipertingkat, ADAS, Apple CarPlay & Android Auto? 03

Ciri keselamatan yang ada pada Isuzu D-Max terdiri daripada 7 beg udara SRS, brek ABS dengan EBD dan BA, kawalan kestabilan ESC, kawalan cengkaman TCS, bantuan mendaki HSA dan HDC, sensor depan dan belakang, serta kamera pandang belakang.

Spesifikasi Isuzu D-Max 2021 diacah - enjin 3.0L dipertingkat, ADAS, Apple CarPlay & Android Auto? 04

Selain itu, model generasi ketiga ini menerima suite ADAS yang sangat baik untuk sebuah trak pikap. Fungsi ADAS yang pada Isuzu D-Max 2021 ini adalah:

  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Autonomous Emergency Braking (AEB)
  • Turn Assist
  • AT Pedal Misapplication Mitigation
  • Adaptive Cruise Control with Stop and Go (ACC)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Automatic High Beam (AHB)
  • Blind Spot Monitor (BSM)
  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
  • Manual Speed Limiter (MSL)
  • Multi Collision Brake Assist

Spesifikasi Isuzu D-Max 2021 diacah - enjin 3.0L dipertingkat, ADAS, Apple CarPlay & Android Auto? 05

Beban menarik 3.5 tan

Isuzu D-Max 2021 serba baharu ini masih belum mengumumkan tanda harga rasmi tetapi jangkakan harga sekitar RM 89k - RM 145k bergantung kepada kelulusan kerajaan. Menurut pengedar, model yang masih ada sekarang hampir habis dijual justeru tunggu sahaja model baharu yang bakal dilancarkan ini.

Bacaan Lanjut:

Isuzu D-Max 2021 - rakyat Thailand terlalu suka, 1/2 trak pikap terjual adalah D-Max!

Mazda BT-50 lambat, Isuzu D-Max 2021 serba baru akan tiba dahulu di Malaysia

Stok Isuzu D-Max di Malaysia nak habis, model serba baru bakal tiba lebih awal?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Isuzu D-Max 3.0 4x4 X-Terrain AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda