window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Raize (Ativa) pandu kiri - Kemboja jadi negara pertama di dunia, harga dari RM 110k!

Haris · Sep 27, 2021 04:00 PM

Toyota Raize (Ativa) pandu kiri - Kemboja jadi negara pertama di dunia, harga dari RM 110k! 01

Negara ASEAN pandu kiri dilihat bakal menerima model Toyota Raize apabila Toyota Cambodia secara rasmi melancarkan model tersebut di sana. Kemboja menjadi negara pandu kiri pertama di dunia yang menerima Toyota Raize, memberi isyarat bahawa SUV kompak tersebut mula menyusul di negara-negara pandu kiri.

Toyota Raize (Ativa) pandu kiri - Kemboja jadi negara pertama di dunia, harga dari RM 110k! 02

Menurut Indra Fathan, Toyota Raize pandu kiri dibuat di Indonesia berdasarkan perkataan TURBO pada fender hadapan dan bumper yang sedikit lebih panjang berbanding model pasaran Jepun.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selain itu, tiada perbezaan ketara antara kedua-dua model, hanya posisi pemanduan sahaja yang berubah.

Toyota Raize (Ativa) pandu kiri - Kemboja jadi negara pertama di dunia, harga dari RM 110k! 01

Toyota Indonesia juga pernah mengumumkan bahawa Toyota Raize buatan Indonesia akan dieksport ke 50 buah negara dan nampaknya negara pandu kiri juga tidak terkecuali. Indonesia kini sedang mencatatkan pertumbuhan positif sebagai negara pengeluar kenderaan di rantau ASEAN untuk pasaran global.

Baca: Daihatsu Rocky dan Toyota Raize bakal dieksport ke 50 buah negara, Ativa jaguh kampung?

Toyota Raize (Ativa) pandu kiri - Kemboja jadi negara pertama di dunia, harga dari RM 110k! 02

Warna 2 tona diperlihatkan

Hanya 1 varian sahaja yang ditawarkan oleh Toyota Cambodia. Khidmat enjin 3-silinder 1.0 liter turbocaj 1KR-VET dengan transmisi automatik CVT ditagih di sana dengan output kuasa 98 PS dan 140 Nm tork. Pilihan warna 2 tona selain daripada monotona turut ditawarkan untuk Toyota Raize pasaran Kemboja.

Toyota Raize (Ativa) pandu kiri - Kemboja jadi negara pertama di dunia, harga dari RM 110k! 03

Bergerak ke bahagian kabin dalaman, Toyota Raize pandu kiri ini mempunyai kluster meter digital berskrin TFT 7-inci dan sistem infotainment 8-inci "terapung" dengan Apple CarPlay dan Android Auto. Setakat ini, tiada varian GR Sport diumumkan untuk Toyota Raize pasaran Kemboja.

Baca: Toyota Raize tembus pasaran Indonesia – pilihan enjin 1.2L NA, varian GR Sport, paddle shifter, dari RM 62k - RM 75k!

Toyota Raize (Ativa) pandu kiri - Kemboja jadi negara pertama di dunia, harga dari RM 110k! 04

Bagi ciri keselamatan pula Toyota Raize pasaran Kemboja menerima 6 beg udara SRS, ABS dengan EBD, dan kawalan kestabilan kenderaan.

Tiada sistem Toyota Safety Sense ditawarkan tetapi masih mempunyai ciri seperti bantuan pertukaran lorong, pemantauan titik buta dengan amaran lalu lintas belakang, kamera pandang belakang dengan sensor serta kunci pintar.

Toyota Raize (Ativa) pandu kiri - Kemboja jadi negara pertama di dunia, harga dari RM 110k! 05

Toyota Raize pasaran Kemboja dijual pada harga bermula USD 26,500 (RM 110,902) untuk model satu tona manakala USD 26,900 (RM 112,577) untuk model 2 tona bumbung hitam. Kemboja mengamalkan dasar 2 matawang iaitu US Dollar dan Cambodian Riel justeru tidak hairanlah jika kenderaan dijual dalam matawang USD.

Baca: Permintaan global meningkat 37.7% untuk kereta buatan Indonesia, semakin dipercayai?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda