Proton
Proton ARENA, anyone still remember him. WIRA HEAD 'HILUX' BUTT. Kinda sad as PROTON Discontinued this series. If PROTON came out a new ARENA with the ability to off-road would it be a strong rival to other pick up at Malaysia market.
46
Toyota Hilux adalah trak pikap kegemaran Malaysia. Dengan adanya Vios GR Sport, sesetengah peminat ‘Hailak’ pasti idamkan sentuhan Gazoo Racing yang sama.
Baru-baru ini, media Jepun melaporkan bahawa Hilux GR Sport (GR-S) akan dilancarkan di sana pada Oktober 2021. Dengan jualan sebanyak 1,920 unit untuk Mac dan April yang lalu, Hilux di Jepun sebenarnya lebih laku daripada Camry dan Vellfire.
Juga baca: Khabar angin: Toyota Vellfire akan digugurkan pada tahun 2022, disatukan dengan Alphard
Ia ditawarkan dengan varian X dan Z yang mana kedua-duanya dikuasakan oleh enjin diesel 2.4L (150 PS, 400 Nm tork) yang dipadankan dengan transmisi automatik 6 kelajuan.
Untuk maklumat anda, Hilux GR-S sudah ada pada model pra-facelift tetapi ia hanya terdapat di pasaran Afrika Selatan dan Amerika Selatan.
Menurut laporan media Jepun, Hilux GR-S terbaru nanti bakal hadir dengan penampilan yang lebih segar. Ia merangkumi pelekat GR Sport, gril depan dengan nama TOYOTA yang terpampang megah, dan beberapa cladding pada bahagian bawah.
Antara pembaharuan lain ialah suspensi yang ditala semula dan lencana GR pada caliper brek.
Juga baca: Rebiu: Toyota Vios GR-Sport 2020 - juara kendalian pemanduan dalam kelasnya!
Beralih ke bahagian dalam, Hilux GR-S terbaru bakal tampil dengan beberapa sentuhan lencana GR dan penambahan ciri paddle shifter.
Di Jepun nanti, Hilux GR-S akan mengganti Hilux Z sebagai varian teratas yang ada selama ini. Disebabkan itu, ia akan datang dengan ciri infotainment 8 inci dan kamera 360-darjah.
Berdasarkan sumber yang sahih, produksi Hilux GR-S akan bermula di Thailand pada Ogos ini. Namun menurut rakan kami di AutoFun Thailand, Hilux GR-S hanya eksklusif untuk pasaran Jepun.
Perkara ini sememangnya mengecewakan peminat tegar di tanah air tetapi hakikatnya, Hilux Rogue yang ada di pasaran kita tetap lebih berkuasa (204 PS, 500 Nm tork).
Apapun, Hilux GR-S dirancang untuk hadir di pasaran Filipina dan Vietnam. Adakah Malaysia berpeluang? Sama-sama kita nantikan.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
9