Proton
Which one is a better choice ? X50 flagship or X70 premium ? heard there's no big gap in the price , so help us out ! Thank you.
50
Media Pakistan yang hadir ke acara persembahan media bagi Proton X70 di Karachi semalam ternyata kagum dengan rupa paras dan kelengkapan SUV Proton segmen C itu. Bulan lepas, SUV Proton ini bersama-sama dengan Proton Saga dilihat dipandu-uji di Pakistan.
Menurut CarSpiritPK, ada dua unit Proton X70 yang ditayangkan iaitu varian flagship Premium 2WD. Berbeza dengan Proton X70 yang ditawarkan di Malaysia, unit yang diimpot ke Pakistan didatangkan dengan enjin yang lebih kecil iaitu enjin 1.5 liter berpengecas turbo yang menjana kuasa kuda 176 PS dan tork 255 Nm. X70 dengan enjin 1.5 liter ini jugalah yang dijual di Bangladesh.
Proton X70 di Malaysia dipadatkan dengan enjin petrol 1.8 liter, 4 silinder dengan pengecas turbo yang mampu menjana 184 PS dan 300 Nm, dipadankan dengan kotak gear automatik dwi-klac 7 kelajuan. Kotak gear ini kekal sama dengan unit yang dijual di Pakistan.
Kelengkapan di ruang kabinnya sama dengan varian Proton X70 Premium 2WD di Malaysia, antaranya termasuklah skrin sentuh infotainmen 8 inci dengan arahan suara Hi Proton, kemasan kulit Nappa bagi tempat duduk dan stereng, 9 speaker, dan lain-lain. Lampu hadapan projektor LED, DRL LED, roda 18 inci, dan lain-lain juga didatangkan standard seperti di Malaysia.
Kelengkapan keselamatannya juga didatangkan standard dengan 6 beg udara bagi semua varian, dan yang lain-lain seperti ABS, EBD, BA, serta kelengkapan ADAS yang sama dengan X70 di Malaysia. Anda boleh lihat spesifikasi dan rebiu Proton X70 di sini.
Proton Pakistan juga menawarkan waranti 5 tahun/150,000 km dengan semua produk mereka – yang dilaporkan sebagai jenis waranti yang pertama dalam industri di sana dalam usaha mereka untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggannya.
Buat masa ini, harga Proton X70 di Pakistan belum lagi diumumkan dan ia dijangka akan didedahkan semasa pelancarannya nanti dalam acara digital pada 18 Disember dimana jualan akan bermula sejurus selepas itu. Ia dijangka akan dijual pada harga yang kompetitif dengan kemungkinan harga yang lebih rendah daripada pesaingnya di sana iaitu Kia Sportage dan Hyundai Tucson.
Unit Proton X70 terawal di Pakistan akan dijual sebagai CBU (impot dari Tanjung Malim) manakala produksi tempatannya di sana dirancang untuk bermula sebelum Jun 2021.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
Mazda
Proton x70 vs Mazda CX-5 (Comfort, Ride, Handling, Space,etc) Gaisss, want to know or get some advise by which car to go between X70 Full spec VS CX-5 2.0 GLS. Both of these car have their pros and cons. but i just cant make decision...Firstly of all, i like the function and comfort on X70 but a lot of ppl say the X70 makan minyak ( bad fuel consumption ).Then, the CX-5 is good in overall but when i sit inside CX-5 i can say X70 let me feel more comfort and luxury. What i feel is i like the inside of X70 and the outside of CX-5... need some professional to give some advise which i cant see it by reading specs.. tq What about their comfort ride and handling and space???😐
18
66
13