window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tempahan Honda HR-V serba baru untuk Malaysia dibuka - Sensing, 1.5 e:HEV, pelancaran pada S3 2022!

Faisal Β· Jun 9, 2022 10:44 AM

Tempahan Honda HR-V serba baru untuk Malaysia dibuka - Sensing, 1.5 e:HEV, pelancaran pada S3 2022! 01

  • Honda HR-V serba baru akan dilancarkan di Malaysia pada suku 3 2022
  • Varian RS akan datang dengan enjin hibrid e:HEV
  • Tempahan kini dibuka

Honda Malaysia sebentar tadi baru sahaja membuka tempahan buat Honda HR-V 2022 generasi baru untuk pasaran kita. Dengan tema ‘Amp Up Your Life’, pewaris kepada legenda SUV segmen B yang cukup dinantikan ini bakal dilancarkan dalam suku 3 tahun 2022.

Tempahan Honda HR-V serba baru untuk Malaysia dibuka - Sensing, 1.5 e:HEV, pelancaran pada S3 2022! 02

Secara teknikal, ia akan ditawarkan dengan pilihan enjin petrol dan hibrid e:HEV yang mana ia dikhaskan buat varian RS. Varian teratas ini mempunyai 131 PS dan 253 Nm tork.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tempahan Honda HR-V serba baru untuk Malaysia dibuka - Sensing, 1.5 e:HEV, pelancaran pada S3 2022! 01

Antara ciri yang ada termasuklah kamera LaneWatch, but belakang berkuasa, fungsi Walk Away Close & Lock, dan Remote Engine Start. Dari segi keselamatan pula, HR-V baru akan datang dengan ADAS Honda Sensing yang merangkumi ciri:

  • Lead Car Departure Notification (LCDN)
  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Low Speed Follow (LSF)
  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Lane Keep Assist System (LKAS)
  • Road Departure Mitigation (RDM)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Auto High Beam (AHB)

Tempahan Honda HR-V serba baru untuk Malaysia dibuka - Sensing, 1.5 e:HEV, pelancaran pada S3 2022! 02

Secara amnya, Honda HR-V di Malaysia telah terjual sebanyak 111,000 unit sejak diperkenalkan pada tahun 2015. Jadi dengan generasi baharu yang bakal tembus pasaran kita dalam masa beberapa minggu lagi, adakah ia mampu mengekalkan aura dan impak seperti sebelum ini?

Tempahan Honda HR-V serba baru untuk Malaysia dibuka - Sensing, 1.5 e:HEV, pelancaran pada S3 2022! 03

Sama-sama kita nantikan. Untuk anda yang berminat bolehlah membuat tempahan di bilik pameran Honda di seluruh negara atau hubungi talian bebas Honda di 1800-88-2020.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda