window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pengecualian cukai jualan: Syarikat kereta kesana kemari mencari jawapan

Mersita ยท Jun 9, 2020 03:27 PM

Pengecualian cukai jualan: Syarikat kereta kesana kemari mencari jawapan 01

Semenjak pelan pemulihan ekonomi jangka pendek diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada Jumaat lepas, ramai staf syarikat otomotif seluruh negara sibuk mencari butir-butir tepat mengenai pelepasan cukai jualan yang diumumkan.

Apa yang mereka tahu sejurus pelan tersebut diumumkan adalah kereta yang dipasang di Malaysia akan dikecualikan dari cukai jualan 10% manakala cukai jualan bagi kenderaan import pula akan diturunkan separuh. Banyak syarikat otomotif seluruh negara ditimbuni soalan daripada pengedar dan pihak berkepentingan mengenai langkah-langkah yang harus diambil.

Tanpa kertas kerja yang rasmi, bahagian kewangan dan akaun di syarikat-syarikat otomotif ini tidak dapat memberi jawapan terus kepada yang bertanya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Ada banyak persoalan yang perlu dijawab, oleh itu kami tidak dapat mengeluarkan senarai harga baru (buat masa sekarang),” jawab seorang ketua jualan di syarikat kereta multi-nasional disini.

Seorang lagi memberitahu kami yang mereka masih mencuba untuk dapatkan maklumat penuh berkaitan hal ini. Mereka akan mengeluarkan kenyataan dalam minggu ini.

Manakala, Malaysia Automotive Association (MAA) pula akan mengadakan mesyuarat dengan Kementerian Kewangan secepat mungkin untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Konflik dalam hal ini pula adalah berkisar tentang status stok-stok sedia ada yang telah dihantar kepada pengedar seluruh negara. Bergantung pada cara organisasi tersebut disusun dan samada mereka mengamalkan penghantaran konsainan; mereka samada membayar atau tidak membayar cukai jualan.

Pengecualian cukai jualan: Syarikat kereta kesana kemari mencari jawapan 01

Bagi organisasi yang membayar cukai jualan, proses pelepasan cukai ini mungkin akan jadi sedikit merunsingkan kerana pastinya pelanggan tidak akan membayar lebih untuk cukai sehingga 31 Disember 2020. Penyerapan kos menjadi suatu hal yang harus diperhalusi ketika ini.

Cukai jualan dikenakan bukan sahaja semasa transaksi terus dengan pelanggan. Beberapa syarikat kenderaan mempunyai organisasi berasingan untuk penghasilan dan penjualan. Sebelum kereta sampai kepada konsumer, subsidiari jualan harus membeli kereta yang telah siap daripada subsidiari penghasilan – dan pada tahap inilah selalunya cukai jualan akan dikenakan.

Contohnya, Proton Edar dan Proton adalah syarikat yang berasingan, sama seperti Perodua Sales, Perodua Manufacturing dan Perodua Global Manufacturing yang juga bukan entiti yang sama.

Syarikat lain seperti Subaru (XV) dan Mitsubishi (ASX, Outlander) mempunyai perjanjian kontrak penghasilan dengan Kumpulan Tan Chong. Pengilang kontrak menjual kereta siap kepada TC Subaru dan Mitsubishi Motors Malaysia dimana cukai jualan pun diaplikasikan disini.

Pendek kata, buat masa sekarang tiada syarikat otomotif yang mempunyai jawapan jelas mengenai hal ini. Oleh itu, anda boleh abaikan ‘senarai harga disemak semula’ yang ditularkan di laman sosial. Kira-kira paling baik yang kita boleh buat sekarang adalah mengira harga tanpa GST atau SST.

Pengecualian cukai jualan: Syarikat kereta kesana kemari mencari jawapan 02

Satu perkara yang pasti adalah kenderaan baru yang dipasang di Malaysia akan dikecualikan dari 10% cukai jualan bermula dari 15 Jun hingga 31 Disember 2020, manakala kereta import pula akan dikurangkan kepada 5% sahaja.

Kereta bukan berdaftar yang diperbaiki pula tidak dinyatakan dalam pengumuman ini dan kami telah cuba untuk dapatkan penjelasan dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Kami diberitahu yang tiada keputusan dibuat bagi kereta diperbaiki atau reconditioned dan kami serta syarikat otomotif harus menunggu pengumuman Gazet Persekutuan oleh Jabatan Peguam Negara untuk maklumat lanjut.

Tunggu sahaja lah, ya. Sambil menunggu boleh window shopping dulu.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda