Mazda
Looking for a comfortable car for long-distance driving, which is better between Mazda 3 vs Corolla Altis? Hi friends! I'm finding a nice car that is fit to drive 200-300 km per day. Mazda 3 vs Corolla Altis, which one is better ah?
50
Sekiranya anda mengikut kami, anda mungkin tahu bahawa Toyota Vios facelift 2021 bakal hadir dengan varian GR Sport yang lebih ‘panas’!
Bagi kami, sebuah Vios dengan sentuhan Gazoo Racing agak memeranjatkan. Walau apapun, ia tetap akan dilancarkan. Maka itu, kita boleh menjangkakan bahawa Toyota Corolla Atlis GR Sport 2021 akan turut hadir di Malaysia memandangkan Thailand sudah mula menjual model ini.
Dengan inspirasi daripada model GR yang berprestasi tinggi, Corolla Altis GR Sport di Thailand hadir dengan sentuhan kit badan yang unik pada wajah depan.
Gaya yang agresif ini bersambung ke bahagian belakang dimana ia lengkapi dengan diffuser, spoiler, dan lencana GR Sport.
Dari segi tren kuasa, Altis GR Sport di Thailand menggunakan enjin 1.8L aspirasi natural yang menghasilkan 140 PS dan 177 Nm tork. Seperti Altis di Malaysia, ia turut dipadankan dengan transmisi CVT.
Sementara kita di dalam topik ini, Corolla GR Sport untuk pasaran Eropah pula akan mula dijual pada Januari 2021.
Akan tiba di Malaysia?
Ramai pihak membuat spekulasi mengenai pelancaran model ini memandangkan Vios GR Sport telah tertular pada minggu lepas.
Untuk maklumat anda, Altis generasi TNGA ini diimport dari Thailand.
Oleh itu, adakah UMW senyap-senyap membawa masuk model ini untuk dilancarkan bersama Vios GR Sport?
Tahun 2020 sememangya penuh dengan kejutan. Siapa sangka sebuah Vios boleh menerima talaan yang lebih sporty. Begitu juga dengan Altis. Dengan kebolehan model GR yang cukup mantap, semestinya ramai yang nantikan sentuhan mereka melalui varian GR Sport.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
20