window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

2022 Mazda CX-8 dikemaskini - varian 2.5T AWD, warna baharu, dari RM 178k!

Haris Β· Jun 29, 2022 10:45 AM

2022 Mazda CX-8 dikemaskini - varian 2.5T AWD, warna baharu, dari RM 178k! 01

  • Varian teratas baharu 2.5L Turbo AWD
  • GVC Plus kini standard untuk semua varian 
  • ADAS kini mempunyai ciri adaptive cruise control dengan fungsi stop-and-go

Bermaz Motor, pengedar model Mazda di Malaysia telah melancarkan Mazda CX-8 2022 baharu, berharga daripada RM 177,674 hingga RM 212,225 (OTR tanpa insurans dan SST) untuk varian 2.5L Turbo baharu. Seperti sebelum ini, Mazda CX-8 dipasang secara tempatan (CKD) di kilang pemasangan Kulim, Kedah.

2022 Mazda CX-8 dikemaskini - varian 2.5T AWD, warna baharu, dari RM 178k! 02

2022 Mazda CX-8 dikemaskini - varian 2.5T AWD, warna baharu, dari RM 178k! 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
2022 Mazda CX-8 - Harga dan varian
Varian Harga (RM)* 
2.5L 2WD Mid 177,674
2.5L 2WD High 183,452
2.5L 2WD High Plus 197,553
2.5L Turbo AWD High Plus 212,225
2.2L Diesel 2WD High Plus 204,758

*Harga on-the-road tanpa insurans dan SST

Tarikan utama bagi kemaskini kali ini sudah tentulah penambahan enjin 4-silinder 2.5 liter pengecas turbo dengan 230 PS/420 Nm yang dikongsi dengan Mazda CX-9 dan CX-5. Kuasa dihantar ke semua empat roda (AWD) melalui transmisi automatik 6-kelajuan.

Sementara itu, enjin petrol 2.5L aspirasi semula jadi dan 2.2L turbodiesel kekal tidak berubah, namun varian 2.2L turbodiesel  kini hanya dipacu roda hadapan (2WD).

2022 Mazda CX-8 dikemaskini - varian 2.5T AWD, warna baharu, dari RM 178k! 01

Turut patut diperbaharui ialah sistem GVC Plus yang dikemas kini, yang turut menambah fungsi brek. Apabila kereta keluar dari selekoh dan stereng diluruskan, sistem ini akan menghasilkan sedikit tekanan brek ke roda luar untuk meluruskan kenderaan dengan lebih semula jadi.

Bagi ciri kelengkapan standard, Mazda CX-8 2022 mendapat lampu utama LED auto-levelling automatik, pintu belakang kuasa (kini dikemas kini dengan fungsi bebas tangan), cermin lipat automatik dan rim 19-inci yang dibalut dengan tayar 225/55 R19.

Varian Mazda CX-8 2.5L High Plus dan ke atas mendapat kemasan Gunmetal pada gril hadapan dan hiasan bampar krom.

2022 Mazda CX-8 dikemaskini - varian 2.5T AWD, warna baharu, dari RM 178k! 02

Bergerak ke bahagian dalam, terdapat sistem infotainment skrin sesentuh 8-inci baharu yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto, di mana fungsi Apple CarPlay mempunyai keupayaan nirwayar untuk varian di atas 2.5L Mid.

2022 Mazda CX-8 dikemaskini - varian 2.5T AWD, warna baharu, dari RM 178k! 03

Kerusi pemandu dengan pelarasan kuasa 10 hala dan fungsi memori, kerusi penumpang hadapan pelarasan kuasa 6 hala dan gugusan instrumen separa digital 7-inci hadir sebagai standard untuk kesemua varian, manakala penumpang baris ketiga mendapat port USB tambahan.

Untuk varian Mazda CX-8 2.5L High Plus dan ke atas, terdapat juga paparan heads-up, kamera pandangan 360 darjah, kawalan iklim automatik tiga zon dan tempat duduk kulit Nappa dengan fungsi yang pemanasan dan ventilasi.

2022 Mazda CX-8 dikemaskini - varian 2.5T AWD, warna baharu, dari RM 178k! 04

Satu lagi kemaskini terbesar ialah sistem bantuan pemandu ADAS yang dikemas kini, di mana varian Mazda CX-8 2.5L High Plus dan ke atas mendapat:

  • Adaptive Front-lighting System (AFS)
  • High Beam Control (HBC)
  • Smart Brake Support (SBS) depan dan belakang
  • Mazda Radar Cruise Control (MRCC) dengan fungsi stop-go

Ciri tersebut melengkapkan fungsi standard Smart City Brake Support (SCBS), Lane Departure Warning (LDW), Lane Keep Assist (LKA), Blind Spot Monitoring (BSM), dan Rear Cross Traffic Alert (RCTA).

2022 Mazda CX-8 dikemaskini - varian 2.5T AWD, warna baharu, dari RM 178k! 05

Terdapat 7 pilihan warna yang tersedia untuk Mazda CX-8 baharu 2022 ini iaitu Soul Red Crystal, Machine Gray, Snowflake White Pearl, Deep Crystal Blue, Jet Black serta 2 warna baharu - Platinum Quartz dan Polymetal Gray.

Mazda CX-8 2022 ini didatangkan dengan waranti pengeluar 5 tahun dengan penyelenggaraan percuma selama 5 tahun mengikut piawaian termasuk kos buruh, alat ganti dan pelincir. Kedua-dua waranti pengeluar dan penyelenggaraan percuma mempunyai perlindungan selama 5 tahun dan had perbatuan 100,000 km, yang mana datang dahulu.

Baca: Rebiu: Mazda CX-8 2.2D High - SUV 7 penumpang yang lebih baik dari VW Tiguan R-Line?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Mazda CX-8 2.5L Turbo AWD High Plus

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda