window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Stok Isuzu D-Max di Malaysia nak habis, model serba baru bakal tiba lebih awal?

Zamil Syaheer ยท Mar 4, 2021 08:10 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kebanyakkan pengedar jenama Isuzu di Malaysia berkata stok D-Max terkini hampir habis. Ini adalah petunjuk bahawa model generasi seterusnya mungkin akan tiba di Malaysia jauh lebih awal.

Stok Isuzu D-Max di Malaysia nak habis, model serba baru bakal tiba lebih awal? 01

Sehubungan dengan itu, Isuzu Malaysia mungkin akan memperkenalkan Isuzu D-Max serba baru di Malaysia seawal suku tahun pertama 2021. Lagipun, dulu ada imej intipan memperlihatkan kelibat Isuzu D-Max serba baru di Pekan, Pahang tahun lepas.

Juga baca: Spyshot: Isuzu D-Max generasi ke-3 di Malaysia – pelancaran tahun 2022?

Untuk rangkuman, Isuzu D-Max serba baru membuat debut global di Thailand pada bulan Oktober 2019. Keseluruhan eksterior telah direka semula diatas platform yang baru.

Stok Isuzu D-Max di Malaysia nak habis, model serba baru bakal tiba lebih awal? 02

Ia mempunyai dua pilihan trenkuasa, iaitu enjin 1.9 liter turbodiesel DDi BluePower yang menghasilkan 150 PS dan 350 Nm, dan enjin 3.0 liter turbodiesel DDi BluePower 3.0 yang dikemas kini.

Menurut Isuzu, unit 3.0 liter baru ini mampu menghasilkan 190 PS dan 450 Nm, 13 PS dan 70 Nm lebih dari sebelumnya.

Juga baca: Rebiu: Isuzu D-Max 1.9L - kapasiti enjin trak pikap paling rendah jadi bagaimana prestasinya?

Stok Isuzu D-Max di Malaysia nak habis, model serba baru bakal tiba lebih awal? 03

Bahagian interior juga diperbaharui sepenuhnya, dengan reka bentuk dan kemasan yang jauh lebih premium berbanding generasi terkini di Malaysia.

Antara ciri-ciri tersebut ialah sistem infotainment skrin sentuh 9-inci dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay dengan 8 pembesar suara, sistem penyaman udara dwi-zon automatik, dan tempat duduk depan pemandu berkuasa dengan 8 jenis pelarasan.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Isuzu D-Max 3.0 4x4 X-Terrain AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda