window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Untuk RM 60k patut beli Perodua Myvi baru atau Honda Jazz (GK) terpakai?

Haris · Jul 18, 2021 10:00 AM

Untuk RM 60k patut beli Perodua Myvi baru atau Honda Jazz (GK) terpakai? 01

Tahukah anda, Perodua Myvi generasi ketiga dibangunkan mirip Honda Jazz GK? Mungkin anda tidak percaya namun untuk mendominasi pasaran hatchback segmen B seperti sekarang, Myvi perlu menyingkirkan pesaing terdekatnya terlebih dahulu. Bukan Proton Iriz ya, ia adalah Honda Jazz.

Meniru bentuk badan Honda Jazz yang lebih panjang nampaknya suatu strategi yang terbukti berkesan. Akan datang, Honda Jazz tidak akan ditawarkan lagi dan Honda City hatchback bakal menjadi pengganti.

Untuk RM 60k patut beli Perodua Myvi baru atau Honda Jazz (GK) terpakai? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Oleh yang demikian, sebelum Honda Jazz digugurkan dari pasaran ASEAN, ada baiknya jika anda mempertimbangkan model ini. Ini mungkin model Honda Jazz yang paling sesuai dengan citarasa Malaysia sebelum rekaan Jazz bertukar secara radikal.

Untuk RM 60k patut beli Perodua Myvi baru atau Honda Jazz (GK) terpakai? 01

Model facelift

Justeru itu, pada harga sekitar RM 60k, adakah lebih baik untuk membeli Perodua Myvi baharu atau Honda Jazz terpakai? Di sini kita bincangkan.

Pilihan varian

Untuk RM 60k patut beli Perodua Myvi baru atau Honda Jazz (GK) terpakai? 01

Honda Jazz GK dilancarkan di Malaysia pada tahun 2014

Ketika dilancarkan pada tahun 2014, Honda Jazz GK hadir dalam tiga varian, S, E dan V. Hanya berbeza kelengkapan, Honda Jazz ditawarkan dalam satu pilihan trenkuasa sahaja iaitu enjin 4-silinder 1.5 liter (120 PS, 145 Nm) dengan transmisi jenis CVT.

Untuk RM 60k patut beli Perodua Myvi baru atau Honda Jazz (GK) terpakai? 02

Honda Jazz facelift tahun 2017

Pada tahun 2017, Honda Jazz facelift menerima peningkatan kosmetik dan kelengkapan, bersama dengan varian tambahan Sport Hybrid i-DCD. 

Untuk RM 60k patut beli Perodua Myvi baru atau Honda Jazz (GK) terpakai? 03

Varian Jazz Sport Hybrid i-DCD

Honda Jazz hibrid hadir dengan enjin petrol 1.5 liter dengan gandingan motor elektrik bersepadu dijana bateri lithium-ion dan pilihan transmisi dwi-klac 7-kelajuan (gabungan kuasa 137 PS, 170 Nm).

Untuk RM 60k patut beli Perodua Myvi baru atau Honda Jazz (GK) terpakai? 04

Selain tambahan varian Sport Hybrid i-DCD , model facelift mengekalkan varian S, E, dan V yang sama.

Ketika ini, anda boleh memilih model 2015 pada harga sekitar RM 45k hingga RM 52k (harga Myvi 1.5L AV baru), bergantung kepada spesifikasi dan keadaan.

Model baharu juga boleh dibeli kerana ia masih belum digugurkan atau habis secara rasmi.

Untuk RM 60k patut beli Perodua Myvi baru atau Honda Jazz (GK) terpakai? 05

Perodua Myvi generasi ketiga ditawarkan dalam 6 varian (1.3L G hingga 1.5L AV). Harga antara RM 41,292 hingga RM 52,697. Dalam kesemua enam varian, terdapat tiga pilihan trenkuasa.

Untuk RM 60k patut beli Perodua Myvi baru atau Honda Jazz (GK) terpakai? 06

Pertama ialah enjin 4-silinder, 1.3 liter (95 PS, 121 Nm) yang boleh dimiliki dengan automatik 4-kelajuan, atau manual 5-kelajuan.

Unit seterusnya dilengkapi enjin 4-silinder, 1.5 liter (103 PS, 137 Nm) yang hanya tersedia dengan automatik 4-kelajuan.

Prestasi Honda Jazz vs Perodua Myvi
Enjin Output Transmisi
Jazz
1.5-liter
i-VTEC
120 PS, 145 Nm CVT
Jazz
1.5-liter
i-DCD
137 PS, 170 Nm
(gabungan)
DCT
Myvi 
1.3-liter
95 PS, 121 Nm 5MT/4AT
Myvi
1.5-liter
103 PS, 137 Nm 4AT

Model Honda Jazz hibrid i-DCD mungkin suatu tawaran yang menarik. Sentimen 'kereta hibrid' memberi kesan susut nilai mendadak namun prestasi yang ditawarkan sangat memberansangkan. Baca di penghujung artikel untuk panduan membeli kereta hibrid.

Rekaan dalaman -  Honda Jazz lebih akrab

Untuk RM 60k patut beli Perodua Myvi baru atau Honda Jazz (GK) terpakai? 07

Penyesuaian stereng kecondongan dan teleskopik untuk Jazz

Kabin dalaman Honda Jazz terasa lapang, luas, serta dipenuhi banyak ruang dan poket kecil yang praktikal. Posisi tempat duduk dan stereng juga boleh disesuaikan mengikut postur ergonomi badan. Tuntasnya, Honda Jazz mempunyai rekaan kabin yang lebih baik.

Bercakap mengenai aspek praktikaliti, kabin ini turut dilengkapi susunan kerusi Ultra Seat yang mampu memberi ruang tambahan untuk barangan kargo. Kapasiti but belakang juga sebesar 363 liter (314 liter untuk modek hibrid) yang memberikan kelegaan kepada pemilik yang berkeluarga.

Untuk RM 60k patut beli Perodua Myvi baru atau Honda Jazz (GK) terpakai? 08

Pelarasan kecondongan stereng sahaja untuk Myvi

Kelebihan kabin dalaman Perodua Myvi pula adalah ciri-ciri yang bercitarasakan tempatan seperti pembaca SmartTag terbina dalam, penyangkut beg tangan Perodua dan port pengecas USB.

Untuk RM 60k patut beli Perodua Myvi baru atau Honda Jazz (GK) terpakai? 09

277 liter untuk Perodua Myvi

Kedua-duanya mempunyai kelebihan yang tersendiri. Jika ruang adalah aspek utama yang diinginkan, Honda Jazz adalah jawapannya namun Perodua Myvi masih hadir dengan ciri-ciri lebih memenuhi citarasa tempatan.

Gajet dan kelengkapan Perodua Myvi lebih terkini dan tercanggih!

Untuk RM 60k patut beli Perodua Myvi baru atau Honda Jazz (GK) terpakai? 10

Lampu LED pada Perodua Myvi

Sebagai sebuah kereta yang lebih baharu, Perodua Myvi tentu dilihat lebih berbaloi jika nilai yang dibayar terasa rendah berbanding kelengkapannya. Untuk aspek ini, Honda Jazz terasa lebih berumur.

Untuk RM 60k patut beli Perodua Myvi baru atau Honda Jazz (GK) terpakai? 11

Berikut adalah perbandingan Honda Jazz (1.5L V) dengan Perodua Myvi (1.5L AV), kedua-duanya varian paling tinggi.

Perbandingan kelengkapan
  Honda Jazz Perodua Myvi
Lampu depan Halogen LED
Butang penghidup enjin
Kawalan zon suhu Automatik Manual
SmartTag
Beg udara 6 6
AEB
Amaran Pra-Pelanggaran

Seperti yang dipaparkan, Perodua Myvi memiliki kelebihan dari segi ciri kelengkapan. Fungsi ADAS dan lampu LED pada harga RM 60k memang sangat berbaloi, maka tidak hairanlah jika Perodua Myvi kekal menjadi hatchback segmen B paling laris di Malaysia.

Kos pemilikan

Untuk RM 60k patut beli Perodua Myvi baru atau Honda Jazz (GK) terpakai? 12

Maklum balas dari pemilik Honda Jazz rata-ratanya memuaskan. Mereka tidak mengalami sebarang isu atau masalah besar dengan kereta mereka. Ia boleh dipercayai, jimat bahan api dan mudah dijaga.

Untuk RM 60k patut beli Perodua Myvi baru atau Honda Jazz (GK) terpakai? 13

Tanggapan tersebut turut meluas ke model hibrid i-DCD, yang telah membuktikan pengkritik amatur salah. Ramai pemilik mempunyai kurang masalah dengan pengalaman pemilikan Honda Jazz hibrid. Bagaimana dengan kos penggantian bateri?

BacaPanduan kereta terpakai: Toyota Prius, Honda Insight, Camry Hybrid kini berharga serendah RM 40,000 sahaja?

Untuk RM 60k patut beli Perodua Myvi baru atau Honda Jazz (GK) terpakai? 14

Perodua Myvi? Lagi lah tiada masalah. Siapa yang mampu menafikan ketahanan sebuah Perodua? Tambahan pula, Perodua Myvi hadir dengan jaminan 5 tahun / 150,000 km yang standard untuk ketenangan fikiran.

Untuk RM 60k patut beli Perodua Myvi baru atau Honda Jazz (GK) terpakai? 15

Berikut adalah jadual kos pemilikan sebagai panduan anda:

Perbandingan kos pemilikan
  Honda Jazz  Perodua Myvi 1.3 Perodua Myvi 1.5
Cukai jalan (RM) 90 70 90
Tayar/biji
(RM)
195 135 188
Saiz tayar 185/55
R16
175/65
R14
185/55
R15

Servis biasa setiap 10,000km
(RM)

267 213 213

Seperti yang anda lihat, kesemuanya mempunyai kos pemilikan yang agak rendah. Perbezaan ketara dapat dilihat berdasarkan saiz tayar dengan kos Honda Jazz hanya sedikit lebih mahal. Seperti biasa, Perodua Myvi lebih berpatutan.

Konklusi

Untuk RM 60k patut beli Perodua Myvi baru atau Honda Jazz (GK) terpakai? 01

Dari sudut pandangan pengulas, kereta bawah RM 100k lebih dilihat dari sudut nilai berbanding aspek lain. Jika benar mahu memilih, bajet RM 100k ke atas memberikan lebih pilihan yang memerlukan pertimbangan kritikal berbanding tahap RM 60k. Untuk itu, kecenderungan di antara kedua model ini lebih kepada Perodua Myvi.

Untuk RM 60k patut beli Perodua Myvi baru atau Honda Jazz (GK) terpakai? 02

Namun jika mereka yang lebih berpengalaman, berkemampuan dan mahu sebuah kenderaan dengan ruang yang lebih besar, Honda Jazz lebih menepati ciri-ciri tersebut.

Tambahan pula, Honda Jazz terpakai kini boleh dimiliki pada harga sekitar RM 60k, masih berbaloi pada hemat kami.

Untuk RM 60k patut beli Perodua Myvi baru atau Honda Jazz (GK) terpakai? 03

Senaraikan aspek yang anda mahukan mengikut keutamaan dan semak dengan 2 model yang dibandingkan ini. Tidak ada salahnya untuk memilih sama ada Honda Jazz terpakai atau Perodua Myvi baru, hanya persepsi anda sahaja.

Panduan Lain:

Terpakai vs Baru: Pada harga RM 30k, Proton Suprima S atau Perodua Axia? Jimat minyak vs turbo!

Untuk RM 60k patut beli Perodua Myvi baru atau Honda Jazz (GK) terpakai? 04

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Myvi 1.3 G with PSDA

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda