window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Volkswagen Arteon 2021 - sedan terbaik jika ingin 'upgrade' daripada SUV, Camry atau Accord!

Haris · Oct 24, 2021 10:00 AM

Volkswagen Arteon 2021 - sedan terbaik jika ingin 'upgrade' daripada SUV, Camry atau Accord! 01

Bayangkan begini, anda mempunyai sebuah SUV, Toyota Camry atau Honda Accord hasil daripada pencapaian anda dari segi kewangan. Langkah seterusnya mungkin sekali memilih sebuah sedan eksekutif yang sesuai, melebihi RM 200k, dengan imej naiktaraf anda seterusnya, mungkin sekali untuk digunakan membawa klien-klien baharu.

Volkswagen Arteon 2021 - sedan terbaik jika ingin 'upgrade' daripada SUV, Camry atau Accord! 02

Pilihan yang paling biasa di Malaysia adalah BMW 3 Series dan Mercedes-Benz C-Class. Terdapat juga model Audi A4Audi A4 tetapi kerana harganya dan rangkaian pengedarnya yang terhad, ia kurang kompetitif di negara ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Terbaru, terdapat 1 alternatif lain yang juga dihasilkan di bawah lembayung VAG iaitu 2021 Volkswagen Arteon R-Line 4Motion facelift.

Volkswagen Arteon 2021 - sedan terbaik jika ingin 'upgrade' daripada SUV, Camry atau Accord! 01

Dengan pemasangan tempatan, Volkswagen Arteon tampil dengan harga yang kompetitif pada RM 248,692 (OTR tanpa insurans, dengan rebat SST), yang ditujukan tepat pada sedan eksekutif - BMW 320i dan Mercedes-Benz C200.

Sekiranya anda memiliki sedan segmen-D sebelum itu, anda akan mengorbankan ruang untuk beberapa keselesaan tertentu ketika memilih sebuah sedan eksekutif. Malah, ia juga tidak membantu dari aspek ruang kerana biasanya sedan eksekutif dipacu roda belakang yang akan mengorbankan ruang kabin dengan dimensi luaran keseluruhan yang lebih kecil.

Volkswagen Arteon 2021 - sedan terbaik jika ingin 'upgrade' daripada SUV, Camry atau Accord! 02

Nampak menarik tapi bukan sebuah model yang luas

Sedan eksekutif yang lebih besar seperti BMW 5 Series dan Mercedes-Benz E-Class memberikan ruang yang serupa dengan sedan segmen-D tetapi harganya jauh lebih tinggi dan mungkin. maaf cakap, belum dapat dicapai dengan tahap kewangan anda semasa itu.

Volkswagen Arteon 2021 - sedan terbaik jika ingin 'upgrade' daripada SUV, Camry atau Accord! 03

Penyelesaian ideal tetapi harganya lebih RM 100k.

Sekiranya anda mencari satu penyelesaian yang sempurna, tiada satu kereta yang menepati aspek yang tepat dengan harga yang tepat. Sesuatu mesti dikompromi.

Walau bagaimanapun, kami berpendapat bahawa Volkswagen Arteon adalah sebuah sedan eksekuti yang hampir dengan penyelesaian yang sempurna yang ada dalam pasaran sekarang.

Volkswagen Arteon 2021 - sedan terbaik jika ingin 'upgrade' daripada SUV, Camry atau Accord! 04

Antara sebab utama, rekaannya yang sangat menarik. Pastinya banyak mata dan kepala akan memandang dan berpusing untuk sedan ini. Pintu nirbingkai, secara automatik menjadikan kereta ini 10 kali ganda lebih menarik. Ini satu ciri yang tiada pada pesaing terdekat sedan ini.

Volkswagen Arteon 2021 - sedan terbaik jika ingin 'upgrade' daripada SUV, Camry atau Accord! 05

Bukan hanya pintu nirbingkai sahaja yang menjadikan Arteon istimewa, malah keseluruhan kabin dan pengalaman memandu sangat baik. Kualiti bahan dan binaan tidak kurang daripada standard sebuah eksekutif kompak, sementara reka bentuknya padu dan bebas dari sebarang kesibukan.

Volkswagen Arteon 2021 - sedan terbaik jika ingin 'upgrade' daripada SUV, Camry atau Accord! 06

Pembeli boleh menjangkakan kesemua kemudahan mewah yang diharapkan pada julat harga ini; kluster instrumen digital, sistem infotainment baru yang menyokong sambungan Apple CarPlay / Android Auto (nirwayar), pencahayaan ambien, dan sistem bunyi premium.

Volkswagen Arteon 2021 - sedan terbaik jika ingin 'upgrade' daripada SUV, Camry atau Accord! 07

Lebih penting lagi, VW Arteon jauh lebih luas daripada sebuah sedan eksekutif kompak biasa. Keluasan ini dapat dirasai bahkan dari tempat duduk depan, kerana papan pemuka menggunakan lapisan yang nipis untuk memaksimumkan perasaan ruang yang luas. Ini memberikan rasa yang nyaman kepada penghuni secara keseluruhan, berbanding terasa dihimpit dengan kemewahan.

Volkswagen Arteon 2021 - sedan terbaik jika ingin 'upgrade' daripada SUV, Camry atau Accord! 08

Ruang kaki di belakang setanding dengan Honda Accord generasi sekarang, jadi anda tidak akan terasa mengorbankan ruang untuk meregangkan otot kaki di dalam Volkswagen Arteon ini. Ruang kepala sedikit terganggu kerana rekaan bumbung yang landai, tetapi masih mencukupi untuk kebanyakan orang dewasa.

Volkswagen Arteon 2021 - sedan terbaik jika ingin 'upgrade' daripada SUV, Camry atau Accord! 09

Antara ciri terbaik, but besar dan memanjang (berkapasiti 563 liter) dengan bukaan gaya hatch yang sangat praktikal.

Jika ia muat untuk aksesori ski di negara sejuk, apalah sangat beg balik kampung anda di negara beriklim tropika ini.

Volkswagen Arteon 2021 - sedan terbaik jika ingin 'upgrade' daripada SUV, Camry atau Accord! 10

Dari segi pemanduan, Volkswagen Arteon adalah menyusur jalan raya dengan karakter yang matang. Dengan peredam adaptif, enjin yang menghamburkan 280 PS / 350 Nm, pacuan semua roda, dan DCC sebagai senjatanya, Arteon nampaknya tidak mudag terganggu dengan apa sahaja yang anda tempuhi.

Jalan raya berlubang? Ia akan menyerapnya. Jalan berliku? Putar stereng dan ia akan berada tepat di tempat yang anda mahukan dengan keyakinan. Menyusur pantas pada kelajuan tinggi? Arteon dicipta untuknya.

Volkswagen Arteon 2021 - sedan terbaik jika ingin 'upgrade' daripada SUV, Camry atau Accord! 11

Adakah pesaing sedan eksekutif kompak lebih selesa? Fikir semula. Suspensi BMW 320i generasi G20 tidak menyerap ketidaksempurnaan jalan dengan baik, ia berkomunikasi dengan pemandu tetapi ini bermakna ia 'keras' untuk penumpang. Kelajuan tinggi kurang stabil pada Mercedes-Benz C200 W205 AMG Line yang menjadikan penguji kami mahu berhenti menyusur sama sekali.

Volkswagen Arteon 2021 - sedan terbaik jika ingin 'upgrade' daripada SUV, Camry atau Accord! 12

Sekiranya ada satu kelemahan, anda tentu dapat menekanya, iaitu kekurangan Autonomous Emergency Braking (AEB). Ketiadaan ciri ini pada zaman ini tidak dapat dimaafkan, terutamanya untuk sebuah kenderaan yang diletakkan pada tanda harga mencecah RM 300k. Tetapi siapa tahu? Ini mungkin bukan masalah kepada anda secara peribadi.

Volkswagen Arteon 2021 - sedan terbaik jika ingin 'upgrade' daripada SUV, Camry atau Accord! 13

Masalah terbesar bagi Volkswagen Arteon bukanlah kereta itu sendiri, tetapi lencana yang tersemat di hadapan. Walaupun kami kurang bersetuju untuk membeli kenderaan hanya untuk lencana, adalah mudah untuk difahami mengapa BMW atau Mercedes-Benz membawa anda ke dalam lingkaran sosial yang berbeza, berpotensi untuk membantu membina portfolio anda semasa rangkaian kenalan anda semakin berkembang.

Namun Volkswagen juga bukanlah suatu jenama yang 'cikai' untuk standard sekarang. Anda harus memilih - lencana atau kuasa, ruang, dan keselesaan. Persoalan sebenar, adakah anda ingin 'kelihatan' berjaya atau menikmati kejayaan itu sendiri?

Baca: Volkswagen Arteon facelift 2021 dilancarkan - 2.0L Turbo, DSG, AWD dari RM 247k!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Volkswagen Arteon R-Line 4 Motion

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda